Wednesday, August 11, 2010

Salam Ramadhan

Ramadhan ya Marhaban....sekejap jer Ramadhan datang lagi.Kehadiran yang agak beza suasananya dari yang dulu.Ramadhan kedua tanpa dikwan dan Ramadhan pertama kala berbadan dua.Yang lain,Syukur masih sama,masih dikelilingi ibu ayah serta keluarga tersayang,yang semuanya didepan mata,Kupanjatkan rasa Syukur kerana aku tidak perlu berpisah jauh dengan kedua orang tuaku di usia ini.Masih betah mengadu suka duka pada mereka jua menikmati air tangan ibu bila saja tergerak rasa.

Syukur,kala kandungan menginjak 13 minggu ini,aku makin sihat,tiada lagi kelesuan yang membungkam,kesedihan yang tiada makna jua keresahan yang ntah apa-apa.Tiada lagi lemah longlai yang panjang,mual yang menyesakkan,dan pening-pening lalat yang mengelirukan.Tiada lagi ancaman keguguran akibat "spoting" dulu.CUMA tiba-tiba aku dikejutkan dengan tekanan darah tinggi yang agak tinggi sehingga menyebabkan aku terpaksa mengambil ubat.Ermm....ku sangka panas hingga ke petang...'Puan kena ambil ubat ni setiap 8 jam ya,bahaya kalau puan tak ambil,sorry to say,Puan tak boleh puasa ya?nanti puan ganti...."errmm...nak kata apa?

Semoga Ramadhan ini merupakan titik tolak untuk kita lebih dekat denganNYA,dan dugaan yang datang ini,mengajar kita supaya lebih sabar dan tidak leka dengan dunia.

Tuesday, August 10, 2010

pengkar

puas kucuba meluah kata
namun segalanya bagai tak kena
segalanya bagai terlalu asing
langkah terasa pengkar
laluan terasa payah dan berduri,

mengapa begini?
pembawakan yang didalamkah?
atau aku yang terlalu perasa?
semoga hari-hari suram ini
akan segera pergi
membawa sinar baru yang pasti.

berkongsi rasa ....