Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Thursday, February 16, 2012

perjalanan kanser mak-day 1

Dimana-mana jalan sesak petang semalam,hujan lebat telah mengakibatkan banyak jalan dinaiki air,kenderaan bergerak seperti siput,hasrat untuk segera sampai dirumah mak,tak kesampaian akhirnya,jam tujuh baru kami tiba setelah mengambil Shaheez dari sekolah,Shaheem juga mula merengek kerana telah terlalu lama didalam kereta ditambah pula kerana keadaan hidungnya yang tersumbat itu.

Tiba dirumah,mak menyambut kami dengan senyuman,namun dapat kutelah,senyuman itu cuba dibuat-buat,agahan pada Shaheem seakan hambar bunyinya,tidak bagai selalu,nada suara mak kian tidak bermaya,tiba tiba aku kehilangan mak yang dulu,langkahnya kian lesu,aku bagai kehilangan punca,tiba tiba aku jadi tidak tahu dimana untuk mulakan bicara,terasa serba tak kena untuk merenung wajah sayunya,mujur ada Shaheem yang menjadi bahan bicara kami petang itu.

Dalam pada itu,perlahan lahan mak menghampiri aku dan kak lang,menunjukkan ketulan besar didadanya yang bakal dibuang itu,dada yang menyusukan kami lima beradik....(ada airmata tika ini)..Rasalah kata mak,terkejut amat aku,bila dapat kurasakan ketulan keras itu besar dan kulit dada emak sudah seakan "orange peel" sebagaimana semua pesakit breast cancer lain.Sekali lagi aku bagai kehilangan kata,namun,tiada masa untuk menyesali apa yang berlaku saat ini,selain berdoa dan berikhtiar agar mak segera sembuh,kerana kuasa Allah mengatasi segalanya.

Mak juga sempat bertanya Shaheez yang terbaring kepenatan ,suatu yang menjadi kepantangan mak sebelum ini,berbaring kala Maghrib menjelma,Jelas,mak sudah hilang daya untuk menasihati.Berita pagi semalam,telah merubah mak secara total,nyata dia hanya insan biasa,walau sekental mana hatinya,sesekali ditimpa ujian begini,rebah juga hatinya,doakan agar perasaan ini sementara cuma.

Kala Maghrib kian menjelma,adik-adik masih belum tiba,sekali lagi mengundang gusar di hati mak,Kata mak "Kesian dorang tu,mesti lapar dan penat tu"kalau penat tak payah lah mengajar tuition lagi...tutur mak yang masih risau kan akan anak anaknya walau keadaannya sendiri ditahap yang agak kritikal.

Aisyah tiba,kala mak di bilik air mengambil wuduk,Aisyah terus meluru ke dapur mendapatkan emak,dari cermin rumah mak,dapat kulihat mereka berdua berdakapan erat sambil berjujuran airmata,aku sebak,namun aku harus kuat,lantas mengeraskan hatiku,sebelum solat,aku nampak mak cuba menyeka airmata...Ya...Allah beri aku kekuatan agar tidak turut rebah dengan cubaan ini.Kutinggalkan mak,dengan pelukan penuh kasih sayang sambil mengusap belakangnya malam tadi,malu aku katakan sesuatu yang jarang aku lakukan sebelum ini,namun akan menjadi amalanku mulai hari ini.Masa.....tidak pernah menanti kita,aku takut,aku tidak punya banyak masa untuk itu....Tuhanku ampuni ibuku,rahmati dia Ya Allah,dan peliharalah dan kasihilah dia sepertimana dia mengasihi aku sewaktu aku kecil.

Malam,Acu adik bongsu kesayangan mak menghubungiku,bertanyakan tentang penyakit mak,mak menangis lemah kata Acu,memberitahu Acu tentang penyakitnya ,besok Acu datang rumah mak,bagi semangat kat mak,kata Acu,Terima Kasih Acu,memang disaat ini sokongan dan kasih sayang dari keluargalah yang sangat diperlukan.Teringat kata mak siang semalam"mak tak kisah mati,umur pun dah 60,tapi mak harap dapatlah pergi haji hujung tahun ni"..InsyaAllah dapat kataku memujuk....

