Tuesday, July 21, 2009

Gomen nasai!!


Salam buat semua,pohon maaf atas kebisuan yang panjang....
terlalu banyak untuk dikongsikan...
namun,belum punya masa terluang,
moga kita bakal bertemu lagi
dalam masa yang singkat ini
Ilalliqak...
Wasslam...
Alfatihah buat blogger "Ancient Mariner "yang telah kembali ke rahmatullah baru-baru ini.Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang mukmin...Amin....

Monday, June 29, 2009

Cara Rasullullah Mengelak dan Menyembuh penyakit..

Assalammualaikum w.b.t Petikan dari buku Cara Rasulullah S. A. W. mengelak dan menyembuhkan penyakit PENYEBAB ROSAKNYA BADAN



Perkara yang menyebabkan rosaknya badan Iaitu perasaan runsing, gelisah, lapar dan tidak tidur malam (bukan tujuan qiyamullail)


MENERANGKAN PENGLIHATAN Perkara yang boleh menerangkan pandangan dan menyejukkan hati iaitu melihat pada warna hijau, melihat air yang mengalir, melihat orang/barang yang disayangi dan melihat buah (dedaun). Perkara yang boleh menggelapkan pandangan iaitu berjalan tanpa alas (berkaki ayam), menyambut waktu pagi dengan wajah murka (masam), banyak menangis dan banyak membaca tulisan yang kecil-kecil.


PENYEBAB WAJAH BERSINAR Perkara yang boleh menyebabkan wajah kelihatan kering (hilang cahaya) iaitu berdusta, tidak mempunyai perasaan malu, banyak bertanya tanpa ilmu dan banyak berbuat dosa. Perkara yang boleh menyebabkan wajah bersinar iaitu menjaga maruah, jujur, dermawan dan takwa.


PERASAAN BENCI Perkara yang menyebabkan perasaan benci iaitu sombong, dengki, berdusta dan suka mengadu domba.



PERKARA YANG MENDATANGKAN DAN MENYEKAT REZEKI Perkara yang boleh menyebabkan datangnya rezeki iaitu Qiyamullail (beribadah di waktu malam selepas tidur), banyak membaca istighfar di waktu sahur (masa sebelum masuk waktu subuh), bersedekah dan berzikir di waktu pagi dan petang. Perkara yang menyebabkan rezeki tersekat iaitu tidur di waktu pagi, sedikit mengerjakan sembahyang, malas dan khianat.



KEFAHAMAN DAN INGATAN Perkara yang boleh menyebabkan rosaknya ingatan dan kefahaman iaitu sentiasa makan buah yang masam, tidur pada tengkuk (belakang kepala), hati sedih dan fikiran runsing. Perkara yang menyebabkan bertambahnya daya ingatan dan kefahaman iaitu kegembiraan hati, sedikit makan dan sedikit minum, mengawal makanan dengan sesuatu yang manis dan berlemak serta mengurangkan kelebihan yang memberatkan badan.


Maksud firman Allah: Dan sesungguhnya kami jadikan untuk isi neraka jahanam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunaknnya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai. (Al A'raaf: 179)


Kejayaan setiap manusia adalah dalam agama (islam). Sejauh mana ia taat kepada Allah, Ikut sunnah nabi SAW. ...Ali bin Abi Thalib r.a berkata:...' ketahuilah bahawa sesungguhnya sabar itu laksana kepala bagi jasad..jika kepala diputuskan tiada gunanya jasad ini'..tambahnya dgn nada tegas...'sesungguhn ya tiada iman bg seseorang yg tidak memiliki kesabaran... ..'(Sayalah tu...semoga Allah beri peluang pada saya untuk merubah sikap....,saya akui,saya kurang sabar..)


