Thursday, February 16, 2012

perjalanan kanser mak-day 1

Dimana-mana jalan sesak petang semalam,hujan lebat telah mengakibatkan banyak jalan dinaiki air,kenderaan bergerak seperti siput,hasrat untuk segera sampai dirumah mak,tak kesampaian akhirnya,jam tujuh baru kami tiba setelah mengambil Shaheez dari sekolah,Shaheem juga mula merengek kerana telah terlalu lama didalam kereta ditambah pula kerana keadaan hidungnya yang tersumbat itu.

Tiba dirumah,mak menyambut kami dengan senyuman,namun dapat kutelah,senyuman itu cuba dibuat-buat,agahan pada Shaheem seakan hambar bunyinya,tidak bagai selalu,nada suara mak kian tidak bermaya,tiba tiba aku kehilangan mak yang dulu,langkahnya kian lesu,aku bagai kehilangan punca,tiba tiba aku jadi tidak tahu dimana untuk mulakan bicara,terasa serba tak kena untuk merenung wajah sayunya,mujur ada Shaheem yang menjadi bahan bicara kami petang itu.

Dalam pada itu,perlahan lahan mak menghampiri aku dan kak lang,menunjukkan ketulan besar didadanya yang bakal dibuang itu,dada yang menyusukan kami lima beradik....(ada airmata tika ini)..Rasalah kata mak,terkejut amat aku,bila dapat kurasakan ketulan keras itu besar dan kulit dada emak sudah seakan "orange peel" sebagaimana semua pesakit breast cancer lain.Sekali lagi aku bagai kehilangan kata,namun,tiada masa untuk menyesali apa yang berlaku saat ini,selain berdoa dan berikhtiar agar mak segera sembuh,kerana kuasa Allah mengatasi segalanya.

Mak juga sempat bertanya Shaheez yang terbaring kepenatan ,suatu yang menjadi kepantangan mak sebelum ini,berbaring kala Maghrib menjelma,Jelas,mak sudah hilang daya untuk menasihati.Berita pagi semalam,telah merubah mak secara total,nyata dia hanya insan biasa,walau sekental mana hatinya,sesekali ditimpa ujian begini,rebah juga hatinya,doakan agar perasaan ini sementara cuma.

Kala Maghrib kian menjelma,adik-adik masih belum tiba,sekali lagi mengundang gusar di hati mak,Kata mak "Kesian dorang tu,mesti lapar dan penat tu"kalau penat tak payah lah mengajar tuition lagi...tutur mak yang masih risau kan akan anak anaknya walau keadaannya sendiri ditahap yang agak kritikal.

Aisyah tiba,kala mak di bilik air mengambil wuduk,Aisyah terus meluru ke dapur mendapatkan emak,dari cermin rumah mak,dapat kulihat mereka berdua berdakapan erat sambil berjujuran airmata,aku sebak,namun aku harus kuat,lantas mengeraskan hatiku,sebelum solat,aku nampak mak cuba menyeka airmata...Ya...Allah beri aku kekuatan agar tidak turut rebah dengan cubaan ini.Kutinggalkan mak,dengan pelukan penuh kasih sayang sambil mengusap belakangnya malam tadi,malu aku katakan sesuatu yang jarang aku lakukan sebelum ini,namun akan menjadi amalanku mulai hari ini.Masa.....tidak pernah menanti kita,aku takut,aku tidak punya banyak masa untuk itu....Tuhanku ampuni ibuku,rahmati dia Ya Allah,dan peliharalah dan kasihilah dia sepertimana dia mengasihi aku sewaktu aku kecil.

Malam,Acu adik bongsu kesayangan mak menghubungiku,bertanyakan tentang penyakit mak,mak menangis lemah kata Acu,memberitahu Acu tentang penyakitnya ,besok Acu datang rumah mak,bagi semangat kat mak,kata Acu,Terima Kasih Acu,memang disaat ini sokongan dan kasih sayang dari keluargalah yang sangat diperlukan.Teringat kata mak siang semalam"mak tak kisah mati,umur pun dah 60,tapi mak harap dapatlah pergi haji hujung tahun ni"..InsyaAllah dapat kataku memujuk....

Sebenarnya sejak melihat keadaan mak dirumah semalam,telah wujud perasaan debar dihatiku,pedih bagai disiat-siat mengenangkan situasi kimoteraphy yang emak bakal hadapi,Ya Allah ,andai mampu kuubah semua itu,Tapi aku yakin,Allah maha Pengasih lagi Maha Penyayang pada hambaNya,tidak sedikit hikmah yang diturunkan semua ini,Pasti ringan ujian mak tika diSana nanti,insan soleh memang selalu diuji Allah,tanda Allah cinta dan redha,tanda kasihNya agar tidak alpa,Aku percaya itu.

Buat Mak,bersabarlah bagai selalu jua....moga ganjaran pahala yang berlipat kali ganda yang bakal diterima atas kesabaran ini.Allahu Akbar.....

2 comments:

It is the matter of heart. said...

Ajaklah emak dan adik beradik semuanya bermohon kepada Allah moga dikurniakan kekuatan dan kesabaran menghadapi saat sukar ini. Allah adalah pemilik mutlak kekuatan dan kesabaran..

Cadangkan emak untuk mengamalkan zikir Al-Mathurat pagi dan petang.

rerama salju said...

Terima Kasih sis,

ALHAMDULILLAH mak bertambah sihat,dah Doktor kerap menagguhkan Kimo mak,krn tahap kesihatan mak yg membanggakan,InsyaALLAH ubat yg Doktor maklumkan utk diambil dlm jangka masa 5 tahun juga,bakal Doktor hentikan ,jika mak terus sihat kata Doktor....Kami berharap mak tdk perlu Kimo utk selamanya...Memang pdNyalah harapan dan doa kami sekeluarga...
Saya juga pernah terbaca,Qiamullail secara Istiqomah adalah ubat paling mujarab utk semua penyakit kritikal,walaupun seketika...moga ia..membantu kita semua...

berkongsi rasa ....