Showing posts with label kenangan mengusik jiwa. Show all posts
Showing posts with label kenangan mengusik jiwa. Show all posts

Thursday, June 11, 2009

cerita teman lama


Sehari dua ni,aku dapat bertemu kembali dengan teman-teman sekolah dulu,di dunia maya ini.Kelakar lah pulak,bila tengok ramai teman-teman dah berubah sahsiah diri,yang lelaki ,harus kalau jumpa pun tak berapa kenal.Yang perempuan,InsyaAllah No problem Punyo!

Alhamdulillah,kerana punya visual memory yang reliable setakat ini,aku masih mengingati semua teman-teman itu,malah menjadi bahan rujuk teman-teman lain yang dah lupa,akulah yang akan "describe"kan,that this guy budak kelas mana,idaman malaya ke tak masa sekolah dulu,pandai ke tak?kaki melaram ke tak?and macam-macam lagilah...hehehe...

Nyata,sahsiah diri semasa disekolah tak 100 % membawa mereka semua sama seperti hari ini,tapi menurut pandanganku 70% menepati cara pembawakan mereka tika disekolah dulu.Teritama dari segi karier mereka.Hehehe..

Budak lelaki paling comel disekolah kami,masih lagi membujang saat ini,bekerja pula nun jauh dinegara orang,Budak paling comot(dulu ok?)yang selalu menjadi usikan teman-teman bukan saja turn up jadi sweet guy,tapi dah berkahwin dengan Spanish lady lagi!hehehe.AS yang jadi igauan ramai pelajar perempuan dulu kerana ke"cute"an dan kepintarannya,end up jadi biasa-biasa saja,tidak pula memilih bidang profesional sebagai kerjaya.Yelah kan rezeki masing-masing....Tapi,aku suka sekali melihat mereka berjaya dengan cara mereka.

Begitulah kita,kejayaan hari ini,bukan beerti kita berjaya esok hari...Paling utama Kehidupan diSANA yang kekal abadi....

Friday, May 22, 2009

Quicksilver dan kenangan...

Last weekend,our family of 7 been to Prisma Optometris yang kat Setiawangsa tu,milik my cousin,sebab katanya branch disana ada special latest equipment untuk cek mata,blh cek nerve2 blkg mata lagi,banyak hospital pun tak ada lagi equipment ni,best of all,kami dapat buat semua tu FOC!kalau you all semua datang pun FOC jugak,dia nak bagi extra service kat customer dia,jemputlah ke PRISMA ye,just mentioned my name kalau nak special discount or call me first ya,she has few branches,including kat Kuantan,too bad takde pulak kat belah Utara nun....


Niat asal nak cek mata mak n myself yang macam ada something wrong ni and nak cek balik power spec the son yang baru buat last month.Tapi bila sampai sana,ni pulak yang jadi...


Dia melekat kat sini,sebab dah terbekenan kat Quicksilver spec ni pulak!

So,I let him to try it out....kasi chance sebab nak merasa pakai....habis hati ngadap cermin...Nilah dia spec tu....dia kata,boleh tak kalau dia nak?....pastu airmata menitis.... Finally his!Nope,bukan I yang belikan...papa dia...Papa dia kan jenis tak sampai hati?I was a bit grrrrr....rasa membazir sangat,pasal spec haritu elok lagi....tapi papa dia kata, takper,yang satu lagi buat spare .

Tapi I tau,papa dia belikan pasal mlm sblm tu,Son nangis teresak2 dalam selimut teringat Pakwan,masa dia tengok slide show gambar2 Pakwan dalam HP mama....and Pakwan is a big fan of Quicksilver.Son develope interest in QS through PW.

Infact their last outing masa ambik PW kat Matrix aritu adalah QS store !
Nampak tak QS store belakang tu?


Akhir2 tu Pakwan tak suka pandang camera,masa ambik Pakwan kat Matrix terus datang sini..Kedai pertama yang dituju adalah Quicksilver kegemaran kami!seminggu sebelum Pakwan pergi selama-lamanya....(Shahe*z said)

p/s:Our family has a tradition to going out in group,be it to shopping,having a meal,ziarah etc...

