Wednesday, August 26, 2009

Happy B'day Cah!



Happy 21st B'day Cah,
kejap je acah dah dapat key of freedom kan?
along rasa,baru jer aicah menangis tak nak gi sekolah
masa aicah darjah satu dulukan?
macam-macam mak buat soh aicah gi sekolah,
dan
macam-macam alasan jugak aicah buat pasal
taknak gi sekolah kan?
takut cikgu rambut besar lah...hehehehe
tapi
dalam tak suka-tak suka pergi sekolah tu,
aicah periksa nombor 1 jugak,
heran kan?
tapi tabiat tu tak lama,
bila aicah dah ada ramai kawan,
aichah dah OK,malah disayangi guru2,
sebab aicah kan peramah dan comel?
sampai sekarang pun aicah disenangi
dengan sifat mesra dan penyayang aicahkan?
keep it up....

Tahun lepas,
masa kita semua celebrate b'day aicah
kat S.Pyramid
semua orang ada...dikwan je takde,
bas dia lewat tiba dari Kuantan...
tapi tahun ni dan tahun-tahun seterusnya
dia tak akan ada lagi....
sebab aicah dah tak ada adik lagi
aicah dah jadi anak bongsu
sebab tulah arwah pun tak pernah panggil aicah,
kakak,
tapi dia panggil, aicah,
lebih manja,rapat dan dekat dijiwa....
(rupanya memang kejap je,aicah jadi kakak dia)

along tau kalian rapat sangat,
sehingga nafasnya yang terakhir,
Namun,hari ini,
walaupun dia telah tiada,
Aicah kena sambung semangatnya,
sebab masa depan aicah masih terlalu panjang,

Semoga diusia ini,
Aichah kian matang,
Fikirkan masa depan yang jauh terbentang,
moga terus gemilang,
menghadapi hari-hari mendatang....


Kukuhkan iman didada,
Pasti kau akan berjaya
menempuh semuanya,
kerana
Rahmat Allah itu
adalah lebih baik
dari dunia dan segala isi alamnya.


Sayang Selalu dihari lahirmu ke 21
Along
280809



5 comments:

Kakak said...

Salam RS..
Selamat Berpuasa dan Semoga Ibadah yang dilakukan diberkatiNya.

Happy Birthday to Aicah...
Dah dewasa dah Aicah.
Semoga kedewasaan ini dimanfaatkan untuk bangsa dan agama.

kak ja said...

Hepi bday to Aicah..

Semoga Tuhan memberkati kehidupannya dunia dan akhirat..

rerama salju said...

Salam Kakak,

Tq for the wish kak,semoga Aichah jadi anak yang selalu menyenangkan sampai bila2..Amin...

Tq for the wish kakja..AMin...

cakapaje said...

Salam Ramadhan rs (walaupun dah tengah bulan ha!),

Hmm...sampaikan belated birthday wish kat aicah tu. Tergugat iman den tengok gambau dia :)

rerama salju said...

CA,
takperlah better late than never...Apa?tergugat iman?hahaha,tak nak suroh reccomend ke?hehehe

berkongsi rasa ....