Saturday, February 18, 2012

ceria hari ini

Syukur,mak kian ceria dan kembali bersemangat,walau guruh dihatinya tak siapa tahu.Berselera mak makan hari ni,hasil air tangan anak anak mak yang jarang kedapur,bila begini kami nak mak hanya berehat saja,namun kami pasti bila terasa agak sihat nanti,mak pasti akan kembali melakukan rutin rutinnya semula.

Ayah masih dikampung,tapi mak tetap kemasjid untuk berjemaah disana,malah masih menghadiri kuliah bagai selalu jua,nyata semangat tinggi dalam dirinya,tak luntur begitu saja,kita yg sihat dan muda ini baimana?

Tbc-agar sukar update blog dgn hp ini,but satu inginku maklumi kalian,usah risau,mak OK,terima kasih atas dia dan kata kata perangsang kalian,mak tambah kuat krn itu,krn tahu ramai yang mengasihinya..syg semua..

Thursday, February 16, 2012

perjalanan kanser mak-day 1

Dimana-mana jalan sesak petang semalam,hujan lebat telah mengakibatkan banyak jalan dinaiki air,kenderaan bergerak seperti siput,hasrat untuk segera sampai dirumah mak,tak kesampaian akhirnya,jam tujuh baru kami tiba setelah mengambil Shaheez dari sekolah,Shaheem juga mula merengek kerana telah terlalu lama didalam kereta ditambah pula kerana keadaan hidungnya yang tersumbat itu.

Tiba dirumah,mak menyambut kami dengan senyuman,namun dapat kutelah,senyuman itu cuba dibuat-buat,agahan pada Shaheem seakan hambar bunyinya,tidak bagai selalu,nada suara mak kian tidak bermaya,tiba tiba aku kehilangan mak yang dulu,langkahnya kian lesu,aku bagai kehilangan punca,tiba tiba aku jadi tidak tahu dimana untuk mulakan bicara,terasa serba tak kena untuk merenung wajah sayunya,mujur ada Shaheem yang menjadi bahan bicara kami petang itu.

Dalam pada itu,perlahan lahan mak menghampiri aku dan kak lang,menunjukkan ketulan besar didadanya yang bakal dibuang itu,dada yang menyusukan kami lima beradik....(ada airmata tika ini)..Rasalah kata mak,terkejut amat aku,bila dapat kurasakan ketulan keras itu besar dan kulit dada emak sudah seakan "orange peel" sebagaimana semua pesakit breast cancer lain.Sekali lagi aku bagai kehilangan kata,namun,tiada masa untuk menyesali apa yang berlaku saat ini,selain berdoa dan berikhtiar agar mak segera sembuh,kerana kuasa Allah mengatasi segalanya.

Mak juga sempat bertanya Shaheez yang terbaring kepenatan ,suatu yang menjadi kepantangan mak sebelum ini,berbaring kala Maghrib menjelma,Jelas,mak sudah hilang daya untuk menasihati.Berita pagi semalam,telah merubah mak secara total,nyata dia hanya insan biasa,walau sekental mana hatinya,sesekali ditimpa ujian begini,rebah juga hatinya,doakan agar perasaan ini sementara cuma.

Kala Maghrib kian menjelma,adik-adik masih belum tiba,sekali lagi mengundang gusar di hati mak,Kata mak "Kesian dorang tu,mesti lapar dan penat tu"kalau penat tak payah lah mengajar tuition lagi...tutur mak yang masih risau kan akan anak anaknya walau keadaannya sendiri ditahap yang agak kritikal.