Thursday, March 19, 2009

Kasih Ayah....

#Sebab gambar Penang belum dpt dari empunya kamera gemuk,so I buat lah entry lain dulu na?tu yg malas harap kamera org ni,apa2hal baiklah N95ku...huhuhu...

Semalam setelah bertahun-tahun lamanya,aku naik motor berdua dengan ayah....Agak kekok rasanya,tapi dah terdesak sangat,last2 dengan muka seposen cakap kat ayah.."Ayah,kang ayah nak gi masjid,antar along balik sekali ya?"ayah anggok(ayah memang pendiam,tapi penyayang).Pastu aku pun brom-brom dengan ayah,Weh,jadi anak manja balik la dah tua2 ni!(dari hujung mata,aku nampak mak mengintai aku kat luar pagar...hahahaha)tak sampai 5 minit dah sampai umah aku....(kes malas jalan kaki!).Masa darjah satu selalu naik basikal dengan ayah,selalu mak marah,sebab dah besar,tak elok naik basikal dengan ayah,kata mak!

Dan hari ini seminggu yang lalu,bila sampai umah mak,aku dah nampak sebungkus pecal atas meja makan sebelah tudung saji,mesti aku punya kataku dalam hati.Lepas makan nasi,aku hantar pinggan ke dapur,dan ayah telah membisikkan sesuatu pada mak,dan mak macam biasa dan gaya orang melaka yang "laser"nya terus berkata "ha,tu pecal ayah beli,kenapa tak makan tu?"hahahaha...rupanya ayah peratikan jer gerak geri aku sedari tadi,dan tunggu aku makan pecal yang dia belikan khas untuk aku tu.Aku jawab,nak makan la ni,tunggu abanglong(Mr.Hubs!)

Tau tak kenapa ayah beli pecal tu?Sebab minggu sebelumnya(khamis ,mlm jumaat ,ada pasar malam kat kwsn kami) aku nampak mak dan ayah makan pecal,terasa nak makan,tapi diam jer,kot-kot ada balance kemudian,tup-tup ,bila aku tanya,mak pecal tadi ada lagi tak?Mak cakap dah abis...takperlah kataku...nanti suruh shahe*z beli...(aku malu pi PM,percaya tak?rimas pasal org ramai,and depa dok panggil2,aku malu!).Mungkin sebab tau aku kepingin,maka minggu berikutnya ayah tunaikan hajatku yang satu itu.PECAL!~walau tidak aku memintanya...tapi ayah tau aku teringin.Syahdu kan?

Kasih ayah kan?Teringat masa aku ngandung dulu,ayah lah yang rajin beli apa saja yang aku teringin makan,walau aku tidak pernah mintak dengannya,tau-tau jer makanan tu dah ada depan mata.Especially tau fu fah...Tq Ayah!Walaupun kita jarang berbicara,namun aku tahu kasihmu....Justeru,apa saja kemahuanmu jua kupenuhi selagi dayaku...

*CIter kasih ayah,dihari dan waktu yang sama minggu lepas,Balik dari sekolah dalam jam 5 petang,aku terkejut,bila nampak The Son pulang dengan pakaian sukan?eh,kan tak bawak baju sukan pagi tadi?sapa hantar?Papa...kata THe SOn..!Ermm SAH!Sorang Lagi...Kes tak sampai hati,Pagi tu berkobar2 cakap taknak hantarkan baju budak tu,as a lesson to him,sebab tak bawak baju,Tup-tup dia yang gi hantar....Sesungguhnya KASIH BAPA jua tidak boleh dipandang enteng kala ini...

Wednesday, January 14, 2009

Matsuno San...

Awal tahun baru yang lalu aku menerima email dari Mantan immediate bosku,Matsuno San,email bergambar....Gambar terbaru Matsuno San bersama keluarga dan bakal keluarga. Ingat jugak dia pada aku yang telah lama ditinggalkannya ini,ahaks!Matsuno San ni,bosku yang paling best,paling kamceng denganku,kami sama-sama cover mengcover bila bos besar call ,hahahaha....Apatah lagi office di Sunway masa tu,hanya ada aku dan Matsuno San,so we need each other,apa2 kena sama-sama.