Yang ini pulak...Cara Masyarakat Jepun mengelak penyakit (H1N1).Sejak penularan virus ini.HQ saya di Tokyo telah bagi list barang2 kesihatan yang wajib kami beli,jika barangan tersebut tiada dipasaran Malaysia,mereka akan mengirimnya dari sana.weh...ingat KL ni koman sangat kah?....sebab mereka terkejut semua senarai barangan yang diarah beli,dapat kami cari didalam satu farmasi saja.Elok gak,masa ni lah nak pakai brg2 penjagaan kesihatan yang mahal2 ni,the N95 mask itself dah cost us about RM6 per piece...hehehe...kalau sakit jugak?Itulah ketentuanNYA....

Wednesday, June 24, 2009

10 Nasihat memahami Al-Quran...

>> 10 Nasihat Untuk Memahami Maksud Al Quran>>>>>>


Ketika malam bertukar menjadi pagi, kucoretkan tulisan ini sebagai > nasihat bagi yang sudi, untuk dipraktikkan bukan sekadar teori, agar Al> Quran dibaca lalu difahami. Berikut adalah beberapa panduan untuk > sesiapa sahaja yang ingin memahami Al Quran, terutama mereka yang tidak> memahami sebahagian besar ayat Al Quran hanya kerana ayat-ayat itu > adalah di dalam Bahasa Arab.>> Perkara sebegini bukan halangan untuk anda memahami Al Quran. Malah > ramai yang menguasai Bahasa Arab tetapi masih lagi tidak cuba memahami Al> Quran. Semoga Allah SWT memberikan hidayah untuk saya dan anda > semua.>>



1- Membeli sebuah Al Quran berserta terjemahan. Mungkin terdapat > perbezaan pendapat di kalangan kita tentang terjemahan Al Quran yang > paling> baik. Saya secara peribadinya mencadangkan agar pembaca membeli > terjemahan Al Quran yang dicetak oleh Kerajaan Arab Saudi di dalam Bahasa> Indonesia dan juga Tafsir Pimpinan al Rahman terjemahan Dr. > Abdullah Basmeih yang dicetak oleh Jabatan Perdana Menteri Malaysia.>>



2- Peruntukkan waktu secara tetap sama ada harian atau mingguan > untuk membaca beberapa ayat Al Quran berserta terjemahan. Tidak perlu > terlalu> bersemangat kerana selalunya semangat yang berlebihan tidak akan > bertahan lama. Jika anda sekadar ingin membaca ayat Al Quran tanpa> terjemahan, sememangnya digalakkan setiap hari dalam keadaan yang > sederhana. Namun untuk membacanya berserta terjemahan, perlulah diberikan> peruntukan waktu untuk ‘menghadamkan’ terjemahan dan maksud > ayat-ayat yang telah dibaca. Mungkin pembaca boleh memperuntukkan masa > untuk> ayat-ayat daripada juzuk 30 kerana ia ayat-ayat yang sering kita > baca dan hafal. Sebagai contoh, mulakan dengan surah al Ikhlas yang> mengandungi 4 ayat dan diberi tempoh selama 3 hari untuk membaca, > merenung dan memahami maksudnya sebelum berpindah kepada surah al Naas> pula. Begitulah seterusnya.>> Tidak semestinya anda mengikut susunan misalnya bermula daripada al > Fatihah kemudian al Baqarah, Ali Imran dan seterusnya, atau bermula> daripada al Naas kemudian al Falaq, al Ikhlas dan seterusnya. > Matlamat kita ialah cuba memahami ayat-ayat Al Quran secara keseluruhan.> Mungkin minggu ini kita ingin memahami maksud beberapa ayat > daripada surah Yaasin dan minggu depan pula kita ingin mengetahui maksud > beberapa> ayat daripada surah al Kahfi pula. Apa yang penting, setiap minggu > kita akan peruntukkan sedikit masa untuk memahami beberapa ayat dan sikap> ini berterusan dengan penuh istiqamah.>>