Aisyah tiba,kala mak di bilik air mengambil wuduk,Aisyah terus meluru ke dapur mendapatkan emak,dari cermin rumah mak,dapat kulihat mereka berdua berdakapan erat sambil berjujuran airmata,aku sebak,namun aku harus kuat,lantas mengeraskan hatiku,sebelum solat,aku nampak mak cuba menyeka airmata...Ya...Allah beri aku kekuatan agar tidak turut rebah dengan cubaan ini.Kutinggalkan mak,dengan pelukan penuh kasih sayang sambil mengusap belakangnya malam tadi,malu aku katakan sesuatu yang jarang aku lakukan sebelum ini,namun akan menjadi amalanku mulai hari ini.Masa.....tidak pernah menanti kita,aku takut,aku tidak punya banyak masa untuk itu....Tuhanku ampuni ibuku,rahmati dia Ya Allah,dan peliharalah dan kasihilah dia sepertimana dia mengasihi aku sewaktu aku kecil.

Malam,Acu adik bongsu kesayangan mak menghubungiku,bertanyakan tentang penyakit mak,mak menangis lemah kata Acu,memberitahu Acu tentang penyakitnya ,besok Acu datang rumah mak,bagi semangat kat mak,kata Acu,Terima Kasih Acu,memang disaat ini sokongan dan kasih sayang dari keluargalah yang sangat diperlukan.Teringat kata mak siang semalam"mak tak kisah mati,umur pun dah 60,tapi mak harap dapatlah pergi haji hujung tahun ni"..InsyaAllah dapat kataku memujuk....

Sebenarnya sejak melihat keadaan mak dirumah semalam,telah wujud perasaan debar dihatiku,pedih bagai disiat-siat mengenangkan situasi kimoteraphy yang emak bakal hadapi,Ya Allah ,andai mampu kuubah semua itu,Tapi aku yakin,Allah maha Pengasih lagi Maha Penyayang pada hambaNya,tidak sedikit hikmah yang diturunkan semua ini,Pasti ringan ujian mak tika diSana nanti,insan soleh memang selalu diuji Allah,tanda Allah cinta dan redha,tanda kasihNya agar tidak alpa,Aku percaya itu.

Buat Mak,bersabarlah bagai selalu jua....moga ganjaran pahala yang berlipat kali ganda yang bakal diterima atas kesabaran ini.Allahu Akbar.....

Wednesday, February 15, 2012

cabaran terbaru...

Hari ini 15 February 2012,Mak disahkan mengidap Kanser Payu Dara ,Tahap ke 3,Entah mengapa bila berdepan dgn Doktor perempuan muda yang tenang itu,aku tidak merasa apa-apa bila dia mula membicarakan perihal penyakit mak,aku turut tenang dan redha dengan apa yg terjadi.

Syukur,sejak akhir akhir ini aku semakin tenang dan positif menghadapi hidup,semuanya selepas aku selalu mendengar bual bicara Prof.Muhaya,segalanya bagai turning point dalam hidupku,tiada lagi perkara yang merungsingkan aku,selain redha Allah,dan aku yakin setiap yang berlaku ini ada sebabnya,dan tidak akan berlaku semua ini tanpan IzinNya.Begitu cantik percaturan Allah,alangkah ruginya masaku selama ini kerana terlalu asyik memikirkan itu dan ini atau dengan kata lain hanyut dalam Penghargaan Manusia.

Justeru pada mak,kukuatkan semangatnya...walau agak remuk hatiku melihat emak yang sangat kuat itu hampir rebah menangis tika keluar dari kamar Doktor,kutahu hatinya,hati seorang perempuan,ibu dan isteri sepertiku jua,Pada mak kukatakan,"takper mak,jangan bersedih,kami semua akan terus mendoakan mak,mak jangan sedih sebab nanti mak tambah sakit dan lemah,penyakit ni dah ada dalam badan kita,jadi kita terus ikut nasihat Doktor disamping terus berdoa"mak nampak tenang selepas tu,sambil kami berjalan seiringan menuju parking kereta,kaklang memimpin dan sesekali memeluk emak dan aku menyorong kereta tolak Shaheem.

Nasib korang (aku dan kaklang) ada dengan Doktor tadi,boleh tanya-tanya kata mak,membawa maksud kalau hanya dia berdua dengan ayah yang menemui Doktor,tentu hanya anggukan tanda faham sahaja dari ayah,kerna begitulah sifat semulajadi ayah yang pendiam dan akur ,segalanya dipendam dilubuk hatinya yang paling dalam,namun penuh kepedihan,pun semuanya disimpan...kami tidak pernah menyalahkan ayah dalam hal ini,sekali kali tidak.

