Tuesday, October 5, 2010

aku,hari ini....

Selasa datang lagi,Kalau dulu Selasa hadir kosong tanpa ada apa yang kunanti,tapi sejak berbadan dua,aku gembira dengan hadirnya Selasa,kerana hari itulah bayi yang kukandung ini bakal bertukar minggu,Yes, She is (she kah?) 21 st weeks today.Syukur Alhamdulillah,aku gembira,aku jadi insan paling bahagia mengira detik-detik indah yang telah lama kunanti ini.Walau dalam hati terkadang ada sedikit gusar yang mengganggu,Maklum,kita hanya Hamba ALLAH yang kerdil,semuanya ada dalam perancanganNYA.Pun aku hanya mampu berdoa agar dipermudahkan perjalananku dan selamat semuanya.

Dalam keadaan tekanan darah tinggi yang menyerang tika ini,aku memilih untuk berjumpa dengan 2 doktor serentak,Swasta dengan gynea kesayanganku Dr.Siti jua di Klinik Kesihatan Ibu Mengandung Kerajaan yang cuma sepelaung dari rumahku.Mungkin kerana faktor usia dan keadaan kesihatanku,aku di berikan perhatian khas dan keutamaan,kesku sering dirujuk kepada Pakar,Sungguh,salah tanggapanku pada Klinik Kerajaan sebelum ini,malah aku dinasihatkan agar tidak mengambil risiko untuk bersalin di Hospital Swasta,berikutan masaalah kesihatan yang ku alami ini,Aku masih belum lagi membuat keputusan,semuanya bergantung pada keadaan kesihatanku pada saat akhir nanti,namun aku akan terus berjumpa dengan kedua-dua Doktor kesayanganku ini buat masa ini,untuk mendapat nasihat dari mereka.Sekali lagi aku berdoa,Semoga Allah permudahkan perjalanan ini....Inilah dugaanNYA...aku redha,.

Hasil scan kedua-dua pakar juga belum mengetahui jantina anak yang kukandung ini,tapi bagi kami,kami menerima apa saja kurniaan Ilahi dengan hati terbuka,memandangkan anak kami yang tidak ramai ini,namun jika PINK,tentulah satu bonus bagi kami.Hatiku kembali berbunga Ya ALLAH....

Berbanding dengan kandungan sulung,keterujaan aku agak berbeza dari dulu,jika dulu,asal punya masa terluang akan kuhabiskan dipusat membeli belah,membeli keperluan terbaik untuk bayiku,tapi kali ini,di usia kandungan 5 bulan ini,tiada persiapan ku lakukan,mungkin kematangan usia mengajar aku lebih rasional dan bersabar...:).Kerana fokusku kini hanyalah untuk mengembalikan tahap kesihatanku ke tahap paling optima,matlamatku hanya satu,untuk menaturalkan bacaan BP ku seterusnya tak perlu mengambil ubat Metyldopa itu 3 kali sehari seperti skrg.Syukur,asthma ku tidak lagi menyerang setelah ditukar ubat preventer oleh pakar di Klinik Kerajaan itu,See,siapa kata,Klinik Kerajaan tak baik?derita yang kutanggung selama ini,hilang jua akhirnya..Syukur.

Dirumah,sejak hari pertama,berita kehamilan diketahui,layanan ahli keluarga terutama suami padaku,tentulah bertambah meriah,banyak kerja rumah ,Mr.Hubs yang lakukan,terutama kerja-kerja menyidai dan mengangkat baju di ampaian,sehingga mengundang "sangsi" jiran-jiranku...huhuhu...tapi tak mengapalah,mereka akan tahu jua nanti.....

With my 3 other preggie cousins,Yeay..I have a friends!!
Secara jujurnya,aku hanya berehat saja dirumah,aku mudah letih tika ini,usai solat Isyak,aku sudah terbaring atas katil membaca,mengaji atau melayari internet.Menemani The Son belajar,seakan sudah menjadi sejarah kala ini,pandai-pandai dia lah nak membawa diri,dengan keadaan mama dia yang begini.Agak risau juga melihat keasyikkannya melayan internet dan mula mengabaikan pelajarannya..Aduh!satu lagi cobaan hadir.Moga dia segera berubah.

Namun,dalam kelesuan ini,aku tetap meneruskan minatku membuat cup cakes yang beraneka jenis,saban minggu,bukan....bukan untuk dijual,tapi sebagai buah tangan untuk rumah yang kukunjungi di AidilFitri ini.Benar,kalau sudah minat,segalanya mudah saja.
my orange cake(err did'nt look like one right?)
among my cuppies for friends & families
dan lagi...therapiku kala ini....

Doaku,agar separuh lagi,perjalanan kandungan ini akan lancar dan tiada masaalah akan hadir.Amin Ya ALLAH.