Sebenarnya sejak melihat keadaan mak dirumah semalam,telah wujud perasaan debar dihatiku,pedih bagai disiat-siat mengenangkan situasi kimoteraphy yang emak bakal hadapi,Ya Allah ,andai mampu kuubah semua itu,Tapi aku yakin,Allah maha Pengasih lagi Maha Penyayang pada hambaNya,tidak sedikit hikmah yang diturunkan semua ini,Pasti ringan ujian mak tika diSana nanti,insan soleh memang selalu diuji Allah,tanda Allah cinta dan redha,tanda kasihNya agar tidak alpa,Aku percaya itu.

Buat Mak,bersabarlah bagai selalu jua....moga ganjaran pahala yang berlipat kali ganda yang bakal diterima atas kesabaran ini.Allahu Akbar.....

Wednesday, February 15, 2012

cabaran terbaru...

Hari ini 15 February 2012,Mak disahkan mengidap Kanser Payu Dara ,Tahap ke 3,Entah mengapa bila berdepan dgn Doktor perempuan muda yang tenang itu,aku tidak merasa apa-apa bila dia mula membicarakan perihal penyakit mak,aku turut tenang dan redha dengan apa yg terjadi.

Syukur,sejak akhir akhir ini aku semakin tenang dan positif menghadapi hidup,semuanya selepas aku selalu mendengar bual bicara Prof.Muhaya,segalanya bagai turning point dalam hidupku,tiada lagi perkara yang merungsingkan aku,selain redha Allah,dan aku yakin setiap yang berlaku ini ada sebabnya,dan tidak akan berlaku semua ini tanpan IzinNya.Begitu cantik percaturan Allah,alangkah ruginya masaku selama ini kerana terlalu asyik memikirkan itu dan ini atau dengan kata lain hanyut dalam Penghargaan Manusia.

Justeru pada mak,kukuatkan semangatnya...walau agak remuk hatiku melihat emak yang sangat kuat itu hampir rebah menangis tika keluar dari kamar Doktor,kutahu hatinya,hati seorang perempuan,ibu dan isteri sepertiku jua,Pada mak kukatakan,"takper mak,jangan bersedih,kami semua akan terus mendoakan mak,mak jangan sedih sebab nanti mak tambah sakit dan lemah,penyakit ni dah ada dalam badan kita,jadi kita terus ikut nasihat Doktor disamping terus berdoa"mak nampak tenang selepas tu,sambil kami berjalan seiringan menuju parking kereta,kaklang memimpin dan sesekali memeluk emak dan aku menyorong kereta tolak Shaheem.

Nasib korang (aku dan kaklang) ada dengan Doktor tadi,boleh tanya-tanya kata mak,membawa maksud kalau hanya dia berdua dengan ayah yang menemui Doktor,tentu hanya anggukan tanda faham sahaja dari ayah,kerna begitulah sifat semulajadi ayah yang pendiam dan akur ,segalanya dipendam dilubuk hatinya yang paling dalam,namun penuh kepedihan,pun semuanya disimpan...kami tidak pernah menyalahkan ayah dalam hal ini,sekali kali tidak.

Sementara menanti ayah mengambil kereta,terjumpa jiran lama kami,kak ella,seorang ibu tunggal dan anak kecilnya sekitar usia 10 tahun,bila mendengar ceritanya,kami rasakan hidup kami seribu kali perlu bersyukur dengan dugaan yang harus ditempuhinya,sekali lagi kami insaf.

Didalam kereta,mak kembali tenang sambil bercerita,betapa kesalnya dia tak dapat bersedekah pada anak Kak Ella tadi,kerana kejadian berlalu begitu pantas dan betapa mak kata,Kesian Ella,nasib kita tak pernah seteruk orang lain yang lebih teruk (diduga Allah) kata mak bersyukur,Mak kata dia tak sedih cuma sebak,tak sangka ketulan itu boleh menjadi kanser,tambah mak lagi.

