Thursday, September 17, 2009

Happy b'day ayah....


Birthday kek ayah yang kami ambil dari meja buffet mlm tu,just letak lilin jer,save kan?:)

Semalam hari ulang tahun ayah ke 62,
tapi kami dah celebrate awal pada 13 Sept lalu
sebab hari tu pun B'day bangah and Its Sunday
so semua anak cucu ayah boleh hadir.

Semalam,
aku sms ayah,mengucapkan Selamat Ulangtahun
serta mendoakan kesejahteraannya,
sesuatu yang tidak pernah aku lakukan,
selalunya ucapan itu kami ucapkan ramai2
kala ayah meniup lilin kek haraijadinya,
tidak pernah personal begini,

Tidak lama selepas itu,
aku terima balasan "Trm Ksh"
dari ayah,
aku terkejut!
kerana aku tahu,ayah tidak pernah bersms,
Ye,ayah hanya menggunakan talifon bimbitnya
untuk membuat dan menjawab panggilan.

Rupanya,
sejurus menerima smsku,
sedaya upaya ayah belajar membalas sms
dari mak,
aku terharu.....
tapi aku tahu ayah amat berbesar hati
dengan sms yang dia terima itu,
ayah memang pendiam,
dan jarang menzahirkan perasaannya,
justeru,
tak banyak yang dapat dikongsi terus
dengannya,
tapi yang kami pasti,
ayah cukup rapat dengan kami tika
kami kecil dulu,
ayah sporting,lebih sporting dari mak,
yang penuh tatasusila dan peraturan itu,
apa kemahuan kami ayah turuti,
ayah jua kaya dengan cerita2 lucu,

namun
bila masa beredar,
komunikasi seakan ada jurang
kerana ayah memang seorang pendiam
pun begitu,
kami tahu kasih ayah pada kami sangat dalam,
mintalah bantuan apapun,
sepantas kilat,akan ayah sediakan semuanya,

dalam diam-diam ayah,
rupanya dia bangga dengan kami semua,
pada teman-teman masjidnya sering
diceritakan perihal kami-kami ini,
kesian ayah....

Aku takkan lupa jasa ayah,
pengorbanan ayah,
kesedihan ayah ,
kekecewaan ayah tika
aku melangkah kegerbang perkahwinan
di usia muda,
dan dapat kurasakan kegembiraan ayah
kala
aku tidak tersalah memilih jalan,
malah terus berusaha membahagiakannya,
Moga ayah akan kekal tersenyum selamanya,

Ayah,
mana mungkin along lupa
saat indah membonceng basikal bersama ayah,
saat bed time story paling along ingat,
macam-macam pengalaman waktu kecil ayah,
ayah ceritakan pada along,
sehinggalah along terlelap,
saat ayah dah siap pasangkan stesen radio
kegemaran along pada petang sabtu
setiap kali along pulang dari asrama,
mendengar bait-bait puisi atau kisah kehidupan
kerana ayah tau,along minat semua itu,

mana mungkin along lupa,
ayah beria-ria membelikan along
tau fu fah yang along idamkan
saat along mengandung dulu
sebut jer nak makan apa,
beria ayah carikkan,
walaupun sekecil benda,
takkan along lupa,

paling terharu,bilamana
pin no kad ATM ayah pun,
adalah hari lahir along,
Along tau ayah sayang along
walau ayah tak pernah cakap...
(start to cry right now...)

Ayah,
semoga di hari lahir ayah ini
ayah akan dilindungi Allah selalu
dan kita akan terus menyusuri
ujian Allah ini bersama.


Along sayang ayah
170909


Di majlis ulangtahun ayah & bangah 13 Sep lalu....



Tuesday, September 15, 2009

lepas satu beban,lega....

Ye betul lah tu,lega sebab UPSR dah over...huhuhu...Ya Allah,selagi tak abis,apa dibuat serba tak kena,buat apa semua tak lepas,banyak kelaziman biasa tak dapat dilaksanakan....Pertamanya pasal nak meneman anak tu belajar pun satu,dan antar dia pi tuition sana sini,Keduanya nak ambik hati papanya...:)Yelah kan,anak dia sorang,kenalah tunjukkan komitmen kita sebagai mak ni...Result belakang kira,Whatever Allah willed for him,terima seadanya.Yang penting segala usaha dah digembeling...(gembling gitu!,ahaks!)