Bila emailnya tak berbalas,pada 9th January,Matsuno San atau kami panggil Cik Mat (CM) menghubungiku bertanya dapat tak gambar kirimannya?kalau dapat kenapa tak balas tanyanya ketawa?Gomen nasai,Isogashi,(bz)kataku berdalih,yang ianya aku belum terasa nak membalasnya...hehehe,rupanya dia menanti,lantas kuucapkan 'otanjobi omedetto Matsuno San" (kebetulan 8th Jan b'daynya,lalu kuucapkan happy b'day!)ima nansai desuka?(skrg umur berapa?)53,katanya tertawa lagi....ooooo..Watashi,onaji yooo 35,kataku,sebab dia ni suka terbalik kan umur dia dulu2...kalau 43,dia kata 34....lalu terburai lagi tawanya...sebab aku masih mengingati perangai lamanya yang suka berjenaka begitu....


Ingat lagi kehadiran pertama kali CM ke Malaysia buat pertama kali pada tahun 1995,aku pon baru saja menyertai syarikat ni,masa tu CM menggantikan mantan bosku yang pertama Izumi San yang sangat lah garangnya(more about him later,next entry,maybe)CM tak tahu bercakap sepatah haram pun perkataan English,bicara kami hanya melalui kamus,lantas kami berdua sama pergi kelas Bahasa,aku bahasa Jepun,dia Bahasa Inggeris,disitulah bermula segalanya....
Hai la kenangan...terasa baru semalam berlalu.


Ingat lagi,bulan pertama, CM datang seorang tanpa keluarga,keluarganya di Jepun risau akan asas kehidupan disini,toiletnya bagaimana,prasarananya moden kah?ada lagikah manusia yang tinggal atas pokok?(ooooohhh PLEASEEEEEEEEEEE!!!ingat kita ni kolot sangat kah?)hhahahaha,lantas CM puaslah ambik gambar segala sudut pejabat serta kondonya hingga gambar lubang tandas!untuk dikirim pada keluarganya.Can u believe it?

Tapi bila dah datang sini,mereka tak sangka,mereka sukakan akan negara kita ini,malah mereka sekeluarga amat rapat denganku,aku lah tempat mereka berkongsi apa jua,sepanjang 3-4 tahun mereka tinggal di sini.Kami umpama sebuah keluarga,selalu kami habiskan masa bersama...anak-anak CM jua rapat denganku.Sehingga ketika anak CM yang sulung Yuka ada practical di KL beberapa tahun lalu pun,aku jua yang dicariknya untuk hang out together despite of her tight shedule...Inilah yang dinamakan PERSAHABATAN kan?


Aku selalu berharap agar satu hari nanti aku berpeluang ke negara matahari terbit itu,menziarahi CM dan ramai teman-teman (ex bos sebenarnya)lain,masing2 dah mengoffer lodging cik kiah,so soal penginapan dah tak jadi soal...lepas satu umah ke satu umah....Memang teringin sangat,macam lah Mr.Hubs izinkan kan?Tapi akan aku pastikan impian ku yang satu ini akan terlaksana...Amin.


Inilah gambar yang CM emailkan tu.CM yg pegang anjing tu,depan dia yang pakai apron tu isterinya,ibunya dan YUKA,disebelah CM tu MIKU anak bungsunya.Yang lelaki tu menantu dan bakal menantunya.




Namapun JAPANNESE ENGRISH kan,so jangan ketawa ya,bila gambar ni dihantar dengan note dibawah ni,sambil you all baca,boleh tak you all teka maksudnya....I pasti ramai yang akan gagal,sO FUNNY....kata=kata CM berbunyi begini....

A HAPPY NEW YEAR,THE FAMILY PHOTOGRAPH IS SENT

THE BACK IN THE MIKU.IT IS A BOYFRIEND IN THE MIKU...

Kakakakaka...gelak guling baca kan?Tapi I sangat menghargainya....Maksud keterangan gambar adalah..

SELAMAT TAHUN BARU,INI GAMBAR FAMILY.