Pembedahan mak dijadualkan berlangsung pada 1 March ini,semuanya berlaku begitu lancar,betapa setelah mak disahkan mengidap kanser,terus diberi jadual pembedahan,tidak diletakkan dalam ruang"waiting list" bagai sesetangah pesakit dan kes.Aku yakin mak boleh lalui semua ini,mak seorang yang kuat dan tabah aku tau,walau bagai selalu jua,sementara menanti nama di panggil ke bilik Doktor mak tak putus putus mengaji,ada riak keresahan diwajahnya,tidak bagai selalu,mungkin mak dapat mengagak keputusan itu.

Usai urusan hospital ,aku terus kepejabat,bila bersendirian begini,barulah berbagai perkara yang bermain dibenakku,pun aku mengambil semua ini sebagai cabaran,dan akan terus menghimpun kasih sayang kami adik beradik untuk dicurahkan pada emak,dan akan selalu menggembirakan hatinya,aku memandang ini sebagai hikmah untuk kami lebih menumpukan perhatian padanya yang semakin dimamah usia,Syukur ,tiada kesal yang terwujud dihatiku,melainkan rasa bagaimana harus kulakukan untuk memulihkan mak melawan sel kanser itu,

Tuhanku,aku tau Kau bersamaku,Bantulah ibuku Ya Allah,Jauhilah dia dari rasa kesakitan yang maha pedih itu,Permudahkanlah urusannya Ya Allah,Semoga dia terus kuat menghadapi cubaan demi cubaan ini,Amin Ya Allah

Friday, December 3, 2010

Tahniah Cah!!

Tahniah Cah sbb dah peroleh segulung ijazah dalam usia 22 tahun ini.I'm proud of you.Rasa baru jer along carik nama aicah dalam kamus Marbawi masa along form 2 kat asrama tahun 88 dulu,Tup-tup aichah dah grad...Murah betul rezki aichah kan?tak perlu tunggu lama untuk dapat kerja,rezki semua anak-anak Mak sebenarnya,berkat doa kedua ibubapa kita.Tahniah ya..Jangan lupa balas jasa mak ayah,teruskan menuntut ilmu jika mampu,kerana Ilmu ALLAH ini maha luas dan usah siakan masa mudamu.Semoga terus berjaya dalam apa jua lapangan yang kau ceburi.I always be by your side sis!

To my beloved sister Aisy*tul Raihana@Ice@Acah@Makcik@Aisyah...I love you and Congratulations!!
Masa sessi pilih gambar kat studio seminggu sebelum aichah terima ijazah.Masa ni turn mak ayah dan adik beradik Aicah.Kita dah tinggal empat beradik rupanya...:( Seluruh keluarga turut serta.And we really had a great time masa tu.Rasa Bahagia sangat dengan keluarga kita yang harmoni ni.Syukur padaMu ya ALLAH.

Tuesday, November 3, 2009

kesian mak...

malam tadi aku ke rumah mak,mak masih ditikar sembahyang berwirid dan mengaji sambil menanti waktu Isyak.Rumah mak sunyi.....ayah ke masjid,kak lang masih dipejabat,aisyah di kampus...tiba-tiba ada sendu yang berlagu dihati ini....rasa sepi yang tak bertepi...


Usai makan malam,mak masih di atas sejadah,sambil mengadu sakit tekak,makan panadol tak baik kata mak....Senyum anakku mendengar keluhan wannya....lantas berkata..Makan panadol mana boleh ilang wan....Pergi klinik mak,kena makan antibiotik....kataku...Mak kata,tengok lah 5hb ni dah nak pergi hospital pulak....

Sejak kebelakangan ni,mak selalu cakap pasal mati...pasal umur mak tak lama...semuanya menggusarkan aku sebenarnya,terutama selepas tipah pembantu rumah yang lama dengan kami tiba-tiba mohon berhenti kerana urusan peribadi.Selama ini Tipah lah teman berbual mak,jika tiada kami,malah lebih rapat lagi....tipah PA mak gurau kami selalu.