Ni adalah keadaan sebelum peperiksaan tu...hover tak hover lah kan?

Meja makanku,dah jadi tempat parking semua buku2 UPSR dan barang2 yang sewaktu dengannya.Meja study kat belakang tu dah tak muat dan tak happening...(lagipun bukan we all makan kat umah pun,syyyyyyy)
Best Wishes UPSR card received,from his atok D.

Cermin kat umah pun dah jadi macam ni,dah di tampal segala benda dek papanya..cemana gayanya kalau dia nak ambik SPM nanti ye?sabar jerlah...
Ni keadaan hall sekolah son,masa diorang gi exam hall,sayu lah pulak!To answer you question,Yes,We were waiting in the school surau while his having his exam,but only for the 2nd day,the other days,just ON an OFF.As a moral support katanya...hahaha...
Ni pulak keadaan the minute we step down our home on the last day UPSR.Cabut dan tanggal apa yang patut,and clear kan table yang dah TAK rupa dining table tu,raya dah dekat...hehehehe
Yes,cabut pa,cabut,sendiri tampal sendiri cabut...huhuhu.....(kita kan isteri mithali kan kakja kan?kan?kan?)

Phew,sangat lega...tapi agenda lain pulak yang berderet2 menanti dibuat,selagi tak raya lah pulakkan?Wish me all the best!!

And before I ter forget,I wanna to wish TQ to all your best wishes masa the son nak exam haritu.He really appriciate it.

LOVE YOU ALL

Wednesday, August 26, 2009

Happy B'day Cah!



Happy 21st B'day Cah,
kejap je acah dah dapat key of freedom kan?
along rasa,baru jer aicah menangis tak nak gi sekolah
masa aicah darjah satu dulukan?
macam-macam mak buat soh aicah gi sekolah,
dan
macam-macam alasan jugak aicah buat pasal
taknak gi sekolah kan?
takut cikgu rambut besar lah...hehehehe
tapi
dalam tak suka-tak suka pergi sekolah tu,
aicah periksa nombor 1 jugak,
heran kan?
tapi tabiat tu tak lama,
bila aicah dah ada ramai kawan,
aichah dah OK,malah disayangi guru2,
sebab aicah kan peramah dan comel?
sampai sekarang pun aicah disenangi
dengan sifat mesra dan penyayang aicahkan?
keep it up....

Tahun lepas,
masa kita semua celebrate b'day aicah
kat S.Pyramid
semua orang ada...dikwan je takde,
bas dia lewat tiba dari Kuantan...
tapi tahun ni dan tahun-tahun seterusnya
dia tak akan ada lagi....
sebab aicah dah tak ada adik lagi
aicah dah jadi anak bongsu
sebab tulah arwah pun tak pernah panggil aicah,
kakak,
tapi dia panggil, aicah,
lebih manja,rapat dan dekat dijiwa....
(rupanya memang kejap je,aicah jadi kakak dia)

along tau kalian rapat sangat,
sehingga nafasnya yang terakhir,
Namun,hari ini,
walaupun dia telah tiada,
Aicah kena sambung semangatnya,
sebab masa depan aicah masih terlalu panjang,

Semoga diusia ini,
Aichah kian matang,
Fikirkan masa depan yang jauh terbentang,
moga terus gemilang,
menghadapi hari-hari mendatang....


Kukuhkan iman didada,
Pasti kau akan berjaya
menempuh semuanya,
kerana
Rahmat Allah itu
adalah lebih baik
dari dunia dan segala isi alamnya.


Sayang Selalu dihari lahirmu ke 21
Along
280809



Friday, August 21, 2009

Salam Ramadhan....


andai kau tahu ini Ramadhan terakhir tentu siangnya engkau sibuk berzikir

tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu mendayu..merayu...kepada-NYA Tuhan yang satu

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir tentu sholatmu kau kerjakan di awal waktu

sholat yang dikerjakan...sungguh khusyuk lagi tawadhu'tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]



andai kau tahu ini Ramadhan terakhir tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu

setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja

di setiap kesempatan juga masa yang terluang alunan Al-Quran bakal kau dendang...

