Wednesday, December 1, 2010

Hari ini 1 Dec 2010

Aku suka Disember...tak tau mengapa...tapi ada rasa teruja bila tiba bulan ini.Syukur sangat bila impianku untuk melahirkan Shahe*z dibulan 12 itu jua tercapai,walau jadual asalnya di bulan Januari.

Kandunganku sudah memasuki usia trimester 3,bulan yang ke 7,bulan yang penuh kepayahan,bila pergerakkan sudah mula terbatas,kepenatan berganda dari biasa dan inhaler jua jadi peneman setia.Pun aku tetap positif dan gembira melalui semua ini,belum wujud rasa jemu atau istilah tidak sabar melahirkan bayi ini ke dunia,biarlah...biar ia lahir bila tiba waktunya,biar sempurna segalanya kerana Dialah yang Maha mengetahui semuanya.Lagi pula,peluang ini entah kapan lagi hadirnya....mungkin ini yang terakhir kali,justeru aku ingin menikmati setiap detik indah ini sepuasnya.Serasa baru semalam aku disahkan hamil...kini aku cuma menghitung hari untuk melahirkan bayi ini kedunia.Terima Kasih Tuhan atas kurniaMu yang Maha Hebat ini.

Semalam Doktor di KK menghubungiku,memaklumi aku akan paras gula yang naik mendadak,justeru aku diminta datang lagi untuk menjalani ujian MGTT(minum air gula) itu.Tiba-tiba aku jadi seriau,jika sebelum ini BP tinggi bisa kutelan,tapi kalau gula tinggi ini...sungguh merisaukan aku,tak tahu mengapa...mungkin kerana aku sedar akan kelemahanku yg suka benar dgn benda-benda manis dan akibat dari penyakit kencing manis itu sendiri.Pun aku berdoa,agar penyakit ini sementara cuma,dan aku punya masa mengubah gaya hidupku.Tuhanku,lindungi aku dari segala kemudharatan.

Malam ini aku bakal bertemu lagi dengan Gyneaku di Salam,semoga dia sihat dan selamat pulang dari menunaikan haji tempohari,aku sayang dia,namun aku khuatir,malam ini merupakan malam terakhir aku bertemu dengannya.Kerana masaalah kesihatanku yang pelbagai ini aku dinasihatkan agar tidak bersalin di Hospital Swasta,pertama mungkin kerana peralatannya yang kurang lengkap kedua mungkin kadar caj yang bakal dikenakan padaku bakal membebankan aku jika banyak perkara kecemasan yang perlu dilakukan.Ya,ada benarnya kata pakar di KK itu,lagi pula ,bukan senang mencari rezki tika ini,setiap sen harus dibelanjakan dengan penuh hemah...seperti nasihatku pada anak bujangku..U NEED IT OR U WANT IT?...hmmmm....

Oleh kerana my previous visit Gynea dah bagitau "Scrotum" baby dah nampak,maka jika ada masa terluang kini,berdikit-dikitlah kami membeli barangan baby,especially baju baby yang menjadi kegilaan yours truly.Rasa tak sabar nak menyarungkan baju-baju comel tu kebadan baby.Pada Shahe*z ku kabarkan that tika mengandungkan dia dulu,aku lebih OVER dari segi persiapan berbanding adiknya ini,bilamana aku mula membeli dan memakai baju mengandung pada hari pertama kudisahkan hamil,dan membeli peralatan bayi seawal kandungan lima bulan:) siap dengan bakul bayi juga stroller...semuanya ku beli sebelum kelahiran.Malah jika punya waktu terluang akan ku buka dan kucup baju-baju itu satu persatu....:)

Kini,mungkin kerana kematangan usia,tidak pula aku bersikap begitu....cuma sesekali kubelek jua baju-baju comel mungil itu,dan sehelai daripadanya ku gantung dibilikku,dan akan dicium oleh Shahe*z setiap malam sebelum tidur.Moga kekal kasih itu keakhirnya,sepertimana aku terlalu kasihkan adik-adikku...:)

Baju yang menjadi ciuman si abang saban malam.Moga terjawab segala persoalan kalian....InsyaALLAH....