Bila kutinggalkan emak seorang diri malam tadi,mak masih bertelekung,ingin bersolat sunat lagi katanya...sambil memesan tutup segala pintu dan gate depan....kucium tangan emak,rasa berat untuk kutinggalkan,namun ku berazam akan terus berbakti pada mak,akan terus tinggal berhampiran mak,biar aku hidup sekadarnya ,moga Allah beri jalan padaku untuk terus berbakti kepada kedua orang tuaku itu...

zahir tak terucap.....biarlah....

Wednesday, August 26, 2009

Happy B'day Cah!



Happy 21st B'day Cah,
kejap je acah dah dapat key of freedom kan?
along rasa,baru jer aicah menangis tak nak gi sekolah
masa aicah darjah satu dulukan?
macam-macam mak buat soh aicah gi sekolah,
dan
macam-macam alasan jugak aicah buat pasal
taknak gi sekolah kan?
takut cikgu rambut besar lah...hehehehe
tapi
dalam tak suka-tak suka pergi sekolah tu,
aicah periksa nombor 1 jugak,
heran kan?
tapi tabiat tu tak lama,
bila aicah dah ada ramai kawan,
aichah dah OK,malah disayangi guru2,
sebab aicah kan peramah dan comel?
sampai sekarang pun aicah disenangi
dengan sifat mesra dan penyayang aicahkan?
keep it up....

Tahun lepas,
masa kita semua celebrate b'day aicah
kat S.Pyramid
semua orang ada...dikwan je takde,
bas dia lewat tiba dari Kuantan...
tapi tahun ni dan tahun-tahun seterusnya
dia tak akan ada lagi....
sebab aicah dah tak ada adik lagi
aicah dah jadi anak bongsu
sebab tulah arwah pun tak pernah panggil aicah,
kakak,
tapi dia panggil, aicah,
lebih manja,rapat dan dekat dijiwa....
(rupanya memang kejap je,aicah jadi kakak dia)

along tau kalian rapat sangat,
sehingga nafasnya yang terakhir,
Namun,hari ini,
walaupun dia telah tiada,
Aicah kena sambung semangatnya,
sebab masa depan aicah masih terlalu panjang,

Semoga diusia ini,
Aichah kian matang,
Fikirkan masa depan yang jauh terbentang,
moga terus gemilang,
menghadapi hari-hari mendatang....


Kukuhkan iman didada,
Pasti kau akan berjaya
menempuh semuanya,
kerana
Rahmat Allah itu
adalah lebih baik
dari dunia dan segala isi alamnya.


Sayang Selalu dihari lahirmu ke 21
Along
280809



Wednesday, June 3, 2009

Happy Birthday Mak..

Mak,
hari ni 3 June,
hari ulangtahun mak yang ke 57,
malam tadi lagi kita semua dah raikan mak,
sebab hari ni,
abangah mungkin tak dapat
datang umah mak,
dia kena pergi hospital sambung treatment,


semoga mak gembira dengan kejutan kami
malam tadi,
kita sambut dirumah saja,
tak macam biasa,


sebab,semua maklum dengan perasaan
mak dan kami semua tika ini,
yang penting,kami tetap nak raikan mak,
tanda kami amat menyayangi mak,
dan tak kan pernah melupakan hari-hari penting
dalam hidup mak,


mak,
masa sessi bergambar dengan anak-anak mak semalam,
mak tau tak,kami semua cuba untuk tersenyum,
pura-pura kuat?
bila mak cakap,dah kurang sorang.....
tupun abangah kuatkan bangun jugak untuk
bergambar bersama,biar tak nampak
kekurangan itu



begitulah kan mak,
kalau Al-Khaliq nak mengambil milikNya,
kita cuma meminjamnya,
apa jua,didunia ini sementara,sifatnya,


mak,
Di hari lahir mak ni,
kami doakan,agar mak sihat selalu,
jangan fikir yang bukan-bukan ye,
mak kena selalu tenang,
kalau tak,sakit jantung mak bila-bila
boleh menyerang,


tentang kami,mak jangan risau,
kami berjanji akan jaga mak dan ayah
walau apa terjadi,InsyaAllah,
Kami takkan lupa mendokan mak
setiap solat kami...


mak,
mak jangan lah cakap lagi
tentang siapa akan pergi dulu dengan ayah,
bila kaki mak dengan ayah dah sama-sama bengkak,
kepiluan kami dengan kepulangan dikwan pun
belum lagi terubat...
jangan ye mak ye...


