Pertama kali dengar kuliah ugama tak mengantuk dan kyusyuk mlm tadi,(tafsir surah yasin ayat 11 to 20 near masjid dekat umah)..sukanya...ALHAMDULILLAH.... (Kuliah pertama setelah tinggalkan sekolah,boleh?betapalah aku mensia-siakan waktu selama ini)
Balik kerja ptg smlm,hati bagai dijentik-jentik nak ke masjid,dah lama tak baca Yassin berjemaah kat masjid setelah arwah adikwan meninggal hampir setahun yang lalu,jadi bila ada kelapangan malam ni,dan anak pula tidak perlu kesekolah,besok,aku gagahi kaki melangkah ke masjid.
Usai Maghrib,rupanya jadual malam tadi bukanlah bacaan yasin berjemaah,tapi adalah tafsir surah yasin....Paling menggamit memori adalah bila tirai dibuka,,,teringat masa kat sekolah dulu,Saat mendebarkan apabila tirai dibuka...maknanya adalah yang nak kena rotan tu .hehehe.Dapat pulak aku ni tersangat lah baiknya....(wink-wink)
Ada rasa keinsafan didadaku kebelakangan ini,semuanya bila aku kembali terjumpa Ustaz yang pernah membimbingku kala aku disekolah rendah dulu,Ustaz yang sabar memujuk aku menjadi muslimah,melembutkan hatiku agar menutup aurat.Walau tika itu statusnya cuma guru sandaran,dan kami putus hubungan tika aku melangkah ke asrama dan dia menyambung pelajaran ke maktab.Namun ilmu yang disampaikan terus melekat ke hatiku.Ada rasa bahagia tika aku menyempurnakan nasihatnya.Tak tahu mengapa.
Bila kami bertemu semula di alam maya ini,dia kembali menasihatiku agar terus dekat dengan Dia,carik sebanyak mungkin bekalan yang bisa dibawa ke sana,usah leka dengan duniawi,lantas membakar semangatku untuk qiam dimalam hari.Kurasa persis zaman anak kecilku,gembira sekali.Kini,ustazku itu lelah pergi,kerna tidak manis untuk kami terus berhubungan lagi,kerana situasi bukan bagai dulu lagi,namun nasihat dan tunjuk ajarnya kekal dihati,Terima Kasih Ustaz.(walau kini,dia bukan bergelar ustaz lagi.....).Tunjuk ajar dan nasihatmu kubawa mati.InsyaALLAH.
3 comments:
Sebenarnya hidup ini tidak lama. Sia-siakan hidup ini umpama lepaskan peluang untuk sumbat gol ketika gawang terbuka luas.
tanpa kita sedar, ada perkara yg kita lakukan bakal mengubah hidup org lain, ke arah yg lebih baik.
begitu indahnya hidup seorg muslim
IM,
Ni tengah cuba taknak buang2 masa lagi ni,susahnya membuang kebiasaan ...hmmm...
azizi,
betullah,terkadang dakwah itu lebih indah bila ia datang dgn sendiri,berkat ketulusan dan keikhlasan hati,Wallahua'lam....
Post a Comment