Friday, October 31, 2008

Chuchi Tunnel Vietnam 2008







All above were the actual tunnel,hanya askar vietnam yg petite size jer blh muat,memang purposely buat kecik,so that askar amerika tak dapat masuk.Impressive!



Bayangkan kami merangkak dalam ni,mana kaki tak cramp,kerana kekurangaan oxygen,aku turut dilaanda semput...macamanalah org dulu2kan?




Ini pulak adalah terowong dummy...they make it bigger,agar pelawat bisa merasai pengalaman seperti mereka.Still,ramai American size tak dapat masuk...sebab too small..

Dalam rangka lawatan ku ke Vietnam ini,Pengalaman merasai sendiri dengan melalui dan melihat sendiri terowong bawah tanah yaang dibina oleh tulang empat kerat askar Vietnam ini,adalah yang paling mengujakan aku.....
Bagaimana dengan terowong sesempit itu mereka boleh hidup,malah membina ruang-ruang yang serupa dengan kita dimuka bumi ini,like meeting room,katil,dapur dan sebagainya.Yang pasti,walau seminggu sakit pehaku tidak hilang,namun pengalaman sebenar ini,takkan luput dari ingatanku.Nyata,kita sanggup laakukan apa saja untuk hidup.
To all,happy viewing...its lotsa photos actually....




Wednesday, October 29, 2008

letihnya hari ini....

Masuk pagi ni,dah 2 hari aku pulang ke tanah air...tapi batuk dan semputku masih bersisa,kaki yang cramp hasil berjalan itik di terowong bawah tanah di ChuChi TUnnel itu masih tegang...seluruh badan yang sakit usah diucap...tahan sajerlah,sudah aku yang carik penyakit!sesekali keluar jua keluhan ringan dari mulut gatalku ini,maka terhasil jua pulangan paku buah keras dan sindiran manja dari sidia...."masa berjalan tak sakit...kira oklah tu kat sana dah happy,sampai sini sakit sikit"...well,dah biasa dah dengar skrip ni,ahaks!Tapi kalau berjalan dengannya,sakit macam mana sekalipun akan dicari penawarnya....sebut saja!



Sungguh tidak ku sangka,Vietnam yang kupandang sepi sebelum ini,meninggalkan sebuah momento menginsafkan dalam diriku setelah kusaksikan sendiri,perjalanan getir mangsa-mangsa perang itu,dan betapa bertuahnya diriku dilahirkan ditanahairku yang aman damai ini.



Perjalanan kali ini lebih bermakna kerana ditemani oleh adik temanku yang mengikuti suami bertugas disana,jadi selain makanan halal yang diurus agen pelancongan,tips shopping juga merupakan momen paling penting padaku.Paling gembira kala aku dapat membeli baju idamanku,3 - 4 times cheaper from my place,kerana rupanya butik yang kukunjungi itu adalah supplier pada butik-butik di Malaysia ini....so tanpa berlengah lagi I grabed 3 pairs,dengan niat untuk raya tahun depan,logik kah alasan itu?Yang penting I am one happy lady now!Walau pun baju yang I beli tu 1 and 2 size bigger dari my size,I still buy,sbb dah jatuh cinta pandang pertama,dah tak boleh lupa lagi dah....Arghhh...

Tak larat nak sambung lagi,as mata macam tak boleh bukak,padahal dah terlebih tidur,bila balik dari berjalan,I have to take at least a week to back to my normal routine!Duh,lamanya...tapi memang macam tulah,geram tau,tak boleh nak cocentrate buat apa2,fikiran pun tak boleh fokus,kenapa ya?ada petua tak ,nak dapatkan mood balik?

Sekian untuk hari ni,I'll upload more photos later,when I'm in a tip top condition k?

Saturday, October 25, 2008

Bicara dari Saigon City (HCM)

24-10-08
Ah..lega rasanya bila hotel ni sediakan kemudahan free internet...

Usai bfast,sementara teman lain masih menghadap hidangan,aku pula terus ke sini,mengirim offline msg to son back home.I know he can take it,tapi hati seorang ibu ini sering merindunya.Apatah lagi sebelum aku pergi semalam,ada sayu diwajahnya..sayu bukan kerana pemergianku...tapi kerana mohon izin untuk mengikuti ibu ayah serta adik beradikku ke Trengganu kerana menghantar rombongan pernikahan sepupuku....namun dia jua punya hati lain yang harus dijaga,menemani papa and atok belah papanya ke agenda lain yang telah direncana oleh mereka....