Thursday, October 21, 2010

Kullihat dia....

Aku tahu,Mr.Hubs benci Hospital,malah fobia dengan procedure-procedure di Hospital,malah jika dia sendiri sakit pun,tidak pernah dia mengambil ubat-ubatan klinik,begitulah renggangnya dia dengan Hospital,sangat bertentangan dengan diriku yang suak benar keluar masuk Hospital,sedari kecil..serius!!!

Sukar untuk aku jelaskan keadaan ini,tapi aku amat maklum tengan sikap Mr.Hubs yang satu itu,lama kelamaaan ,Ianya bagai sudah menjadi sebati dalam hidupku,bila kala aku terpaksa melalui hari2 pemeriksaan kandungan,menemani anak berkhatan seorang diri tanpanya...Dia fobia darah,dengar perkataan darah saja,sudah bikin dia pitam,So,What do I expect?redho sajalah....

Malam tadi,selepas menurunkan aku di pusat rawatan itu,Mr.Hubs terus pergi,mengambil document dari temannya di kawasan berhampiran,tapi mungkin dapat dia membaca kesebalan dihatiku....lalu berSMS,memohon maaf dengan alasan tiada parking di kawasan berhampiran,tidak apa2 bagiku yang sudah biasa ini.Namun takdir Allah,ramai pula patient malam tadi,justeru agak lewat namaku dipanggil,sehingga urusan Mr.Hubs selesai,sejurus aku masuk ke bilik pemeriksaan,Mr.Hubs juga baru  tiba didepan pintu bilik Doktor,lantas dipelawa masuk oleh jururawat bertugas yang mengenalinya....mungkin kerna serba salah dia masuk juga akhirnya....hehehe..

Alhamdulillah kandungan nampak OK semuanya...dan kami dah tahu jantinanya!!!Apa jua kurnianMu Ya Allah,kami sambut dengan penuh rasa Syukur.....Selamatkan lah semuanya Ya ALLAH

Wednesday, October 20, 2010

hari ini, 20102010

Tiada yang istimewa pada tanggal istimewa yang cantik ini.Cuma malam ini aku punya temujanji dgn gynea kesayanganku.Doaku,agar si baby dalam kandunganku sudi menampakkan jantinanya,tidak malu-malu lagi bagai kunjungan yg lepas.Tak sabar rasanya nak tahu insan yang menghuni rahimku ini,agar dapat kusediakan kelengkapanya seawal mungkin,Oh...tidak sabarnya aku menanti detik indah itu.

Kuakui ada rasa bahagia dihatiku tika ini,ada bunga-bunga kegembiraan bila si baby ini mula bergerak-gerak lembut dalam rahimku,suatu yang telah lama aku rindukan.Terima Kasih Tuhan atas peluang kedua ini.Kusyukuri nikmatmu,moga bayi ini selamat kulahirkan,sempurna sahsiahnya dan bakal menjadi insan bertaqwa.

Tuesday, October 5, 2010

aku,hari ini....

Selasa datang lagi,Kalau dulu Selasa hadir kosong tanpa ada apa yang kunanti,tapi sejak berbadan dua,aku gembira dengan hadirnya Selasa,kerana hari itulah bayi yang kukandung ini bakal bertukar minggu,Yes, She is (she kah?) 21 st weeks today.Syukur Alhamdulillah,aku gembira,aku jadi insan paling bahagia mengira detik-detik indah yang telah lama kunanti ini.Walau dalam hati terkadang ada sedikit gusar yang mengganggu,Maklum,kita hanya Hamba ALLAH yang kerdil,semuanya ada dalam perancanganNYA.Pun aku hanya mampu berdoa agar dipermudahkan perjalananku dan selamat semuanya.