Selamat sejahtera mak,
Semoga mak dibawah rahmat Allah selalu
sentiasa gembira dengan anak-anak mak
yang selalu mengambil berat ini
kami semua saaaayanngggg mak....
kami bangga jadi anak mak.............


Selamat Ulangtahun mak

along dan adik-adik

03-06-09



mak ,tika memotong kek ulangtahun ke 57 nya ,semalam bersama kami semua...mak tersenyum gembira membuka hadiah disambutan hari lahirnya yang ke 55,semua anak cucunya turut serta kali ini,cukup korum!Hari lahir mak ,terakhir bersama arwah dikwan 2 tahun lepas,tahun lepas dikwan dah ke Matrix...

Wednesday, May 27, 2009

this is life....

Pretty busy,in and out hospital...
the only brother kena operate sebab apendix dah pecah dalam perut
mak pulak baru disahkan sakit jantung....
inilah kehidupan,
tak sunyi dari ujian,
Semoga mereka yang aku sayangi ini
dibawah perlindungan Allah s.w.t selalu

Tuesday, May 12, 2009

Hari Ibu yang lesu....


Saban tahun,sejak Hari Ibu ini dikomersialkan,kami sekeluarga pasti menyambutnya sekeluarga,sekadar mencari satu masa untuk "bergather-gather".


As for myself,pagi -pagi lagi telah ada surprise dari anakku,hadiah yang dibeli bersama papanya ,diletak cantik dalam beg tanganku,Tq nak..mama amat menghargainya....


Hari ini setahun yang lalu,kami sambut Hari Ibu diBagan Lalang berserta farewell dinner untuk Dikwan yang nak ke Matrik,entrynya disini
Tahun lepas,mak potong kek "mothers day"bersama semua mak-mak dalam keluarga kami.Masa ni seluruh isi keluarga hadir.

Arwah Dikwan turut berkongsi cake,as a farewell dinner ,sehari sebelum dia bertolak ke Matrik hari tu.


Tapi semalam,tiada lagi celebration serupa dulu....Sebagai pengganti,kami menziarahi pusaranya....


Mak menyambut hari Ibu pagi itu dengan mengunjungi pusara anak bongsu kesayangannya...kesayangan kami jua....

Untuk Hari Ibu semalam,Aku hanya menurut kemahuan mak,lepas menziarah pusara dikwan,kami singgah di Pusrawi berdekatan,menziarah sepupuku yaang baru melahirkan baby Mikhael,kemudian pulang kerumah mak,kerana jiran sebelah rumah mak ada kenduri kahwin,dan tak semena2,usai solat Zohor mak ajak kami semua balik kampung Melaka,kami adik beradik berpandangan sesama sendiri....sebenarnya kami semua baru bercadang nak pergi beli hadiah mak,sebelum nak ajak mak makan malam tu,tapi balik Melaka???besok nak kerja,anak2 nak exam,baju sekolah belum bergosok....

Mulanya kami menolak dengan lembut,tapi mak macam terasa hati,dan aku tahu,saat ini,anak-anaknya lah yang menjadi penguat semangatnya.Justeru setelah berbincang dengan Mr.Hubs(aka Mr.Yes yang lembut hati) aku bersetuju ikut mak balik kampung,pada adik-adik kuterangkaan,kesian mak,along taknak kita menyesal kemudian hari,lantas kesemua kami setuju ikut mak balik kampung,cuma son dan adik keduaku beserta keluarga saja yang tak dapat menyertai kami,memandangkan keadaan isterinya yang hamil dan anak-anaknya yang keletihan petang itu,dan dia ditugaskan membeli kek dan mencari tempat makan malam sesuai untuk kami malam tu.