KAT BELAKANG SEBELAH MIKU TU,ADALAH BOYFRIEND MIKU.....

ha......ok tak???pelajaran bahasa kita hari ni?best kan?

ubat tersenyum saat kita ketegangan hari ni....

Tuesday, October 21, 2008

terkenang semasa dulu....part 1

Nak kata busy,tak lah busy mana,tapi mungkin tak pandai nak manage time,dan otak berserabut,sebab tak diatur dengan sempurna,I am a messy person,Yes,I am.

Malam tadi, while watching TV,Mr.Hubs did ask me about his raya fav kerepek/rempeyek and all the crackers,whether still have or not....I said,takde la.....kuih raya ada..(which I know dia tak minat)..hehehe,then dia kata dia nak order lagi,walaupun tak raya sebab suka nak buat munch-munch masa tengah tengok tv....

Then I Told him,Dulu...semua benda ni I buat sendiri,kenapa sekarang I tak boleh ya?tanyaku,Then Mr.Hubs jawab, sebab "you dah berada dalam comfort zone "...aku terkedu,namun mengakui kebenarannya...

Bukankah pernah aku katakan,aku sangat matured sedari kecik lagi,aku punya angan yang tinggi,tidak suka menyusahkan orang lain,suka berdikari,dan suka membantu.Kehidupanku tika disekolah rendah agak biasa saja,ayah merupakan juruteknik di TM mak pulak seorang surirumah yang kadangkala ambik upah menjahit,aku cuma 2 beradik tika itu,kiranya segala keperluanku cukup belaka,namun kerana aku suka kan cabaran dan gembira kalau dapat pegang duit sendiri,aku selalu berusaha mencari wang saku sendiri.

Once,(sek.rendah)I was a producer of kerepek ubi,dari tugas beli ubi,sagat ubi,goreng,sira dengan sambal,bungkuskan dalam plastik,hinggalah ke proses menjualnya...semua aku lakukan SENDIRI!!! looking back,aku macam tak percaya aku boleh melakukan semua itu,dan aku gembira sangat,sebab duit hasil jualan tu aku dapat bagi kat mak,bagi kat atok dan kadang2 dipinjam oleh pakcikku.Selebihnya,as a penggemar fesyen myself,duit tu I bought myself a pair of jeans and shirt yang besar gedebos ala-ala Cindy Lauper yang sangat popular masa tu... Orang kerja pun ada yang tak mampu beli,ahaks!

Indahnya kehidupan,sikitpun aku tak rasa terbeban melakukan semua itu.Malah sangat gembira.Pandai betul aku merancang masa tika itu,.Mendapat tempat pertama dalam peperiksaan,berniaga,hayal dalam kisah cinta novel yang kubaca....Memang aku lain dari kanak-kanak seusiaku,teman-temanku pula terdiri dari cikgu-cikgu sekolah dan juga anak anak jiran yang telah bekerja.Sg.Wang tu memang tempat shoppingku dulu,namun aku tak pernah lupa pesanan mak,kalau berjalan tu tak boleh lama sangat,mesti sampai umah sebelum Maghrib.....

ada masa nanti aku sambung ya...

ahhh...kenangan..

Thursday, September 11, 2008

Jubah hitam pengubat rindu....

Suspen jer bunyi tajuk tu kan?Bukan apa,malam tadi masa nak pakai jubah kesayangan pemberian arwahMIL itu, baru kuperasan ada tanda retasan benang dibawah lengan,dah lama rupanya jubah ini berkhidmat bersamaku,Jubah yang hanya kupakai kala ingin ke masjid bersolat tarawikh.....apa tidaknya insan yang menghadiahkan jubah ini pun dah lebih 5 tahun pulang kerahmatullah...,apatah lagi usia jubah ni,yang dibeli kala kali terakhir dia menunaikan umrah setahun sebelum itu....


Tiba-tiba aku jadi rindu dengan arwah MIL yang terlalu rapat denganku itu,Aku ingat lagi,semasa dia menyerahkan jubah itu padaku,katanya...ni barang pertama yang mak beli di Madinah,sesuai dengan kau...aku gembira sangat menerimanya....dan malam tu aku terus menyarungkannya kemajlis kenduri makcikku,hingga menjadi perhatian dan pertanyaan tetamu lain,dimana aku membelinya....(not brag by the way...is just masa tu tak ada jual jubah macam tu kat sini)Betapa sayangnya aku pada jubah tu,sehingga aku jarang memakainya....