3- Tandakan ayat-ayat yang kurang jelas maksudnya. Sememangnya kita > tidak akan dapat memahami dengan jelas setiap ayat yang dibaca. Mungkin> ini disebabkan oleh keadaan atau tumpuan kita semasa membacanya. > Mungkin juga disebabkan ayat terjemahan itu tidak jelas dan mungkin juga> disebabkan kita baru membacanya sekali tanpa benar-benar faham. > Walau apa pun sebabnya, jangan biarkan ayat itu berlalu tanpa memastikan > kita> benar-benar faham maksudnya. Tandakan ayat tersebut dan peruntukkan > beberapa hari atau lebih untuk mengkaji maksudnya dengan lebih jelas.>>





4- Wujudkan panel rujukan sendiri dengan menyimpan nombor telefon > beberapa orang ustaz yang dirasakan mampu menghuraikan maksud ayat-ayat> yang kurang jelas maksudnya tadi. Rujuk kepada mereka untuk > mendapatkan jawapan yang lebih cepat dan mudah. Lebih cepat ialah dengan > menulis> sms dan dihantar ke telefon bimbit seseorang ustaz, misalnya anda > tulis 'Assalaamualaikum ustaz, apa maksud ayat 23 surah Luqman? Terima> kasih'. Mungkin sesetengah ustaz tidak terus membalasnya kerana > ingin mengkaji terlebih dahulu. Lihat, anda telah melakukan amal soleh > dengan> menyebabkan seorang agamawan membuka kembali buku dan kitabnya yang > telah lama berhabuk di atas rak buku, hanya kerana satu sms yang ingin> tahu tentang tafsir satu ayat daripada Al Quran.>>





5- Boleh juga mencari maksud ayat tersebut daripada terjemahan > edisi yang lain atau membeli buku tafsir Al Quran yang telah > diterjemahkan.> Kini terdapat banyak buku tafsir yang diterjemahkan dan yang paling > baik setakat pengetahuan saya ialah terjemahan Tafsir Ibn Kathir. Buku> terjemahan Al Quran juga terdapat dalam banyak versi sama ada di > dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris atau Bahasa Indonesia dan lain-lain> lagi. Langkah ini mungkin memerlukan kepada perbelanjaan yang lebih > untuk memiliki sebanyak mungkin terjemahan Al Quran, tetapi ia tetap> berbaloi kerana tujuan kita amat mulia iaitu memahami Al Quran.>>





6- Pengulangan bacaan tafsiran atau terjemahan ayat yang sama dapat > memberikan gambaran yang lebih jelas tentang ayat. Mungkin kali pertama> anda membaca terjemahannya dan tafsirannya semasa pemikiran anda > tidak berfokus dan tidak tenang disebabkan pelbagai masalah. Kali kedua > pula> anda membacanya dalam keadaan tenang dan tiada masalah. Pasti > bacaan kedua akan lebih membantu anda memahami ayat tersebut, wallahu a’lam.>>





7- Sebolehnya cari kaset-kaset atau CD yang mengandungi huraian Al > Quran daripada ustaz-ustaz atau mana-mana pendakwah. Mungkin anda sibuk> dan tak sempat nak mendengar kuliah tafsir, maka bukalah radio atau > belilah cd untuk anda belajar daripada dalam kereta atau gunakan alat> seperti cd walkman atau mp4 untuk mempelajari tafsir Al Quran. > Takkanlah waktu di dalam kereta hanya dengan mendengar lagu atau berita di> radio sahaja?>>





8- Lebih baik lagi jika mempunyai tempat kuliah tafsir yang > dihadiri secara tetap. Ini penting untuk menjadikan kita sentiasa > istiqamah dalam> mempelajari tafsir. Ustaz yang mengajar juga boleh kita jadikan > sebagai rujukan tetap kerana kita akan sentiasa bertemu dengan beliau > setiap> kali tiba waktu kuliah.>>





9- Layari laman web Islamik yang menawarkan perkhidmatan untuk > memahami ayat-ayat Al Quran atau boleh muat turun beberapa program yang> mengandungi tafsir atau terjemahan Al Quran. Internet perlu > digunakan sebaik mungkin terutama bagi mereka yang boleh ‘online’ semasa> berkerja. Program tafsir juga boleh dimuat turun ke dalam laptop > atau ke dalam alat seperti telefon bimbit atau telefon PDA yang canggih > lagi> memudahkan.>>





10- Cuba pelajari Bahasa Arab untuk lebih mendekatkan diri kita > dengan maksud ayat yang dibaca. Hendak seribu daya. Saya secara peribadi> telah bertemu dengan orang-orang yang tahu berbahasa Arab dengan > mempelajarinya secara sendiri dan mereka bukanlah produk sekolah agama > atau> universiti di negara Arab.


