Showing posts with label update. Show all posts
Showing posts with label update. Show all posts

Tuesday, October 5, 2010

aku,hari ini....

Selasa datang lagi,Kalau dulu Selasa hadir kosong tanpa ada apa yang kunanti,tapi sejak berbadan dua,aku gembira dengan hadirnya Selasa,kerana hari itulah bayi yang kukandung ini bakal bertukar minggu,Yes, She is (she kah?) 21 st weeks today.Syukur Alhamdulillah,aku gembira,aku jadi insan paling bahagia mengira detik-detik indah yang telah lama kunanti ini.Walau dalam hati terkadang ada sedikit gusar yang mengganggu,Maklum,kita hanya Hamba ALLAH yang kerdil,semuanya ada dalam perancanganNYA.Pun aku hanya mampu berdoa agar dipermudahkan perjalananku dan selamat semuanya.

Dalam keadaan tekanan darah tinggi yang menyerang tika ini,aku memilih untuk berjumpa dengan 2 doktor serentak,Swasta dengan gynea kesayanganku Dr.Siti jua di Klinik Kesihatan Ibu Mengandung Kerajaan yang cuma sepelaung dari rumahku.Mungkin kerana faktor usia dan keadaan kesihatanku,aku di berikan perhatian khas dan keutamaan,kesku sering dirujuk kepada Pakar,Sungguh,salah tanggapanku pada Klinik Kerajaan sebelum ini,malah aku dinasihatkan agar tidak mengambil risiko untuk bersalin di Hospital Swasta,berikutan masaalah kesihatan yang ku alami ini,Aku masih belum lagi membuat keputusan,semuanya bergantung pada keadaan kesihatanku pada saat akhir nanti,namun aku akan terus berjumpa dengan kedua-dua Doktor kesayanganku ini buat masa ini,untuk mendapat nasihat dari mereka.Sekali lagi aku berdoa,Semoga Allah permudahkan perjalanan ini....Inilah dugaanNYA...aku redha,.

Hasil scan kedua-dua pakar juga belum mengetahui jantina anak yang kukandung ini,tapi bagi kami,kami menerima apa saja kurniaan Ilahi dengan hati terbuka,memandangkan anak kami yang tidak ramai ini,namun jika PINK,tentulah satu bonus bagi kami.Hatiku kembali berbunga Ya ALLAH....

Berbanding dengan kandungan sulung,keterujaan aku agak berbeza dari dulu,jika dulu,asal punya masa terluang akan kuhabiskan dipusat membeli belah,membeli keperluan terbaik untuk bayiku,tapi kali ini,di usia kandungan 5 bulan ini,tiada persiapan ku lakukan,mungkin kematangan usia mengajar aku lebih rasional dan bersabar...:).Kerana fokusku kini hanyalah untuk mengembalikan tahap kesihatanku ke tahap paling optima,matlamatku hanya satu,untuk menaturalkan bacaan BP ku seterusnya tak perlu mengambil ubat Metyldopa itu 3 kali sehari seperti skrg.Syukur,asthma ku tidak lagi menyerang setelah ditukar ubat preventer oleh pakar di Klinik Kerajaan itu,See,siapa kata,Klinik Kerajaan tak baik?derita yang kutanggung selama ini,hilang jua akhirnya..Syukur.

Dirumah,sejak hari pertama,berita kehamilan diketahui,layanan ahli keluarga terutama suami padaku,tentulah bertambah meriah,banyak kerja rumah ,Mr.Hubs yang lakukan,terutama kerja-kerja menyidai dan mengangkat baju di ampaian,sehingga mengundang "sangsi" jiran-jiranku...huhuhu...tapi tak mengapalah,mereka akan tahu jua nanti.....

With my 3 other preggie cousins,Yeay..I have a friends!!
Secara jujurnya,aku hanya berehat saja dirumah,aku mudah letih tika ini,usai solat Isyak,aku sudah terbaring atas katil membaca,mengaji atau melayari internet.Menemani The Son belajar,seakan sudah menjadi sejarah kala ini,pandai-pandai dia lah nak membawa diri,dengan keadaan mama dia yang begini.Agak risau juga melihat keasyikkannya melayan internet dan mula mengabaikan pelajarannya..Aduh!satu lagi cobaan hadir.Moga dia segera berubah.

Namun,dalam kelesuan ini,aku tetap meneruskan minatku membuat cup cakes yang beraneka jenis,saban minggu,bukan....bukan untuk dijual,tapi sebagai buah tangan untuk rumah yang kukunjungi di AidilFitri ini.Benar,kalau sudah minat,segalanya mudah saja.
my orange cake(err did'nt look like one right?)
among my cuppies for friends & families
dan lagi...therapiku kala ini....

Doaku,agar separuh lagi,perjalanan kandungan ini akan lancar dan tiada masaalah akan hadir.Amin Ya ALLAH.

