Wednesday, February 15, 2012

cabaran terbaru...

Hari ini 15 February 2012,Mak disahkan mengidap Kanser Payu Dara ,Tahap ke 3,Entah mengapa bila berdepan dgn Doktor perempuan muda yang tenang itu,aku tidak merasa apa-apa bila dia mula membicarakan perihal penyakit mak,aku turut tenang dan redha dengan apa yg terjadi.

Syukur,sejak akhir akhir ini aku semakin tenang dan positif menghadapi hidup,semuanya selepas aku selalu mendengar bual bicara Prof.Muhaya,segalanya bagai turning point dalam hidupku,tiada lagi perkara yang merungsingkan aku,selain redha Allah,dan aku yakin setiap yang berlaku ini ada sebabnya,dan tidak akan berlaku semua ini tanpan IzinNya.Begitu cantik percaturan Allah,alangkah ruginya masaku selama ini kerana terlalu asyik memikirkan itu dan ini atau dengan kata lain hanyut dalam Penghargaan Manusia.

Justeru pada mak,kukuatkan semangatnya...walau agak remuk hatiku melihat emak yang sangat kuat itu hampir rebah menangis tika keluar dari kamar Doktor,kutahu hatinya,hati seorang perempuan,ibu dan isteri sepertiku jua,Pada mak kukatakan,"takper mak,jangan bersedih,kami semua akan terus mendoakan mak,mak jangan sedih sebab nanti mak tambah sakit dan lemah,penyakit ni dah ada dalam badan kita,jadi kita terus ikut nasihat Doktor disamping terus berdoa"mak nampak tenang selepas tu,sambil kami berjalan seiringan menuju parking kereta,kaklang memimpin dan sesekali memeluk emak dan aku menyorong kereta tolak Shaheem.

Nasib korang (aku dan kaklang) ada dengan Doktor tadi,boleh tanya-tanya kata mak,membawa maksud kalau hanya dia berdua dengan ayah yang menemui Doktor,tentu hanya anggukan tanda faham sahaja dari ayah,kerna begitulah sifat semulajadi ayah yang pendiam dan akur ,segalanya dipendam dilubuk hatinya yang paling dalam,namun penuh kepedihan,pun semuanya disimpan...kami tidak pernah menyalahkan ayah dalam hal ini,sekali kali tidak.

Sementara menanti ayah mengambil kereta,terjumpa jiran lama kami,kak ella,seorang ibu tunggal dan anak kecilnya sekitar usia 10 tahun,bila mendengar ceritanya,kami rasakan hidup kami seribu kali perlu bersyukur dengan dugaan yang harus ditempuhinya,sekali lagi kami insaf.

Didalam kereta,mak kembali tenang sambil bercerita,betapa kesalnya dia tak dapat bersedekah pada anak Kak Ella tadi,kerana kejadian berlalu begitu pantas dan betapa mak kata,Kesian Ella,nasib kita tak pernah seteruk orang lain yang lebih teruk (diduga Allah) kata mak bersyukur,Mak kata dia tak sedih cuma sebak,tak sangka ketulan itu boleh menjadi kanser,tambah mak lagi.

Pembedahan mak dijadualkan berlangsung pada 1 March ini,semuanya berlaku begitu lancar,betapa setelah mak disahkan mengidap kanser,terus diberi jadual pembedahan,tidak diletakkan dalam ruang"waiting list" bagai sesetangah pesakit dan kes.Aku yakin mak boleh lalui semua ini,mak seorang yang kuat dan tabah aku tau,walau bagai selalu jua,sementara menanti nama di panggil ke bilik Doktor mak tak putus putus mengaji,ada riak keresahan diwajahnya,tidak bagai selalu,mungkin mak dapat mengagak keputusan itu.

Usai urusan hospital ,aku terus kepejabat,bila bersendirian begini,barulah berbagai perkara yang bermain dibenakku,pun aku mengambil semua ini sebagai cabaran,dan akan terus menghimpun kasih sayang kami adik beradik untuk dicurahkan pada emak,dan akan selalu menggembirakan hatinya,aku memandang ini sebagai hikmah untuk kami lebih menumpukan perhatian padanya yang semakin dimamah usia,Syukur ,tiada kesal yang terwujud dihatiku,melainkan rasa bagaimana harus kulakukan untuk memulihkan mak melawan sel kanser itu,

Tuhanku,aku tau Kau bersamaku,Bantulah ibuku Ya Allah,Jauhilah dia dari rasa kesakitan yang maha pedih itu,Permudahkanlah urusannya Ya Allah,Semoga dia terus kuat menghadapi cubaan demi cubaan ini,Amin Ya Allah

No comments:

berkongsi rasa ....