>> Akhir kata, berdoalah kepada Allah SWT agar kita tergolong dalam > kalangan orang-orang yang ingin mendalami ilmu Allah SWT terutamanya ingin> mendalami Al Quran. Ingatlah, tiada keinginan untuk menambahkan > ilmu agama adalah satu penyakit merbahaya. Kesannya pesakit ini akan terus> hidup dalam keadaan jahil dan tidak bertambah ilmunya.



Ingat pesan > Rasulullah SAW :>> Sebaik-baik kamu ialah orang yang mempelajari Al Quran dan > mengajarnya...(Riwayat al Bukhari, no.5027).>>>>>>>

*sumber email yg saya terima tadi*



Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak > setabah yang kita sangkakan.Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita> sedih yang ingin diluahkan.Di sebalik kesenangannya mungkin > tersimpan seribu kekalutan.Kita tidak tahu.Tetapi jika kita cuba jadi > sahabat> > sepertinya,mungkin kita akan tahu.







My Tafsir Quran in my office,Its about 15 years old.helps me a lot ,and my best friend during my pregnant time .
Tafsir Quran Bahasa Indonesia.One of my barang hantaran masa kawin dulu....Dah nampak uzur sangat kan?Kulit pun dah tercabut dan hilang,masa proses handling sebab berpindah randah dulu....agaknyalah!Memang I dalam misi nak carik good tafsir Quran pun sekarang ni,tiba-tiba email ni pulak tiba,Its kinda pucuk dicita ulam mendatang...Alhamdulillah...will search for the reccomended tafsir as above. Nak sangat mendalami kalamullah ni,mintak-mintak kali ni Istiqamah lah,tak macam dulu-dulu...mula2 jer semangat...

Friday, June 19, 2009

T-shirt idamannya...

Yang warna oren tu kononnya 'GLOW IN THE DARK"
Anda semua pernah tau logo T-shirt ni?kalau anda semua tahu,saya tabik spring,toink-toink..sebab saya sendiri pun tak tahu..:)Dah lama anak merengek nak beli,saya tak bagi,sebab bagi saya satu pembaziran....dah la takde brand,ahaks!gambar ntah hapa-hapa pula,tapi dia dok lah meng"usha" kan baju tu kat e-bay pulak kot2 ada jual murah,tetap tak ada..,
Sudahnya minggu lepas,papanya(well macam biasa!) yang belikan.Its kinda shuffle group (ala-tarian menggesek lantai budak zaman sekarang)T-shirt.RM90 untuk benda yang saya tak minat,memang rasa satu pembaziran yang besar. Nak beli pulak bukan ada di semua kedai,cuma ada dijual di pejabat/kedai kumpulan ini di Sbg Jaya,masa membeli pula diminta nama dan no talifon,hebat!!!

But the good thing is,Dia sangat sayang dengan baju ni,lepas pakai mesti gantung elok-elok,dan sesiapa pun tidak dibenarkan mencuci baju ini,selain dia......sebab dia takut kami semua ni,tak pandai care kan baju tu,nanti boleh menyebabkan Glow In the dark tu terpadam,heheh..elok gak!

Nampaknya lepas ni,tak merasa lah saya beli baju untuk anak bujang saya ini lagi,(read:mama beli time sales atau ikut taste dan brand yang mama suka!)memandangkan dia sudah punya taste tersendiri.Dan taste saya mungkin dikira old fashion olehnya....sabarjerlah!

Happy b'day Pa.....