bakal kau syairkan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir tentu malammu engkau sibukkan dengan bertarawih...berqiamullail...bertahajjud...mengadu...merintih...meminta belas kasih "sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU,

tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"


andai kau tahu ini Ramadhan terakhir tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang,

mari kita meriahkan Ramadhan

kita buru...kita cari...suatu malam idaman yang lebih baik dari seribu bulan,

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir mempersiap diri...rohani dan jasmani

menanti-nanti jemputan Izraildi kiri dan kanan ...lorong-lorong redha Ar-RahmanDuhai Ilahi.... andai ini Ramadhan terakhir buat kami,

jadikanlah ia Ramadhan paling berarti...paling berseri... menerangi kegelapan hati

kami menyeru ke jalan menuju ridho serta kasih sayangMu Ya Ilahi

semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti

Namun ....tak akan ada manusia yang bakal mengetahui

apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya

yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah berusaha...bersedia...meminta belas-NYA

andai benar ini Ramadhan terakhir buat kita MAAFKAN SEMUA KESALAHAN YANG PERNAH DILAKUKAN



Sempena akan tibanya bulan Ramadhan saya terlebih dahulu memohon maaf jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja mahupun yang di sengaja, semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk , diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, insyaAllah. Saya juga memohon dihalalkan semuanyaSaya juga telah memaafkan saudara saudari dan telah menghalalkan segalanya...

~ just me~


Tq for this email Rita...(I know u're reading this....:) )

Ramadhan datang lagi....

Ahlan Wa Sahlan Marhaban Ya Ramadhan...Alhamdulillah dapat kita kembali semula ke Ramadhan tahun ini.InsyaAllah.Moga Ramadhan tahun ini menjadi detik permulaan untuk kita menjadi lebih baik dari Ramadhan sebelumnya,Amin....

Erm...untuk solat Terawikh mungkin malam ni jer buat di masjid,hari-hari berikutnya mungkin buat kat umah jer,sampailah The Son usai UPSRnya 10 Sept nanti,lepas tu baru sambung gi masjid.Kalau boleh nak sembahyang kat masjid yang berbeza setiap malam....moga tercapailah niat ni...Amin..:)

Hari ni,dah berakhir Syaaban,dan hari ini 12 tahun yg lalu ,buat pertama kalinya(moga bukan yg terakhir!) aku bergelar ibu.Ye betol!!sebulan aku tak posa time tu!huhuhu...So, Selamat Ulang tahun ke 12 sayang!Moga Shahe*z jadi insan cemerlang dunia akhirat ye?

As exam arround the corner and HINI pun might be at every corner,so kita mungkin tak kemana-mana tahun ni OK?May be just having a supper (sahur sekali lah kot) kat ANW lepas terawikh nanti ya?

But pagi tadi dia dah pow I kat Petrol station,pasal nak beli buku BOLA,so I told him that this is your present for today's b'day...hehehe.Tak rugi jugak rupanya selalu belikan dia buku,walau entah buku apa-apa,asalkan dia nak baca.Sebab minggu lepas dia bawak balik hadiah dan sijil ni....hehehehe...YOLAH tu!ahai!bila masa awak baca buku son?tak nampak pun?(wink-wink!)

Friday, August 7, 2009

Singgah sebentar...

Assalamualaikum...

Cuba untuk menitipkan sesuatu di sini, tapi entah kenapa berat sungguh tangan ni nak mengetuk papan kekunci ni,terasa serba tak kena.Namun,disebab kan tahu akan kehadiran teman-teman disini,rasanya tak elok kalau biarkan mereka pulang hampa.....tanpa sebarang berita

Well,terlalu banyak yang berlaku dalam waktu berdiam diri ini, ada yang menguji kesabaran dan keimanan,ada yang merungsingkan,memilukan,dan akhir sekali tentulah yang melegakan....Ya,pelbagai warna,merah,jingga,biru dan semua.Inilah rencam dunia,Tapi semua itu akan dapat diatasi oleh hati yang tenang dan berserah sepenuhnya pada sang Pencipta,kerana "sesungguhnya tidak Dia turunkan sesuatu itu dengan sia-sia".Usah difikirkan sangat hal-hal dunia yang sementara ini.