Wednesday, September 8, 2010

Syawal datang lagi

Salam Lebaran buat semua.Terasa pantas sungguh masa berlari,Ramadhan bakal meninggalkan kita,Ramadhan paling beda dalam hidupku,merasai Ramahan berbadan dua,agak mencabar rupanya,mujur separuh bulan dapat jua aku curik-curik puasa,dan Terawikh kali ini sekali pun aku tidak ke masjid,malah adakalanya aku melakukannya tika menghampiri dini hari,dan dlm keadaan duduk,kerana keadaan kesihatan yang kadangkala tidak begitu memberangsangkan,terutama kepala yang selalu saja pusing.

Syawal kali ini jua,kali pertama aku langsung tidak memikirkan soal persiapan baju raya.Dalam keadaan begini,semuanya bagai tak kena,mood bagai hilang dibawa pergi.Sehelai kurung biru pemberian aisyah yang mula bekerja pada tahun ini padaku pula,tidak sempat emak siapkan,Pun langsung tidak menjadi hal padaku,suatu yang asing bagiku dulu.Syukur aku sudah punya rasa begitu,belajar lah untuk Zuhud...:).Jadi kami tiga beranak akan mengulang pakai baju pagi raya kami tahun lepas kami pada pagi raya nanti.Sementelah pula baju melayu Mr.Hubs dan The Son tahun lepas persis dari kedai,kerana itulah sekali mereka pakai selepas pagi raya itu.So save cost untuk pagi raya.

Persalinan lain untuk Mr.Hubs masih banyak lagi yang masih baru dan belum dipakai,terutama hadiah hari lahirnya June lepas.Untuk The Son pula,dia sudah ada taste sendiri,jadi dengan keadaan aku yang tidak berdaya mengukur jalan di Shopping Mall itu,maka makcik-makciknya lah yang menemani.Habis hati bujangku tahun ini,kerana dapat membeli apa jua yang di hajati.

Puasa kali ini jua,untuk pertama kalinya jua,berbuka dirumah mak saja,tidak di luar apatah lagi di meja-meja buffet yang tiba-tiba diragui kehalalannya.Pun cuma sekali dapat berbuka dengan mertua kerana kesuntukan masa dan kesihatan tak mengizinkan.

Pada semua,kuucapkan Salam Aidilfitri ,berhati-hati di jalanraya,Salah dan silap mohon dimaafi....

The son kala sesi bershopping dengan makciknya di Sunw*y Pyramid
Duit raya tahun ni...sangat minima....

kerepek-kerepek ni The Son yang order dengan makcik dia yang baru belajar berniaga,mama tolong bayar jer...:)

Wednesday, August 11, 2010

Salam Ramadhan

Ramadhan ya Marhaban....sekejap jer Ramadhan datang lagi.Kehadiran yang agak beza suasananya dari yang dulu.Ramadhan kedua tanpa dikwan dan Ramadhan pertama kala berbadan dua.Yang lain,Syukur masih sama,masih dikelilingi ibu ayah serta keluarga tersayang,yang semuanya didepan mata,Kupanjatkan rasa Syukur kerana aku tidak perlu berpisah jauh dengan kedua orang tuaku di usia ini.Masih betah mengadu suka duka pada mereka jua menikmati air tangan ibu bila saja tergerak rasa.

Syukur,kala kandungan menginjak 13 minggu ini,aku makin sihat,tiada lagi kelesuan yang membungkam,kesedihan yang tiada makna jua keresahan yang ntah apa-apa.Tiada lagi lemah longlai yang panjang,mual yang menyesakkan,dan pening-pening lalat yang mengelirukan.Tiada lagi ancaman keguguran akibat "spoting" dulu.CUMA tiba-tiba aku dikejutkan dengan tekanan darah tinggi yang agak tinggi sehingga menyebabkan aku terpaksa mengambil ubat.Ermm....ku sangka panas hingga ke petang...'Puan kena ambil ubat ni setiap 8 jam ya,bahaya kalau puan tak ambil,sorry to say,Puan tak boleh puasa ya?nanti puan ganti...."errmm...nak kata apa?

Semoga Ramadhan ini merupakan titik tolak untuk kita lebih dekat denganNYA,dan dugaan yang datang ini,mengajar kita supaya lebih sabar dan tidak leka dengan dunia.

Tuesday, August 10, 2010

pengkar

puas kucuba meluah kata
namun segalanya bagai tak kena
segalanya bagai terlalu asing
langkah terasa pengkar
laluan terasa payah dan berduri,

mengapa begini?
pembawakan yang didalamkah?
atau aku yang terlalu perasa?
semoga hari-hari suram ini
akan segera pergi
membawa sinar baru yang pasti.

