Salam Lebaran buat semua.Terasa pantas sungguh masa berlari,Ramadhan bakal meninggalkan kita,Ramadhan paling beda dalam hidupku,merasai Ramahan berbadan dua,agak mencabar rupanya,mujur separuh bulan dapat jua aku curik-curik puasa,dan Terawikh kali ini sekali pun aku tidak ke masjid,malah adakalanya aku melakukannya tika menghampiri dini hari,dan dlm keadaan duduk,kerana keadaan kesihatan yang kadangkala tidak begitu memberangsangkan,terutama kepala yang selalu saja pusing.
Syawal kali ini jua,kali pertama aku langsung tidak memikirkan soal persiapan baju raya.Dalam keadaan begini,semuanya bagai tak kena,mood bagai hilang dibawa pergi.Sehelai kurung biru pemberian aisyah yang mula bekerja pada tahun ini padaku pula,tidak sempat emak siapkan,Pun langsung tidak menjadi hal padaku,suatu yang asing bagiku dulu.Syukur aku sudah punya rasa begitu,belajar lah untuk Zuhud...:).Jadi kami tiga beranak akan mengulang pakai baju pagi raya kami tahun lepas kami pada pagi raya nanti.Sementelah pula baju melayu Mr.Hubs dan The Son tahun lepas persis dari kedai,kerana itulah sekali mereka pakai selepas pagi raya itu.So save cost untuk pagi raya.
Persalinan lain untuk Mr.Hubs masih banyak lagi yang masih baru dan belum dipakai,terutama hadiah hari lahirnya June lepas.Untuk The Son pula,dia sudah ada taste sendiri,jadi dengan keadaan aku yang tidak berdaya mengukur jalan di Shopping Mall itu,maka makcik-makciknya lah yang menemani.Habis hati bujangku tahun ini,kerana dapat membeli apa jua yang di hajati.
Puasa kali ini jua,untuk pertama kalinya jua,berbuka dirumah mak saja,tidak di luar apatah lagi di meja-meja buffet yang tiba-tiba diragui kehalalannya.Pun cuma sekali dapat berbuka dengan mertua kerana kesuntukan masa dan kesihatan tak mengizinkan.
Pada semua,kuucapkan Salam Aidilfitri ,berhati-hati di jalanraya,Salah dan silap mohon dimaafi....
The son kala sesi bershopping dengan makciknya di Sunw*y Pyramid
Duit raya tahun ni...sangat minima....
kerepek-kerepek ni The Son yang order dengan makcik dia yang baru belajar berniaga,mama tolong bayar jer...:)
3 comments:
salam
slamat hari raya........
selamat hari raya. jangan lupa cepat-cepat buat puasa 6 pula.
salam Ibu Guru,
Salam lebaran juga....
Im,
Nampaknya tahun ni tak dapat saya puasa 6,atas masaalah kesihatan,haritu cuba puasa sehari,macam nak pengsan rasanya,terus tak berani mencuba...
Tentu Im dah abis puasa 6,ALHAMDULILLAH...
Post a Comment