Namun begitu,Hari Ibu tahun ini tetap kami sambut,hanya makan malam bersama,tanpa suasana riuh dengan gurau senda macam selalu,kami semua memahami isihati masing-masing,namun semuanya menyimpan sayu itu dihati.........

Thursday, April 23, 2009

Welcome Home Dikwan..





Minggu lepas,pergi Kuantan sebab ambik my youngest brother yang tamat pengajian Matriknya diKuantan.Walaupun keadaan tak sihat,kugagahi jua,demi kasihku padanya,sebab sepanjang setahun dia disana sekali pun aku tidak pernah menziarahinya.Jadi,yang penghabisan ini,biarlah aku pergi,tanda aku selalu menyokongnya dan amat mengambil berat tentangnya.Aku mahu dia tahu itu.Aku,amat menyayanginya....



Dik Wan,di hari terakhir diKolejnya...Marah betul mak tengok rambut dia style cenggini sampai cucuk bijik mata..mak kata..Pensyarah kau tak marah ke Wan?dia jawab,alah...gi kelas Wan minyak lah rambut Wan...(10 tahun lagi,or maybe kalau dia dah jadi somebody (InsyaAllah) one day,sure dia malu tengok gambar/style yang dia banggakan sekarang ni...)ahai!hahaha...




Disuruh belajar,tapi dia gi belajar goreng gitar karan dengan lecturer kat sana,siap buat show lagi masa last day gathering...Sabar jerlah....Mudah-mudahan result akhir dia OKlah,risau kalau tengok last sem punya result,takut dapat course bukan2 nanti..Nauzubillah...




Sementara menanti dinner kat Rest Satay Zul(promosi ni,kalau pi Kuantan jangan lupa singgah ye,Rest ni,popular kat Kuantan,near Teluk Cempedak,belakang Vistana)InsyaAllah tak mengecewakan,selain sajian sate istimewa,nasi dagang,nasi lemak dan semua aneka meenya juga superb!Rest my uncle's inlaws.Kami singgah di East Coast Mall,Paling canggih dalam kelasnya,ahaks!That was my second visit,dan macam biasa,tak pernah pulang tangan kosong,suka!


While we were browsing arround,tetiba The son teruja tengok kasut Crocs yang giant ni,lantas membandingkan dengan sizenya,Nasib tak mintak yang baru,kalau mintak pun tak kan dapat,hahaha..dah la my mom cakap kasut ni macam kasut motong getah,masa I beli kasut ni di HK 4-5 tahun lalu,masa tu kasut ni lom popular kat sini,mak asik cakap jer membazir beli kasut ni,tapi sekarang,mak dah tak bising lagi,sebab mak tau,selesa pakainya and Now,it comes with fancy style ,tak macam dulu,gedobos ni jer ade...hehehe..

Ni gambar tepat 2 tahun yang lalu,masa My sis Aisyah tamat belajar dari Matrix jugak and other sis pun tamat pengajian ! I organised Welcome Home party for them at my home,and with homecook lagik!(masa tu baru pindah lah pulakkan?so rajin lah ke dapur...hehehe)!Happy kalau dapat buat orang lain happy!

And,Sorrylah Wan,Along tak buat 'Welcome Home Dinner"macam along buat kat kaklang and Acah aritu,tak berkesempatan lah Wan,nanti ya,bila along free?InsyaAllah..

Wednesday, January 7, 2009

Sekolah dah bukak weh...



Dah 3 hari sessi persekolahan 2009 berjalan.Dan semalam I pulak yang paling lelah,menemani Mr.Hubs kesana sini menghantar Shahe*z kesekolah dan kelas-kelas tambahannya.Barulah kutahu perasaan ibu-ibu lain,terutama Mr.Hubs yang terpaksa melakukan semua ini,sudah lah dia the major breadwinner,dia jugak yang nak menguruskan hal anak kesayangan itu,sebab tak suka nak mengharapkan orang lain,unless keadaan benar2 terdesak.