Specially dedicated to my soul mate...love you ever and ever...nothing beat my love for you...
Happy Birthday Darling!Thanks for being the best for me......

Me and U,during our holiday last year....

Me and U plus our cheeky boy,our bundle of joy the apple of our heart....May this happiness remain till the end,and Allah bless.

buat suamiku,insan paling penyayang pernah kutemui(bertepatan dengan maksud namamu).This is for you....


Terima Kasih Tuhan,
kerana menemukan aku
dengan lelaki ini,
insan yang bukan saja
menyayangiku
tapi seluruh keluargaku
membuat aku termenung kaku,
mensyukuri nasibku,
kerana pengorbanannya,
yang mengutamakan insan lain
dari dirinya,
yang menyayangi kami
lebih dari dirinya
yang sanggup lakukan
apa saja,asal kami gembira,
tak terbalas jasanya,
tapi padanya,enteng saja,

hidupnya hanya untuk keluarga
tiada istilah teman-teman santai
dalam kamus hidupnya,
justeru dia mengharap yang sama,
sungguh,sukar mencari lelaki
sepertinya saat ini,
memang,dia bukan lelaki sempurna,
namun,aku jua banyak kurangnya,
lantaran itu,dia pelengkap hidupku,

ku terima dia seadanya
bagi mencakupi ruang-ruang kosong itu
dan aku berdoa agar diusia ini
perjalanan hidupnya sentiasa
dibawah rahmat ilahi selalu
lancar semuanya,
jua ditingkatkan keimanan
sebagai bekalan tika di sana,
diberi kesihatan yang baik
agar dapat terus berbakti
dan dapat hidup harmoni
hingga keakhirnya...

Amin...

Happy Birthday and Many Happy Return!


Love,
I-19th June 2009

Wednesday, June 17, 2009

hilang yang tu,dapat yang ni...

Jumaat lepas I menjerit sampai nak terkeluar anak tekak masa The son hilangkan HP dia yang berusia less than 24 hours tu....(sampai arini,sakit tekak tak ilang,tapi bukan la pasal menjerit,ahaks!...).Tapi semalam,Allah gantikan dengan yang lain pula...eh,cop!





Tarraaaa......walaupun bukan "Pakcik Menang Moto" tapi yang ni pun OK lah kan?sapa nak bagi ye tak?I won this from HLB...Yes from CC company,ahaks!

As this Friday is Mr.Hubs B'day,so his present,consider settled!lega....jimat duit cheq.

Hadiah diatas telah pun diserahkan pada B'day boy semalam...sebab tak sabar nak tunggu Jumaat ni,lambat sangatlah!hehehe..

moral of the story:Jangan lah marah kalau kehilangan sesuatu,sebab Allah nak gantikan dengan yang lebih baik lagi selepas itu...renung-renungkan....Subhanallah....

Happy 19th Birthday Umar Syazwan...



Selamat Ulang tahun ke 19 Wan,
Walau wan dah takde didunia ni,
tanggal 17 Jun tu akan kami kenang
sampai bila-bila...
tiada lagi ucapan Selamat Panjang Umur wan.
tiada lagi kek ulang tahun wan,
tiada lagi tiupan lilin berserta nyanyian
dan tepukan serta gurauan...
tiada lagi hadiah impian wan,
tiada lagi pelukan serta ciuman
dari kami insan kesayangan wan...
yang tinggal hanya kenangan,
buat lakaran sepanjang zaman,
mana mungkin kami lupa tarikh itu wan,

..................................................................
namun,
hadiah untuk wan tetap
tidak kami lupa,persis saban tahun juga,
tapi yang ini lebih istimewa,
bacaan yasin serta tahlil untuk wan disana
hadiah paling berharga buat wan saat ini
kami kira,jua bila-bila....


Tenang disana adikku
nantikan kami dipintu syurga...
itu doaku............


Along
170609

2 Umar cutting their sharing cake,Umar Syazwan was 16 then,while Umar Syurafa our cousin was 5...Sekarang ni hanya tinggal sorang Umar jer....

berkongsi rasa ....