Semalam dah nisfu Syaaban,kejap jer kan?lagi 2 minggu Puasalah kita,Alhamdulilah dapat jugak puasa dan berbuka dengan seteguk air dan sebiji peach di surau sekolah anak semalam,malu dan tak lalu nak makan apa2,sebab semua jemaah dah sedia nak solat...juga memandangkan jadual malam tadi cukup padat,bimbang tak terkejar,sebab usai Solat Maghrib,ada solat hajat UPSR,bacaan Yasin,solat Isya' diikuti dengan majlis khatam Al-quran , terharu tengok budak-budak tu mengaji,My son?tahun ni dia tak terlibat mengaji cuma ambik sijil tamat PAFA. Tapi yang a bit annoyed tu,usai solat Isyak dia boleh pi merayap kat dewan sek cina sebelah,tengok dorang practice Taichi...sabar jerlah....Time nak bagi sijil dan makan,elok jer dia sampai kat surau balik....Adoi lah anak...ikut pangai sapalah tu ya?????(wink-wink)

Paling tragis bila one of mom kat situ told me that 'Shahe*z tu playfull jugak ya"....Memaaaaaaannnnggggggg,kataku,Abis dah memang betul...huhuhu,He's really a BOY,if you know what I mean...But again,kami ni tidaklah marah sangat kat dia....Because, for me,setiap orang tu perwatakkan dia berbeza-beza,dan adatlah tu budak nak membesar,cuma jangan lah OVER sangat,dan buat benda yang menyalahi syariat,yg lain will be fine,kata papa dia...

Kelmarin pula genap 100 hari adikwan kembali keRahmatullah....Rasa baru semalam dia berbual dan bergurau dengan kami,Sekelip mata dia pergi.Namun kami redha dengan ketentuanNYA,Walau terkadang airmata kami gugur jua tanpa dapat kami seka....Bercerita bukan beerti kami tidak redha,tapi sekadar berkongsi pengalaman,kerana kami tahu,sebaik-baik pengaduan adalah pada yang Esa.

Malam Nisfu Syaaban yang sepatutnya dihabiskan dengan bacaan Yasin 3 kali setelah solat Maghrib,tidak sempurna kulakukan,memandangkan masa itulah anak nak memulakan kelas BMnya,justeru kami 3 beranak cuma menumpang solat di kuaters guru tempat anak belajar,usai solat anak terus ke rumah guru,dan aku hanya menamatkan sekali bacaan Yasin saja,kerana sementara anak belajar,aku harus ke hypermarket berhampiran,bagi membeli barang keperluan untuk kenduri di rumah mak hari Sabtu ni,(esok).Usai membeli belah ,kembali ke tempat tuition,,Syukur,masih punya waktu,sementara menunggu anak turun,Alhamdulillah sempat menghabiskan 2 kali Yasin,walau dah masuk waktu Isya' dan dalam keadaan tak sempurna,maklum membaca dibawah kesamaran lampu jalan...tapi tak mengapalah...better late than never kan?

Besok pula,selain ada kenduri kat rumah mak,my FIL pula mengharap sangat (read:WAJIB) agar kami dapat menyertainya dalam satu majlis,manakala anak pula insist(read;DESAK) to go to Bukit Jalil untuk memberi sokongan kepada teman baiknya yang bakal bertanding mewakili Selangor dalam spelling bee competition dari pagi sampai lah almost Maghrib.Semuanya terasa penting dan tak mahu nak menghampakan sesiapa.Dapat pula kami ni pulak umpama tulang belakang pada mereka semua.Ermmm....moga Allah beri jalan terbaik untuk aku melakukan semua ini besok.

Ini je dapat kongsi buat semua buat masa ini.Panjang umur,kita jumpa lagi...Pohon maaf zahir batin....Cheeeeerrrsssssssss..Wassalam.

Tuesday, July 21, 2009

Gomen nasai!!


Salam buat semua,pohon maaf atas kebisuan yang panjang....
terlalu banyak untuk dikongsikan...
namun,belum punya masa terluang,
moga kita bakal bertemu lagi
dalam masa yang singkat ini
Ilalliqak...
Wasslam...
Alfatihah buat blogger "Ancient Mariner "yang telah kembali ke rahmatullah baru-baru ini.Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang mukmin...Amin....

berkongsi rasa ....