Sekali lagi aku memakainya ketika dapat tahu arwah MIL koma di hospital AS .Masa tu ,aku diberitahu arwah MIL jatuh lalu pengsan semasa berkursus diLangkawi,kemudian diterbangkan ke AS kerana kekurangan peralatan,justeru aku terus mencapai jubah hitam itu dan memecut dari KL to AS,bimbang jika apa2 berlaku,aku sudah bersedia dengan pakaianku,lagipun jubah senang,sarung jer...



Angkara jubah hitam ni jugak,aku disangka orang Arab, sebab masa kat hospital tu,ketika aku membeli packed drinks, bersama The son,dia pulak speaking london dgnku dan aku membalasnya with the same language juga...then pakcik kedai tu denagn muka blurr abis, terus cakap kat aku...Arabic?Arabic?hahahaha...ingat aku orang Arab tak tau cakap melayu lah tu....Eh...taaaaaaaaaakk....kataku manahan malu...melayu..melayu....kataku lagi.Ahhhhhhhhh,ingatkan orang Arab tadi,sebab tak cakap melayu,pakai macam ni pulak,kata Pakcik tu tersenyum......(Son masa tu kecik lagi,selalu tengok chanel 63 pastu tadika omputeh,memang lar....sekarang ni idak lah lagi,dia dah faham situasi)



Rindunya aku pada arwah MIL,sebelum tidur semalam ku cium-cium lagi jubah tu,walaupun selepas jubah ni,aku ada beberapa helai lagi jubah hitam yangberbagai corak dan fesyen malah dibeli teman2 kala berkunjung ke tanah suci jua,namun tak akan sama dengan yang satu ini.Mak,nda akan selalu pakai jubah mak ni untuk ke masjid mak,....semoga roh mak ditempatkan bersama orang-orang beriman....dan mak tau tak mak,sejak mak pergi,keluarga kita tak macam dulu lagi,rumah tu dah sunyi,sesunyi-sunyinya.....rumah tupun dah terbiar mak...persis tak berpenghuni....Pemergian mak,telah merubah kehidupan keluraga kita secara total!Namun mak,kami semua tak pernah lupa menghadiahkan Al-Fatihah buat mak,terutama dimalam-malam LailatulQadar ini....



I miss u mak!

Monday, September 8, 2008

Pertemuan didunia cyber ini...

No Doubt,with all these IT thingy,semuanya bagai dihujung jari....semua berita up todate..nak apa.semua clik jer....Tapi yang mengharukan aku adalah...teman-teman yang kutemui melalui cyper space ini....esp tru this blog,FP and FB.I do admit,I'm a blog hopper ,but as a "rerama" myself,I touch and go aje...tak singgah lama-lama,unless blog yang I rasa menyentuh hati I jer.And I feel blessed dengan kehadiran teman cyber ini,bertukar cerita...menambah ilmu dan berkongsi pengalaman suka dan duka....and I still admit that this blog is not a meaningful and beneficial one,melainkan curahan sekelumit lingkaran hidupku sahaja...Aku tidak bisa menulis article berat,kerana aku punya ilmu yang terbatas,justeru blog teman-teman kujadikan panduan
bagi merungkai segala ketidakpastian....

Sungguh tak terduga....dengan dunia IT tanpa sempadan ini,berjaya menemukan aku pada juniorku kala bersekolah menengah dulu...W.Sungguh dirinya selalu kukenang,dan sering teringatkannya.Manakan tidak,tika aku dalam Ting 3,W ,Ting 1,aku tak tau apa istimewanya diriku ini,sehingga dia sanggup membont*ti aku kemana saja aku pergi!Aku rimas!!!sehingga terkadang terpaksa menyorok bawah katil teman lain untuk menghindarinya...Aku tidak membencinya,tapi aku memang benci jika pergerakanku terbatas...ku ingin bebas! lagipun aku jua punya teman sebaya yang perlu perhatianku....