27-10-08
Hari ni dah hari terakhir aku kat sini,kaki cramp hasil masuk dalam ChuChi tunnel tu masih sakit.... rasainnnnnnnn...nak jalan sangat!

tbc....daaa

Friday, October 24, 2008

When my luggage is ready....

Macam biasa,bila luggage I dah ready...adalah yang mogok kat umah tu,Duh!Padahal dah bagi greenlight before,and ini adalah tour ku yang keberapa belas,tapi dia masih agak sukar menerima hakikat kala melihat luggageku tunggu masa ditarik...dan kala aku bepergian tanpanya...

Petang semalam,dia senyap jer ngadap komputer,alamak,majuk ke?marah ke?aku pulak masih tak sihat,demam kelmarin masih bersisa esp.batuk dan selsema....kalau ikut hati,nak buat tak tau jer,tapi bila ingat balik pesanan sorang nenek yang ku temui masa balik kg tepi sawah raya yang lalu,supaya,jangan marah.....selalu beralah....kalau suami,anak,menantu buat perangai...Doa....kemudian peluk depa dengan penuh kasih sayang...InsyaAllah orang yang marah tu tak jadi marah.....So,untuk tidak melihat sour face semalam,aku pun ikutlah nasihat nenek tu,everytime aku nak ke dapur which lalu his working area,aku buat lah macam nasihat nenek tu.Walla!sungguh mujarab...menjadik gitu!Cuma USD yang dia bagi tu jer dia tak sempat nak tambah!hahahaha....Settle satu kes!(Anak ok,papa anak lak yang hover....huhuhuhu)

Dah tau orang tu tengah cenggitu,boleh lagi tu,kutanya,bajuku ini,suit to which pants,hitam atau putih....nasib dia jawab,putih cantik,tapi kat sana tu kotor,so ist not suitable...hahaha,sebenarnya saja jer aku menduga hatinya...masih jauh hati kah?An evil wife huh?But true enough,Mr.Hubs never go overseas other than business purpose without me,not like me,.....But,travelling is my passion,its so hard to resist the chances offered by my company,and this is the reoson why I stay with this small Japanese Company.Arghhh....But,onced I did'nt joint the Perth tour,because I'm expecting my long wait precious in my tummy....

Oklah,Doakan I selamat menyusuri Mekong River itu ya....and moga selsema dan batuk teruk ini,akan segera sembuh jua.....

Till then,Chiow babe...Wassalam...

Tuesday, October 21, 2008

terkenang semasa dulu....part 1

Nak kata busy,tak lah busy mana,tapi mungkin tak pandai nak manage time,dan otak berserabut,sebab tak diatur dengan sempurna,I am a messy person,Yes,I am.

Malam tadi, while watching TV,Mr.Hubs did ask me about his raya fav kerepek/rempeyek and all the crackers,whether still have or not....I said,takde la.....kuih raya ada..(which I know dia tak minat)..hehehe,then dia kata dia nak order lagi,walaupun tak raya sebab suka nak buat munch-munch masa tengah tengok tv....

Then I Told him,Dulu...semua benda ni I buat sendiri,kenapa sekarang I tak boleh ya?tanyaku,Then Mr.Hubs jawab, sebab "you dah berada dalam comfort zone "...aku terkedu,namun mengakui kebenarannya...

Bukankah pernah aku katakan,aku sangat matured sedari kecik lagi,aku punya angan yang tinggi,tidak suka menyusahkan orang lain,suka berdikari,dan suka membantu.Kehidupanku tika disekolah rendah agak biasa saja,ayah merupakan juruteknik di TM mak pulak seorang surirumah yang kadangkala ambik upah menjahit,aku cuma 2 beradik tika itu,kiranya segala keperluanku cukup belaka,namun kerana aku suka kan cabaran dan gembira kalau dapat pegang duit sendiri,aku selalu berusaha mencari wang saku sendiri.

