Assalamualaikum...
Cuba untuk menitipkan sesuatu di sini, tapi entah kenapa berat sungguh tangan ni nak mengetuk papan kekunci ni,terasa serba tak kena.Namun,disebab kan tahu akan kehadiran teman-teman disini,rasanya tak elok kalau biarkan mereka pulang hampa.....tanpa sebarang berita
Well,terlalu banyak yang berlaku dalam waktu berdiam diri ini, ada yang menguji kesabaran dan keimanan,ada yang merungsingkan,memilukan,dan akhir sekali tentulah yang melegakan....Ya,pelbagai warna,merah,jingga,biru dan semua.Inilah rencam dunia,Tapi semua itu akan dapat diatasi oleh hati yang tenang dan berserah sepenuhnya pada sang Pencipta,kerana "
sesungguhnya tidak Dia turunkan sesuatu itu dengan sia-sia".Usah difikirkan sangat hal-hal dunia yang sementara ini.
Semalam dah nisfu Syaaban,kejap jer kan?lagi 2 minggu Puasalah kita,Alhamdulilah dapat jugak puasa dan berbuka dengan seteguk air dan sebiji peach di surau sekolah anak semalam,malu dan tak lalu nak makan apa2,sebab semua jemaah dah sedia nak solat...juga memandangkan jadual malam tadi cukup padat,bimbang tak terkejar,sebab usai Solat Maghrib,ada solat hajat UPSR,bacaan Yasin,solat Isya' diikuti dengan majlis khatam Al-quran , terharu tengok budak-budak tu mengaji,My son?tahun ni dia tak terlibat mengaji cuma ambik sijil tamat PAFA. Tapi yang a bit annoyed tu,usai solat Isyak dia boleh pi merayap kat dewan sek cina sebelah,tengok dorang practice Taichi...sabar jerlah....Time nak bagi sijil dan makan,elok jer dia sampai kat surau balik....Adoi lah anak...ikut pangai sapalah tu ya?????(wink-wink)
Paling tragis bila one of mom kat situ told me that '
Shahe*z tu playfull jugak ya"....Memaaaaaaannnnggggggg,kataku,Abis dah memang betul...huhuhu,He's really a BOY,if you know what I mean...But again,kami ni tidaklah marah sangat kat dia....Because, for me,setiap orang tu perwatakkan dia berbeza-beza,dan adatlah tu budak nak membesar,cuma jangan lah OVER sangat,dan buat benda yang menyalahi syariat,yg lain will be fine,kata papa dia...
Kelmarin pula genap 100 hari adikwan kembali keRahmatullah....Rasa baru semalam dia berbual dan bergurau dengan kami,Sekelip mata dia pergi.Namun kami redha dengan ketentuanNYA,Walau terkadang airmata kami gugur jua tanpa dapat kami seka....Bercerita bukan beerti kami tidak redha,tapi sekadar berkongsi pengalaman,kerana kami tahu,sebaik-baik pengaduan adalah pada yang Esa.
Malam Nisfu Syaaban yang sepatutnya dihabiskan dengan bacaan Yasin 3 kali setelah solat Maghrib,tidak sempurna kulakukan,memandangkan masa itulah anak nak memulakan kelas BMnya,justeru kami 3 beranak cuma menumpang solat di kuaters guru tempat anak belajar,usai solat anak terus ke rumah guru,dan aku hanya menamatkan sekali bacaan Yasin saja,kerana sementara anak belajar,aku harus ke hypermarket berhampiran,bagi membeli barang keperluan untuk kenduri di rumah mak hari Sabtu ni,(esok).Usai membeli belah ,kembali ke tempat tuition,,Syukur,masih punya waktu,sementara menunggu anak turun,Alhamdulillah sempat menghabiskan 2 kali Yasin,walau dah masuk waktu Isya' dan dalam keadaan tak sempurna,maklum membaca dibawah kesamaran lampu jalan...tapi tak mengapalah...better late than never kan?
Besok pula,selain ada kenduri kat rumah mak,my FIL pula mengharap sangat (read:WAJIB) agar kami dapat menyertainya dalam satu majlis,manakala anak pula insist(read;DESAK) to go to Bukit Jalil untuk memberi sokongan kepada teman baiknya yang bakal bertanding mewakili Selangor dalam spelling bee competition dari pagi sampai lah almost Maghrib.Semuanya terasa penting dan tak mahu nak menghampakan sesiapa.Dapat pula kami ni pulak umpama tulang belakang pada mereka semua.Ermmm....moga Allah beri jalan terbaik untuk aku melakukan semua ini besok.
Ini je dapat kongsi buat semua buat masa ini.Panjang umur,kita jumpa lagi...Pohon maaf zahir batin....Cheeeeerrrsssssssss..Wassalam.