Aku akui jahat betul aku tika itu....aku simpati pada W,namun teman2 yang lain,sedaya upaya mencari jalan agar W membenciku,agar aku tidak diganggu lagi,aku tersepit....aku ingin berkawan dengan semuanya,namun W menuntut lebih dari itu,mahukan aku sentiasa bersamanya,prep,surau,waktu lapang..Oh..tidaaaaaaaaakkkkkkkkk!!

Justeru,aku ingat lagi waktu kali terakhir dia kedormku,aku hanya diam membisu....aku tak sampai hati nak berterus terang....lalu teman2ku yang lain yang menerangkan entah apa pada W.Sejak hari itu,W membawa hati....bila bertembung denganku,dia menjauh,aku tahu dia membawa hati,aku tidak bermaksud menjauhinya...cuma,berilah aku ruang-ruang kosong untuk aku isi bersama temanku yang lain....

Namun aku tau,W sering mengintai-ngintai keadaanku....Sehinggalah baru-baru ini,bila tiba2 takdir menemukan aku dengan W dialammaya ini,melalui ruang paling popular dialam cyber tika ini, W menjemputku ke halaman cybernya itu...lalu bermulalah lembaran membuka sejarah silam kami.

Aku sedih,bila dia berkata...Saya tahu kak...dulu saya comot...semua orang taknak kawan dengan saya....lalu kujawab,W,zaman sekolah dulu sapa yang tak comot...."tapi saya lain kak...Kucuba cungkil,apakah yang mebuatkannya selalu ingin berada disisiku dulu...katanya...sebab..u are witty,very understanding,friendly and very fair to everyone...."(bukan mengata...tapi waktu tu,W ni mmg budak nerd...penampilan tu letak no 10...dia hanya belajar,belajar dan belajar,manakala kumpulan kami,konon2nya paling outstanding masa tu,budak-budak comot....sorrylah,tapi bukan aku!jiwa aku tak begitu,aku memandang semua makhluk Allah adalah sama,jadi sesiapa yang menghulurkan tangan persahabatan,kusambut dengan baik,cuma................janganlah mengongkongku)Tak kusangka,di usia sementah itu dulu,W dapat membaca sikap manusia....

Aku terkedu,kerana W masih mengingati lagi tabiatku,malah katanya aku peminat setia Amitabh Bach*an,tang ni,aku tak ingat pulak,tapi kalau ia katanya...takkan salah pulak!She's one good lawyer now!tapi sebab dah tak larat dok berperang dalam court,dia baru jer bertukar kerjaya di sektor perkhidmatan awam....and The Ugly Duckling ini sekarang ,dah jadi one charming lady!macam cerita UGLY BETTY pulak ya?hinggakan,bila ku tunjukkan gambarnya pada teman2 lama,semua tidak dapat mengecamnya...Maha Besar Allah...

Puas kupohon maaf,atas sikapku padanya dulu,tapi dia tetap berkata..Akak tak salah....saya faham keadaan saya tika itu,dan saya tetap sayang akak macam dulu...banyak benda yang kami catch up balik pada pertemuan cyber ini..tanpa kecanggihan dunia IT ini,mungkin aku tidak bisa menemuinya..And Yes,atas kesibukannya bekerja,dia masih single hingga saat ini.Moga cepat kau bertemu jodoh W.

Friday, August 8, 2008

I am changing a song....

Setelah sekian lama lagu "You are beautiful" menemani blog ni,tiba-tiba hari ni baru terbukak hati nak tukar lagu lain.Memang bintang I ada cakap,I ni maintain the same interest,tak kira lah pada lagu,baju,warna ,teman,cinta(ahaks!) dan sebagainya....

Sebenarnya lagu ni,adalah lagu kenangan dolu-dolu...Mr.Hubs kala bercinta dulu suka sangat dedicated lagu,dan lagu nilah yang I rasa paling terkesan dihati....dan I ingati dan gemari sampai saat ni,tapi as time goes by,lagu ni makin hilang dari corong-corong radio,sehinggalah pagi sabtu yang lalu ketika nak turun dari kereta,lagu ni ke udara,and I waited in the car sampai lagu ni habis.....