Seperti tahun-tahun lepas,hari pertama sekolah,kami suami isteri pasti menempek kat tepi sekolah tu,mendengar ucapan dari Tuan Guru Besar dan untuk update terkini mengenai sekolah.Malu gak,pasal rata-rata ibubapa yang hadir tu sebab menghantar anak-anak mereka yang baaru masuk taahun 1,tapi kami?hehehe,mujur kala nak pulang terserempak dengan parents claassmate shahe*z,yang rupanya lagi terlebih "perihatin",sebab hantar anaknya sampai kekelas untuk pastikan anak merekaa duduk dengan siapa,ahaks!biaserlah,sebabnya anak mereka pun sorang jugak.hahahaha

Alhamdulillah minggu pertama ni,Shahe*z nampak bersemangat terhadap pelajarannya,kerja sekolah pun,laju je disiapkannya,tak macam tahun-tahun lepas,kerja sekolah tak pernah buat,Do you believe it?Dia memang tak kisah langsung,heran...cikgu dia tak marah ke?Mudah-mudahan semangat belajar dia ini berterusan lah,jangan lah dia fed up separuh jalan,dan yang pasti I jua harus segigih dia,tak boleh seminit pun I goyah,bimbang semangatnya pudar.

Sejak kelmarian jua,Shahe*z pulang ke rumah dengan homework BMnya,setiap hari kena carik 10 makna kosa kata ,and too bad banyak makna yang I tak tahu...*sigh* dan semalam untuk pertama kalinya I terpakasa beli Kamus Dewan...hahahaha...time I belajar pun I tak beli kamus BM-BM ni.Lepas tu I punyalah kemutnya nak beli kamus ni,so survey-survey lah harga,end up kena beli kat kedai yaang last sekali sebab dah tak daya nak survey,sebab dah malas nak layan...ambik kau,terbang RM60,untuk sebuah kamus BM,akakakaka....

Yang lain tu macam biasa jer...cuma,hati ni tak tenang dan menangis melihat penderitaan mangsa perang Palestine.Tak terungkap kesedihaan ini dengan kata-kata.....hanya Allah yang Maha mengetahui...

Saturday, September 20, 2008

Family Outing...

Diusia ini,tiada yang lebih membahagiakan selain menghabiskan masa bersama seisi keluarga,Bagiku keluarga lah segalanya,justeru itu aku tidak sanggup berpisah lama atau jauh dengan mereka...apa saja sanggup kulakukan supaya kami sering dapat bersama....Family is everything for me.

Kesian adik-adikku,jika boleh,setiap minggu aku ingin mereka pulang ke rumah...hahaha(an evil sista!)biar berapa belanjanya,akan tetap kubiaya,aku puas,jika aku tahu hujung minggu mereka terisi bersama kelurga,dan makan minum mereka terjaga..

Beberapa hari sebelum puasa hari tu,Kami ke Sunway P*ramid,having dinner together,(kebetulan b'day my sis,)stroll along the SP...having an ice-cream and lepak together ,snap the photo here and there,and having a good laugh together.Momen yang tak bisa wujud,jika aku tidak mengemudinya...so untuk setiap hari-hari istimewa dalam hidup kami,seboleh mungkin,aku mahu peristiwa ini diraikan,no matter how and where...



Our latest outing was in SP so jom tengok apa ada dalam SP tu....(wink-wink)


Cantik kan?


The son nak sangat gi skating,but as its already late,so no one wants accompany him...hehehe




I love the way they arrange the fruits to sell,Its called Marakesh area..macam kat Harrod lah pulak,perasan!


Macam kat Las Vegas lah pulak!ahaks!

All of us minus 2 ..notice kedai2 sumer dah tutup!

Yeayy..tak sabar nak raya,to enjoy makan session together again!!

berkongsi rasa ....