Dalam keadaan tekanan darah tinggi yang menyerang tika ini,aku memilih untuk berjumpa dengan 2 doktor serentak,Swasta dengan gynea kesayanganku Dr.Siti jua di Klinik Kesihatan Ibu Mengandung Kerajaan yang cuma sepelaung dari rumahku.Mungkin kerana faktor usia dan keadaan kesihatanku,aku di berikan perhatian khas dan keutamaan,kesku sering dirujuk kepada Pakar,Sungguh,salah tanggapanku pada Klinik Kerajaan sebelum ini,malah aku dinasihatkan agar tidak mengambil risiko untuk bersalin di Hospital Swasta,berikutan masaalah kesihatan yang ku alami ini,Aku masih belum lagi membuat keputusan,semuanya bergantung pada keadaan kesihatanku pada saat akhir nanti,namun aku akan terus berjumpa dengan kedua-dua Doktor kesayanganku ini buat masa ini,untuk mendapat nasihat dari mereka.Sekali lagi aku berdoa,Semoga Allah permudahkan perjalanan ini....Inilah dugaanNYA...aku redha,.

Hasil scan kedua-dua pakar juga belum mengetahui jantina anak yang kukandung ini,tapi bagi kami,kami menerima apa saja kurniaan Ilahi dengan hati terbuka,memandangkan anak kami yang tidak ramai ini,namun jika PINK,tentulah satu bonus bagi kami.Hatiku kembali berbunga Ya ALLAH....

Berbanding dengan kandungan sulung,keterujaan aku agak berbeza dari dulu,jika dulu,asal punya masa terluang akan kuhabiskan dipusat membeli belah,membeli keperluan terbaik untuk bayiku,tapi kali ini,di usia kandungan 5 bulan ini,tiada persiapan ku lakukan,mungkin kematangan usia mengajar aku lebih rasional dan bersabar...:).Kerana fokusku kini hanyalah untuk mengembalikan tahap kesihatanku ke tahap paling optima,matlamatku hanya satu,untuk menaturalkan bacaan BP ku seterusnya tak perlu mengambil ubat Metyldopa itu 3 kali sehari seperti skrg.Syukur,asthma ku tidak lagi menyerang setelah ditukar ubat preventer oleh pakar di Klinik Kerajaan itu,See,siapa kata,Klinik Kerajaan tak baik?derita yang kutanggung selama ini,hilang jua akhirnya..Syukur.

Dirumah,sejak hari pertama,berita kehamilan diketahui,layanan ahli keluarga terutama suami padaku,tentulah bertambah meriah,banyak kerja rumah ,Mr.Hubs yang lakukan,terutama kerja-kerja menyidai dan mengangkat baju di ampaian,sehingga mengundang "sangsi" jiran-jiranku...huhuhu...tapi tak mengapalah,mereka akan tahu jua nanti.....

With my 3 other preggie cousins,Yeay..I have a friends!!
Secara jujurnya,aku hanya berehat saja dirumah,aku mudah letih tika ini,usai solat Isyak,aku sudah terbaring atas katil membaca,mengaji atau melayari internet.Menemani The Son belajar,seakan sudah menjadi sejarah kala ini,pandai-pandai dia lah nak membawa diri,dengan keadaan mama dia yang begini.Agak risau juga melihat keasyikkannya melayan internet dan mula mengabaikan pelajarannya..Aduh!satu lagi cobaan hadir.Moga dia segera berubah.

Namun,dalam kelesuan ini,aku tetap meneruskan minatku membuat cup cakes yang beraneka jenis,saban minggu,bukan....bukan untuk dijual,tapi sebagai buah tangan untuk rumah yang kukunjungi di AidilFitri ini.Benar,kalau sudah minat,segalanya mudah saja.
my orange cake(err did'nt look like one right?)
among my cuppies for friends & families
dan lagi...therapiku kala ini....

Doaku,agar separuh lagi,perjalanan kandungan ini akan lancar dan tiada masaalah akan hadir.Amin Ya ALLAH.

Wednesday, September 8, 2010

Syawal datang lagi

Salam Lebaran buat semua.Terasa pantas sungguh masa berlari,Ramadhan bakal meninggalkan kita,Ramadhan paling beda dalam hidupku,merasai Ramahan berbadan dua,agak mencabar rupanya,mujur separuh bulan dapat jua aku curik-curik puasa,dan Terawikh kali ini sekali pun aku tidak ke masjid,malah adakalanya aku melakukannya tika menghampiri dini hari,dan dlm keadaan duduk,kerana keadaan kesihatan yang kadangkala tidak begitu memberangsangkan,terutama kepala yang selalu saja pusing.