And I told dear son that this song was dedicated to me by papa sometimes ago....both papa and son senyum....kukira tak mengapalah sesekali aku aku berkongsi kisah manis kami pada anakku yang seorang itu.

Enjoy this song....the song that I treassured since my teenage aged.....(weh,muda-muda dah bercinta ke oi????well....)

Friday, May 23, 2008

Friday's Morning Rambling....

Pagi ni sampai office cepat sangat,jalan tak jem agaknya.Hati pun ceria semacam jer hari ni tak tau kenapa.Alhamdulillah.Tapi yang pasti semalam O San, dah ajak lunch sama-sama hari ni,sebab along this week dia tengok I did'nt go out for lunch,I cakap tak lalu makan,so dia kata"tomorrow we lunch together" woohooo......tapi tadi dia call,dia cakap dia tak masuk office pagi ni terus ke customer place....aisey....hahahaha...

Kerja pun macam takde arini,so pagi-pagi I dah merayap ke blog kak ja,Aziah dan Su,I call my friends, and chatting with my friend, E tru YM,I seldom to this though!!

Talking about E,she is actually my gila-gila buddy in my Secondary days.She's really funny,she's full of idea,she can crack jokes sponteneously,livelly!!But she is very damn good in literature too!!Tapi yang heran tu,dalam pandai2 dia tu,she said she always admire the way I write...erm..OK,She even can memories all my poem wrote way back in svhool days.Begitu sekali dia mengagumi aku...Subhanallah....


Sebenarnya lepas SPM,aku terputus hubungan dengan E,cuma pada penghujung tahun lepas,dengan keizinan yang maha Esa,kami bertemu kembali menerusi forwarding email,bila she recognised my friend M unique name,that was when everything get started.Sampai harini kami masih berhubung,seronok dapat get in touch dengan kawan2 lama ni,segala kenangan dapat dilakar semula,mentelah lagi kami memang "budak nakal"...kena rotan tu memang dah jadi mainan tapak tangan dan betis kami.

Aku ingat lagi E ini tika disekolah,selalu menjadikan aku perantara dengan secret admire yang diminatinya,Paling kuingat adalah AS,kelakar betul kalau diingat,aku perantara,so aku lah yang AS selalu hubungi kala cuti sekolah,baik aku jer yang bercinta dengan AS macam ni...hahahaa.Dia pun memang pandai lagi hensem,namun aku tidak akan mengkhianati cinta temanku itu...sudahnya...AS sekarang pun ntah dimana...

Lagi satu,aku juga merupakan penulis surat cinta tak berbayar oleh E,kala itu E berkenankan seorang pelajar senior dari sekolah lain yang menuntut di Timur Tengah,aku lah pengarang suratnya,E cuma menyalinkanya semula,the rest is history,sebab selepas SPM,kami tidak berhubung lagi,sehinggalah baru-baru ini,E menjelaskan padaku,bahawa kerana suratku itu,telah membawa pemuda itu ingin meyuntingnya!!!WHAT???(Lagi,sekali,baik aku sendiri yang hantar surat tu?hahahaha)tapi E menolak.....tiada jodoh yang ianya...Itulah secebis kenangan,zaman yang penuh kemanisan dan sifat ingin tahu yang tinggi...

Pada E,kuharap kau tidak marah dengan catatan ini,Aku bahagia mengenangnya E,terasa baru semalam catatan indah itu terlakar....Sejarah yang tidak akan pudar,berputar-putar bagai radar,
yang tak kan mungkin dapat dikejar....Indahnya semalam kan E?

Friday, May 16, 2008

Happy Teacher's Day....16th May 2008

Selamat Hari Guru.....!!As for me,from last week lagi,my son dah keep remind me untuk siapkan hadiah untuk guru kelas kesayanganya dari tahun lepas Puan Fadzilah.Kalau I jadi murid,I pun akan sayang pada Cikgu Fadzilah yang lemah lembut serta penyayang ini.