Thursday, February 11, 2010

sorry..sorry...takde berita

Saya demam....nanti ye?

Sayang semuanya.......

Friday, August 7, 2009

Singgah sebentar...

Assalamualaikum...

Cuba untuk menitipkan sesuatu di sini, tapi entah kenapa berat sungguh tangan ni nak mengetuk papan kekunci ni,terasa serba tak kena.Namun,disebab kan tahu akan kehadiran teman-teman disini,rasanya tak elok kalau biarkan mereka pulang hampa.....tanpa sebarang berita

Well,terlalu banyak yang berlaku dalam waktu berdiam diri ini, ada yang menguji kesabaran dan keimanan,ada yang merungsingkan,memilukan,dan akhir sekali tentulah yang melegakan....Ya,pelbagai warna,merah,jingga,biru dan semua.Inilah rencam dunia,Tapi semua itu akan dapat diatasi oleh hati yang tenang dan berserah sepenuhnya pada sang Pencipta,kerana "sesungguhnya tidak Dia turunkan sesuatu itu dengan sia-sia".Usah difikirkan sangat hal-hal dunia yang sementara ini.


Semalam dah nisfu Syaaban,kejap jer kan?lagi 2 minggu Puasalah kita,Alhamdulilah dapat jugak puasa dan berbuka dengan seteguk air dan sebiji peach di surau sekolah anak semalam,malu dan tak lalu nak makan apa2,sebab semua jemaah dah sedia nak solat...juga memandangkan jadual malam tadi cukup padat,bimbang tak terkejar,sebab usai Solat Maghrib,ada solat hajat UPSR,bacaan Yasin,solat Isya' diikuti dengan majlis khatam Al-quran , terharu tengok budak-budak tu mengaji,My son?tahun ni dia tak terlibat mengaji cuma ambik sijil tamat PAFA. Tapi yang a bit annoyed tu,usai solat Isyak dia boleh pi merayap kat dewan sek cina sebelah,tengok dorang practice Taichi...sabar jerlah....Time nak bagi sijil dan makan,elok jer dia sampai kat surau balik....Adoi lah anak...ikut pangai sapalah tu ya?????(wink-wink)

Paling tragis bila one of mom kat situ told me that 'Shahe*z tu playfull jugak ya"....Memaaaaaaannnnggggggg,kataku,Abis dah memang betul...huhuhu,He's really a BOY,if you know what I mean...But again,kami ni tidaklah marah sangat kat dia....Because, for me,setiap orang tu perwatakkan dia berbeza-beza,dan adatlah tu budak nak membesar,cuma jangan lah OVER sangat,dan buat benda yang menyalahi syariat,yg lain will be fine,kata papa dia...

Kelmarin pula genap 100 hari adikwan kembali keRahmatullah....Rasa baru semalam dia berbual dan bergurau dengan kami,Sekelip mata dia pergi.Namun kami redha dengan ketentuanNYA,Walau terkadang airmata kami gugur jua tanpa dapat kami seka....Bercerita bukan beerti kami tidak redha,tapi sekadar berkongsi pengalaman,kerana kami tahu,sebaik-baik pengaduan adalah pada yang Esa.

Malam Nisfu Syaaban yang sepatutnya dihabiskan dengan bacaan Yasin 3 kali setelah solat Maghrib,tidak sempurna kulakukan,memandangkan masa itulah anak nak memulakan kelas BMnya,justeru kami 3 beranak cuma menumpang solat di kuaters guru tempat anak belajar,usai solat anak terus ke rumah guru,dan aku hanya menamatkan sekali bacaan Yasin saja,kerana sementara anak belajar,aku harus ke hypermarket berhampiran,bagi membeli barang keperluan untuk kenduri di rumah mak hari Sabtu ni,(esok).Usai membeli belah ,kembali ke tempat tuition,,Syukur,masih punya waktu,sementara menunggu anak turun,Alhamdulillah sempat menghabiskan 2 kali Yasin,walau dah masuk waktu Isya' dan dalam keadaan tak sempurna,maklum membaca dibawah kesamaran lampu jalan...tapi tak mengapalah...better late than never kan?

Besok pula,selain ada kenduri kat rumah mak,my FIL pula mengharap sangat (read:WAJIB) agar kami dapat menyertainya dalam satu majlis,manakala anak pula insist(read;DESAK) to go to Bukit Jalil untuk memberi sokongan kepada teman baiknya yang bakal bertanding mewakili Selangor dalam spelling bee competition dari pagi sampai lah almost Maghrib.Semuanya terasa penting dan tak mahu nak menghampakan sesiapa.Dapat pula kami ni pulak umpama tulang belakang pada mereka semua.Ermmm....moga Allah beri jalan terbaik untuk aku melakukan semua ini besok.

Ini je dapat kongsi buat semua buat masa ini.Panjang umur,kita jumpa lagi...Pohon maaf zahir batin....Cheeeeerrrsssssssss..Wassalam.