Syawal kali ini jua,kali pertama aku langsung tidak memikirkan soal persiapan baju raya.Dalam keadaan begini,semuanya bagai tak kena,mood bagai hilang dibawa pergi.Sehelai kurung biru pemberian aisyah yang mula bekerja pada tahun ini padaku pula,tidak sempat emak siapkan,Pun langsung tidak menjadi hal padaku,suatu yang asing bagiku dulu.Syukur aku sudah punya rasa begitu,belajar lah untuk Zuhud...:).Jadi kami tiga beranak akan mengulang pakai baju pagi raya kami tahun lepas kami pada pagi raya nanti.Sementelah pula baju melayu Mr.Hubs dan The Son tahun lepas persis dari kedai,kerana itulah sekali mereka pakai selepas pagi raya itu.So save cost untuk pagi raya.

Persalinan lain untuk Mr.Hubs masih banyak lagi yang masih baru dan belum dipakai,terutama hadiah hari lahirnya June lepas.Untuk The Son pula,dia sudah ada taste sendiri,jadi dengan keadaan aku yang tidak berdaya mengukur jalan di Shopping Mall itu,maka makcik-makciknya lah yang menemani.Habis hati bujangku tahun ini,kerana dapat membeli apa jua yang di hajati.

Puasa kali ini jua,untuk pertama kalinya jua,berbuka dirumah mak saja,tidak di luar apatah lagi di meja-meja buffet yang tiba-tiba diragui kehalalannya.Pun cuma sekali dapat berbuka dengan mertua kerana kesuntukan masa dan kesihatan tak mengizinkan.

Pada semua,kuucapkan Salam Aidilfitri ,berhati-hati di jalanraya,Salah dan silap mohon dimaafi....

The son kala sesi bershopping dengan makciknya di Sunw*y Pyramid
Duit raya tahun ni...sangat minima....

kerepek-kerepek ni The Son yang order dengan makcik dia yang baru belajar berniaga,mama tolong bayar jer...:)

Wednesday, August 11, 2010

Salam Ramadhan

Ramadhan ya Marhaban....sekejap jer Ramadhan datang lagi.Kehadiran yang agak beza suasananya dari yang dulu.Ramadhan kedua tanpa dikwan dan Ramadhan pertama kala berbadan dua.Yang lain,Syukur masih sama,masih dikelilingi ibu ayah serta keluarga tersayang,yang semuanya didepan mata,Kupanjatkan rasa Syukur kerana aku tidak perlu berpisah jauh dengan kedua orang tuaku di usia ini.Masih betah mengadu suka duka pada mereka jua menikmati air tangan ibu bila saja tergerak rasa.

Syukur,kala kandungan menginjak 13 minggu ini,aku makin sihat,tiada lagi kelesuan yang membungkam,kesedihan yang tiada makna jua keresahan yang ntah apa-apa.Tiada lagi lemah longlai yang panjang,mual yang menyesakkan,dan pening-pening lalat yang mengelirukan.Tiada lagi ancaman keguguran akibat "spoting" dulu.CUMA tiba-tiba aku dikejutkan dengan tekanan darah tinggi yang agak tinggi sehingga menyebabkan aku terpaksa mengambil ubat.Ermm....ku sangka panas hingga ke petang...'Puan kena ambil ubat ni setiap 8 jam ya,bahaya kalau puan tak ambil,sorry to say,Puan tak boleh puasa ya?nanti puan ganti...."errmm...nak kata apa?

Semoga Ramadhan ini merupakan titik tolak untuk kita lebih dekat denganNYA,dan dugaan yang datang ini,mengajar kita supaya lebih sabar dan tidak leka dengan dunia.

Tuesday, August 10, 2010

pengkar

puas kucuba meluah kata
namun segalanya bagai tak kena
segalanya bagai terlalu asing
langkah terasa pengkar
laluan terasa payah dan berduri,

mengapa begini?
pembawakan yang didalamkah?
atau aku yang terlalu perasa?
semoga hari-hari suram ini
akan segera pergi
membawa sinar baru yang pasti.

berkongsi rasa ....