Alhamdulillah,apa yg kukhuatiri berlaku,tidak terjadi,aku bimbang jika mak bersedih hati,menyambut Ramadhan pertama tanpa anak bongsu kesayangannya.Nyata keimanan yang menebal dijiwanya menghalang semua itu dari terjadi,Sikit mak tak sebut,atau meluah rasa sedih dihadapan kami,yang mak lakukan adalah mengaji dan terus mengaji,cuma sesekali jika lewat menziarahi pusara arwah,mak akan ckp "kesian dikwan,kita tak pergi tengok dia,mesti dia tunggu..." Takper mak,jap lagi kita pergi,lagipun INsyaALLAH doa kita dari rumah pun sampai"kataku.Namun acapkali mak dan ayah pergi dulu tanpa menunggu kami yang terlalu banyak urusan ini.Rindu seorang ibu...aku maklum itu.
Mak cuma demam di minggu pertama Ramadhan,pada mak ku katakan apa yg seorang teman pernah bertanya "mak kau demam tak bulan puasa ni?orang kata,kalau anak meninggal,puasa pertama tu mak selalu demam,sebab roh balik umah,macam mak aku hari tu"namun mak menafikan...mak kata..takdelah mak demam sebab kena hujan sikit masa balik terawikh semalam,kata mak memujuk hati,...Wallahu'alam....
Apa yang pasti Syawal ni,akan kami sambut seperti biasa,usai solat Aidilfitri,pulang ke rumah serta bermaaf-maafan sesama keluarga,sebelum ke pusara dikwan dan datuk nenekku,tahun ni mungkin tak ke studio bergambar seperti biasa,walaupun kelurag bangah beraya dengan kami,kemeriahan seakan pudar buat masa ini.Namun amalan kunjung mengunjung tetap akan diteruskan seperti biasa.Selain ke Selatan,kami mungkin akan ke Ipoh menziarah saudara mara.
Pada kalian semua,Kuucapkan Salam AidilFitri,Maafkan segala keterlanjuran kata yang mungkin mengguris hati sepanjang perkenalan kita di sini, bukan niatku menyinggung kalian,namun kerana kekhilafanku.Panjang Umur,Murah Rezeki,Kita Pasti Bersua Jua Nanti.Berhati-hati di jalanraya dan semoga selamat semuanya..
Wassalam..Love You All...really!!
Our last Syawal ,without bangah family,and the last Syawal with arwah Dikwan...Al-Fatihah...









.jpg)
But pagi tadi dia dah pow I kat Petrol station,pasal nak beli buku BOLA,so I told him that this is your present for today's b'day...hehehe.Tak rugi jugak rupanya selalu belikan dia buku,walau entah buku apa-apa,asalkan dia nak baca.Sebab minggu lepas dia bawak balik hadiah dan sijil ni....hehehehe...YOLAH tu!ahai!
bila masa awak baca buku son?tak nampak pun?(wink-wink!)