Tuesday, July 21, 2009

Gomen nasai!!


Salam buat semua,pohon maaf atas kebisuan yang panjang....
terlalu banyak untuk dikongsikan...
namun,belum punya masa terluang,
moga kita bakal bertemu lagi
dalam masa yang singkat ini
Ilalliqak...
Wasslam...
Alfatihah buat blogger "Ancient Mariner "yang telah kembali ke rahmatullah baru-baru ini.Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang mukmin...Amin....

Tuesday, April 21, 2009

Nak kena zassssss

Kesan dari hujung mata kanan yang bersilau tempohari,telah membawaku berjumpa Pakar ENT,tak sanggup rasanya,kehilangan sebuah pancaindera.So seperti diduga,after CT scan tu,sah....kat kawasan mata tu paling penuh itu membrane-menbrane,apatah lagi sebelum tu,apabila diperiksa,Dr.kata dalam hidungku ada something yang he has to remove blablablabla...

Doktor hanya tersenyum,kala aku menyerahkan laporan x-ray hidungku 10 tahun yang lampau,dah tak valid ,kata Doktor,maka itu,hari khamis ini,aku harus masud Wad.Sebab hari Jumaat ni,hidungku bakal dibedah....How,sweet kalau dapat mancungkan lagi kan?hahahaha

Buat lah apa saja doktor,kataku,kerna aku sudah lemas dengan kesesakkan ini,aku ingin bernafas lepas seperti insan lain.Apatah lagi Tuan Doktor telah memberikan janji-janji manisnya padaku,yang pembedahan ini,adalah yang terbaru ,tercanggih dan menjanjikan harapan 90% kesembuhannya,dan sinus tidak akan kembali lagi.Moga aku tidak tergolong dalam yang 10 % itu.Pun aku tahu,semua ini datang dariNYA,Dia lah yang maha berkuasa atas segalanya.Kita cuma berusaha....Amin
Aku,dikamar Doktor,sementara menanti giliran,sambil mengira-ngira pendapatan bersih Doktor ini sepanjang hari,memandangkan waktu menantinya saja,hampir menyamai hospital kerajaan.Ahaks!
Sementara menanti hidungku di zasss,aku menggunakan steroid ini sehari sekali,seperti nasihat Doktor,adalah kurangnya...tapi sampai bila harus bergantung dengan ini?Arghhh!!
Doakan segalanya selamat bagiku....dan moga aku punya waktu bersiaran dari pusat perubatan itu...

Friday, April 17, 2009

Demam

Status:Fever
Caused :Severe Sinusitis..
but I need to go to Kuantan shortly!Arghhh!!!

Wednesday, April 15, 2009

Tunggu sekejap....

Cotto Matte Kudasai.....

Friday, October 17, 2008

terkini...

Off lately ni,I'm pretty busy,busy yang tah hapa-hapa....since last weekend I teman my son buat final revison untuk his final exam...abis jer study ,lepas zohor kami keluar beraya sampai malam,kalau tak penat malam sambung belajar lagi sampai kul 10.30 mlm jer...Kalaulah my son ni Independent dalam hal study dia ni,tentu aman bahagia hidupku...Mintak2 he can develope his study habit latest by next year,sbb dia dah nak ambik exam besar by then.


Tiap-tiap hari minggu ni I ambik half day leave untuk temankan dia study jugak,samapi my mom tegur..sapa yg nak ambik exam ni shah##z,...erm..sabarjerlah...dalam pada tu,ada jer sedara mara yang datang umah nak beraya....so bagi jerlah apa yg ada,unless kalau dah bagitau,adalah something special...


Besok & Sunday,jemputan open house punyalah banyak....tak tau nak drop out yg mana satu,mak pulak buat open house this Sunday,kena gak tolong serba sikit tu,while Mr.Hubs lak ajak beraya umah his uncle nun di K.Sgor..memandangkan minggu depan I dah outstation,memang tak sempat,Duh!!macamana ni,diluah mati anak....Semoga aku dapat menggembirakan hati kedua-dua belah puhak..Amin...


While then,jemputlah makan cheese tart ni dulu ya...Yummeh!!

Tuesday, October 7, 2008

Kejap ya

Jap ya...nanti kita update...bz pluss fenin la skrg ni

Thursday, September 11, 2008

Hiatus....

Cotto matte kudasai...

Watashiwa ima...netsu desu!

jya matta

gambattee neee..

yosh!!
dalam ertikata lain...
tunggu jap ya...demam lah pulak....

Wednesday, July 16, 2008

One moment,please....


I am pretty busy right now,will be back as soon as I'm free k?(hope by this evening!)

Untuk effect yang lebih tenang,I attached herewith gambar tambak johor?ke pantai lido?or Danga Bay? yang facing Singapore tu dari Masjid Sultan Abu Bakar JB last weekend...

Miss u guys....

mmuahhhhhhhh
rama-rama

berkongsi rasa ....