Cerita pasal hari guru ni,terkenang zaman sekolah-sekolah rendah dulu,ketika kewangan sangat menghimpit,jadi bila tiba hari guru,aku yang memang baik dengan cikgu ni,mesti nak kasi apa-apa jugak dengan cikgu...rasa malu kalau tak bagi apa-apa,so antara yang aku bagi adalah,tisu kotak...hahaha asalkan cantik kalau dibalut...selain tu,aku jugak pernah bagi frame crosstich yang mak jahit,sebab takde duit nak beli hadiah lain,lantas kuambil frame tu,walaupun berat hati mak nak izinkan sebenarnya..sian mak....pernah juga kuberi hasil kerjatangan sulaman mak,teruja cikgu-cikgu tu,kala dapat hadiah begitu.

Terlalu ramai cikgu-cikgu yang masih kuingati dan sayangi hingga saat ini,Bila tiba bab ini kusyukuri dengan daya ingatan yang masih kukuh ini,Alahmdulillah.Paling kuingat adalah guruku ketika Darjah 1 hingga Darjah 2.Puan Huriyah Othman.Comel lote serta sangat cantik orangnya,selalu pakai kasut tinggi,paling kuingat gaun biru yang dipakainya,masih segar diingatanku gaunnya itu.

Setiap pagi kunanti kehadiran Mitsubishi Gallant suami Cikgu H yang menghantarnya kesekolah,mereka orang Kedah,sungguh peramah,suaminya seorang jurutera tika itu,justeru Cikgu H lah antara guru yang bergaya disekolah waktu itu.Aku pula,suka pada cikgu-cikgu yang cantik bergaya ini...hehehe

Selain mengajar,cikgu H juga berniaga,seperti bunga,kain baju dan songket.Oleh kerana perwatakanku yang agak matang dan fizikalku yang seperti budak darjah 6 tika itu,Aku lah satu-satunya murid yang diberi kepercayaan untuk membawa balik semua barangan jualannya ke rumah,untuk dijual semula kepada jiran-jiran dan juga rakan-rakan mak tika dikilang(masa tu mak kerja kilang selama 1-2 tahun).Bayaran pula sebanyak 3 atau 10 kali bayar,setiap bulan,seperti ceti aku mengutip bayaran dari pelanggan-pelangganku itu.Aku tak pasti akan upah yang kuperolehi tika itu,tapi yang pasti aku IKHLAS dan GEMBIRA melakukannya.Aku benar-benat teruja dapat membantu guruku itu.

Kala dia mengandung sulung dan teringin makan jambu batu,aku jualah yang mencarinya di pasar malam,untuk kuberikan padanya,sudahnya dia makan sikit,selebihnya aku yang ngap.hahaha.

Agaknya sebab dah terlalu rapat dengan Cikgu H,keinginan ku untuk belajar juga meluap-luap,aku sentiasa mendapat tempat pertama di sekolah.Sehinggalah aku naik darjah 3,dia tidak lagi menjadi guru darjahku,markahku agak merosot sedikit demi sedikit.Apabila aku tahu dia dipindahkan mengajar disekolah lain,aku sedih sekali.Aku menangis sepuasnya!!Sedih!

Pada guru sekolah rendahku,Cikgu Huriah,Cikgu DL Ding,(cikgu bujang yang sangat garang,dan ditakuti semua murid,tapi cukupla sayang dan berlembut dengan aku,adoi...rimas lah pulak,sampai tak boleh aku cuti,keakar umbi ditanyanya mengapa?!!)Cikgu Laila Latiff(cikgu anak dara,yang selalu aku temankan kemana-mana ketika habis waktu persekolahan),Cikgu Mohamed Mustaffa(yang ku sayang dan hormati,kerana aku tahu dia juga mengasihani aku),Puan Nurliza(yang laser lagi fun,best!)Banyak lagi cikgu matapelajaran yang masih kuingat.Nantilah jika ada masa terluang kulakar nama kalian juga.Doaku agar cikgu semua dirahmati Allah selalu ,jika kalian sudah pergi,ALFATIHAH buat kalian,tanpa kalian,mungkin aku tidak menjadi manusia seperti hari ini,Hanya Allah saja yang dapat membalas jasa kalian.

Wassalam..........

berkongsi rasa ....