Once,(sek.rendah)I was a producer of kerepek ubi,dari tugas beli ubi,sagat ubi,goreng,sira dengan sambal,bungkuskan dalam plastik,hinggalah ke proses menjualnya...semua aku lakukan SENDIRI!!! looking back,aku macam tak percaya aku boleh melakukan semua itu,dan aku gembira sangat,sebab duit hasil jualan tu aku dapat bagi kat mak,bagi kat atok dan kadang2 dipinjam oleh pakcikku.Selebihnya,as a penggemar fesyen myself,duit tu I bought myself a pair of jeans and shirt yang besar gedebos ala-ala Cindy Lauper yang sangat popular masa tu... Orang kerja pun ada yang tak mampu beli,ahaks!

Indahnya kehidupan,sikitpun aku tak rasa terbeban melakukan semua itu.Malah sangat gembira.Pandai betul aku merancang masa tika itu,.Mendapat tempat pertama dalam peperiksaan,berniaga,hayal dalam kisah cinta novel yang kubaca....Memang aku lain dari kanak-kanak seusiaku,teman-temanku pula terdiri dari cikgu-cikgu sekolah dan juga anak anak jiran yang telah bekerja.Sg.Wang tu memang tempat shoppingku dulu,namun aku tak pernah lupa pesanan mak,kalau berjalan tu tak boleh lama sangat,mesti sampai umah sebelum Maghrib.....

ada masa nanti aku sambung ya...

ahhh...kenangan..

Friday, October 17, 2008

terkini...

Off lately ni,I'm pretty busy,busy yang tah hapa-hapa....since last weekend I teman my son buat final revison untuk his final exam...abis jer study ,lepas zohor kami keluar beraya sampai malam,kalau tak penat malam sambung belajar lagi sampai kul 10.30 mlm jer...Kalaulah my son ni Independent dalam hal study dia ni,tentu aman bahagia hidupku...Mintak2 he can develope his study habit latest by next year,sbb dia dah nak ambik exam besar by then.


Tiap-tiap hari minggu ni I ambik half day leave untuk temankan dia study jugak,samapi my mom tegur..sapa yg nak ambik exam ni shah##z,...erm..sabarjerlah...dalam pada tu,ada jer sedara mara yang datang umah nak beraya....so bagi jerlah apa yg ada,unless kalau dah bagitau,adalah something special...


Besok & Sunday,jemputan open house punyalah banyak....tak tau nak drop out yg mana satu,mak pulak buat open house this Sunday,kena gak tolong serba sikit tu,while Mr.Hubs lak ajak beraya umah his uncle nun di K.Sgor..memandangkan minggu depan I dah outstation,memang tak sempat,Duh!!macamana ni,diluah mati anak....Semoga aku dapat menggembirakan hati kedua-dua belah puhak..Amin...


While then,jemputlah makan cheese tart ni dulu ya...Yummeh!!

Thursday, October 16, 2008

Tagged...15 dalils!

I've been tag by dear cakapaje. Ni mesti kes balas dendam ni,pasal the other day I've tag him..heheh...

He asked me to do dalil about myself...arghhh...tak tau nak cakap apa,sebab myself ni takde satu benda pun yg menarik untuk dikongsi bersama,tapi sebgai memenuhi permintaan seorang teman takperlah,I cuba....

1.Was born in Tiger year.The eldest of 5 siblings.Hidup sederhana jer dari dulu sampai sekarang.

2.Matured dari kecik-kecik lagi,suka bercampur gaul dengan orang yang lebih dewasa,even masa darjah 1 and 2,cikgu dah suruh tolong jualkan songket,kain, bunga & whatsoever kat umah.They trusted me holding hundreds ringgit here and there.Mak pernah tanya(mungkin nak menduga masa tu...tak pernah terfikir ke nak ambik duit tu?I jawab,tak lah,buat apa nak ambik,ini bukan duit kita...)mak senyum jer masa I jawab tu.

3.Selalu nak lain dari yang lain,as a girl from outskirt,I always want more and look different from them,I dream big and suka benda-benda yang cantik.Perasan!