Friday, July 30, 2010

maafkan diamku....

Bukan sengaja menghilang diri,
namun sebenarnya diamku berisi,
benar,
benar sekali telahan kalian,
setelah 13 tahun menanti,
akhirnya detik itu hadir lagi,
mudah-mudahan
segalanya berjalan lancar
hingga Februari nanti,

Pintaku,
Doakan aku sihat dan selamat
Maafkan atas segalanya

Tuesday, April 20, 2010

PC FAIR



17 APRIL 2010

Untuk kali keduanya pergi lagi PC FAIR kat KLCC,Sebenarnya malas betul nak pergi mengenangkan pemergian 3 tahun dulu tak membuahkan hasil,melainkan pening kepala,sampai kami tiga beranak terduduk kat parking bay KLCC sebab lupa parking kat mana,dan ingat kereta kami dah gone time tu.Mujur ada pak guard datang membantu.Hehehe..kelakar pulak bila dikenang-kenang.Last-last keluar dari KLCC gi parking kat Lot 10 dan beli barang idaman dengan tenang kat Sungai Wang.(Masa tu carik anak punya PS2.)

Kali ni pergi sebab anak jugak,dia nak laptop baru,so meredah lautan manusia sekali lagi hari tu,kali ni parking kat open car park kat luar tu.Sampai dalam pukul 12,masih banyak jugak parking bersisa,but we had to walk about a kilometer to the convention center.Bantailah labu,janji cepat settle.Ingatkan nak pergi kejap jer,rupanya lama jugak,sebab booth tu bukan setempat,kena turun naik different floor...arghhhhh....tactic nak suruh kita ronda semua booth lah tu...grrr!!

macam-macam orang ada...nipun kira awallah ni,masa nak keluar tu lagi penuh hall ni..adehhh!!

Masuk dalam ambik dulu brochures ,lepas tu duduk satu sudut to compare and decide what to buy,sblm make a purchase.
Yours truely,masa baru sampai,boleh senyum lagi,sebelum tengok lautan manusia kat dalam tu,tapi lepas tiga jam lebih kat dalam tu,kepala dah mula berpusing,macam-macam rasa ada...ngenangkan jiran sebelah umah @ my untie yang kenduri masa tu lagi,betul-betul buat myself mengelabah,rasa nak balik cepat dan takut kena marah,sebab lama sangat merayap,....sampai buat apa serba tak kena kat sana.

Bila dah mengelabah,nak keluarkan something dari bag.....nilah hasilnya...taraa!!!
hasil sebab nak cepat...

Baju dan zip beg ni tersangkut....so I had to walk sepanjang jalan nak balik tu,dengan keadaan baju tersangkut ni,luckily no one notice,sampai sekarang baju dan beg ni masih dalam kondisi begini,tak berjaya di keluarkan....nampaknya my favourite blouse ini bakal jadi korban,kalau nak pakai beg ni....hmm...Yes,nak kena gunting baju ni....dang!!

Cukuplah dua kali.....no 3rd PC Fair visit for me ,pleaseee.....

Friday, April 16, 2010

hari ini setahun yg lalu,

Along puji wan segak bergaya masa ni,tapi wan senyum jer...handsome adik,along!!
tepat setahun yang lalu arwah dikwan pada hari terakhir di Matrik....

hari ini setahun yang lalu,aku ambil cuti,sebab nak menjemput adik wan di Matrik.Macam-macam perasaan bermain difikiran,gembira sebab dia berjaya menamatkan setahun pengajian di Matrik.

Sepanjang perjalanan aku asyik bersms dengannya dan memakluminya akan lokasi kami,agar dia ready jika kami sampai nanti.Namun jangkaan kami meleset,bila kami sampai,banyak barang-barangnya tidak berkemas lagi,ayah yang naik bilik dan tolong kemas kan barang-barang dia.Dia macam langsung tak bersedia untuk pulang.

Sebelum tu,sempat dia mintak mak sedikit duit,bayar duit roti canai kat kantin dan bayar duit baju dekat kawannya,sebelum kami meneruskan perjalanan pulang.Dik wan kelihatan murung jer,Kukira tentu dia sedih meninggalkan teman-temanya terutama teman rapatnya Y.

Dalam kereta sempat dihulurkan majalah kampusnya,dan sempat jua aku memujinya..macam biasa dia hanya tersenyum...aneh betul sikapnya,aku hairan,puas kurangsang dia bercakap,namun satu-satu jawapan yang diberikannya.Kukira dia penat....

ayah masih terus berkemas untuknya,while mak looks on....hmmm...kasih ayah...

tidak mampu kuteruskan kata tika ini...kerna airmata ini kian deras turunnya..AL-FATIHAH ini untukmu lagi wan....Kami sayang wan....

berkongsi rasa ....