4.1 was a sportperson masa sekolah rendah dulu as I stand 1.65m tall then,Yes,taller than most ladies teacher.I spent most time kat padang and Stadium Merdeka tu memang tempat lepak I.Some called me Lydya De Vega then,ahaks!Bukan acara olahraga jer tau,badminton,bola baling,hoki n netball pun I joint.I suka bila ada games kat sekolah2 lain,dapat tengok sekolah2 lain,luas sikit pemandangan...ahaks!Masa ni pelajaran dah start merosot!Duh!

5.Love to read biography book,suka sangat...suka tengok macam mana orang boleh berjaya and kesukaran yang mereka tempuhi sblm berada di puncak...The bad thing is,I never learn from them..arrghhh!!

6.Diff personality...but not split personality I supposed.hahaha,Bukan berpura2 tapi untuk memudahkan conversation dan lebih mesra alam gitu,dgn kata lain masuk kandang kambing mengembek gitu....but some called me trendsetter...org kata....hahaha

7.Selalu dilantik jadi leader dari kecik,kat sekolah,kerja n among peers.I am not a good leader though,but I think I selalu dapat memenangi hati semua orang...erm...maybe...

8.Susah nak meluahkan perasaan...suka pendam gitu!

9.Actually I am very shy ,esp. pada org yg I baru kenal,other than that,I am ok,if U talk,I listen,if I talk,U kena lah listen ya.

10.I love fast..I hate late...everything related to that.

11.I am punctual person....

12.Prior to that...I married early too..I have a confession to make....that I married at the age of 19 and Mr.hubs is 7 years older than me.(but he looks younger than me,cemana tu?)Long story then,I'll blog about it later...

13.Terlalu mengikut perasaan...and my mood is very easy to swing...adus....

14.Very moderate,dan tak suka berlebih-lebihan dalam semua benda.Hasilnya I tak excellent pun dalam semua bidang...

15.Loves travelling....and I'll fly to Vietnam this Deepavali...Duh!USD dah lah mahal skrg nih!

Itu jerlah yg sempat saya perasan about myself buat masa ni,I'm pretty busy this week,ni dah nak pi T.Melawati cousin nikah lak.....

Mohon maaf kalau ada terkasar bahasa,tersilap ejaan ,tertak faham bahasa,sebab tak sempat nak cek,I got to go now....I kan puntual dan suka cepat....ahaks!

chiow bebe....Wassalam

Wednesday, October 8, 2008

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2008

Salam Aidilfitri semua,

Diam tak diam dah seminggu kita menyambut Aidilfitri,I have'nt start puasa 6,InsyaAllah besok baru nak mula,seminggu beraya berat badan naik mendadak...matilah mak!!nak turun kg punyalah liat,nak naik cepat ya amat...


Ntah kenapa,raya tahun ni,kami sekeluarga rasa happy sangat,especially Mr.Hubs yang ghairah sangat nak beraya...alamak...risaulah pulak...banyak benda yang dia tak buat tahun sebelumnya ,dia buat tahun ni....errrmm...Alhamdulillah, by the way....Kami tetap merayakan dengan serba sederhana.


Minggu pertama raya ni,kami beraya di rumah sanak saudara jer,ujung minggu ni baru plan nak ziarah kengkawan dan baki sanak saudara pulak.InsyaAllah.


Raya pertama kami dihabiskan dengan beraya dgn parents,inlaws,nenek,n surrounded sedara mara.Petang gi Melaka sampai raya ke tiga.Habis satu Melaka and N.9 punya sedara mara punya umah kami terjah.Raya ke 4 gi area,Tg.Karang lak,visit sedara mara belah ayah dan yang sewaktu dengannya.


Hari Ahad mak pulak buat mini open house,lepas tolong sikit-sikit(sikit jer?) I terus pi beraya umah sedara mara belah Mr.Hubs and my side arround klang valley lak.


Kami beraya dari umah my atok sedara di kawasan sawah nan menghijau ini......

hinggalah ke rumah pakcik Mr.Hubs yang besar gadang serupa Muzium Kesenian ni...ahaks!

Tapi matlamat kami tetap sama....menziarahi yang lebih tua,bermaaf-maafan untuk mengeratkan silaturrahim....masa raya nilah nak jumpa semua yang dah lama tak jumpa..

Tuesday, October 7, 2008

Kejap ya

Jap ya...nanti kita update...bz pluss fenin la skrg ni

berkongsi rasa ....