Sementara menanti ayah mengambil kereta,terjumpa jiran lama kami,kak ella,seorang ibu tunggal dan anak kecilnya sekitar usia 10 tahun,bila mendengar ceritanya,kami rasakan hidup kami seribu kali perlu bersyukur dengan dugaan yang harus ditempuhinya,sekali lagi kami insaf.

Didalam kereta,mak kembali tenang sambil bercerita,betapa kesalnya dia tak dapat bersedekah pada anak Kak Ella tadi,kerana kejadian berlalu begitu pantas dan betapa mak kata,Kesian Ella,nasib kita tak pernah seteruk orang lain yang lebih teruk (diduga Allah) kata mak bersyukur,Mak kata dia tak sedih cuma sebak,tak sangka ketulan itu boleh menjadi kanser,tambah mak lagi.

Pembedahan mak dijadualkan berlangsung pada 1 March ini,semuanya berlaku begitu lancar,betapa setelah mak disahkan mengidap kanser,terus diberi jadual pembedahan,tidak diletakkan dalam ruang"waiting list" bagai sesetangah pesakit dan kes.Aku yakin mak boleh lalui semua ini,mak seorang yang kuat dan tabah aku tau,walau bagai selalu jua,sementara menanti nama di panggil ke bilik Doktor mak tak putus putus mengaji,ada riak keresahan diwajahnya,tidak bagai selalu,mungkin mak dapat mengagak keputusan itu.

Usai urusan hospital ,aku terus kepejabat,bila bersendirian begini,barulah berbagai perkara yang bermain dibenakku,pun aku mengambil semua ini sebagai cabaran,dan akan terus menghimpun kasih sayang kami adik beradik untuk dicurahkan pada emak,dan akan selalu menggembirakan hatinya,aku memandang ini sebagai hikmah untuk kami lebih menumpukan perhatian padanya yang semakin dimamah usia,Syukur ,tiada kesal yang terwujud dihatiku,melainkan rasa bagaimana harus kulakukan untuk memulihkan mak melawan sel kanser itu,

Tuhanku,aku tau Kau bersamaku,Bantulah ibuku Ya Allah,Jauhilah dia dari rasa kesakitan yang maha pedih itu,Permudahkanlah urusannya Ya Allah,Semoga dia terus kuat menghadapi cubaan demi cubaan ini,Amin Ya Allah

Friday, October 28, 2011

after four months break...




My niece ,Yin has her own blog ,peewit.!! That's motivate me to update my long silence boring blog.But,where to start?whats is ON now,everything seems really new to me.


Well,well,well,My life now is only surrounded with my family especially my petite Shaheem,the bundle of joy in the family,and hope that I am not neglecting his big brother Shaheez.Can't imagine I have a baby now,and surprisingly enough,its not as bad as I might think,No complaint at all,and all I feel is only LOVE and I always feel blessed,Syukur ALLAH.


Shaheem is going to be 9 months next week,while Shaheez will be 14 next month,How time flies,and they always an apples of my eyes.Like Shaheez,to raise Shaheem I have no problem at all,they both were never getting into my nerve,no challenge at all,but hey..I started to worry about Shaheez well being,Is he need attention?All I can do now is Doa and more Doa...and the words Give Up shouldn't exist in my life.huh!May Allah give me a strenght to face all this,and My sons will be a better Muslim,InsyaALLAH.





Shaheem @ 8 months

Wednesday, June 15, 2011

aku kembali...

Lama sungguh kutinggalkan laman blog curahan rasa hatiku ini.Bukan aku tak rindu,cuma kesuntukan waktu membataskan aku untuk active berblog seperti selalu.

Ya...semuanya kerana hadirnya si kecik Shaheem penawar segala duka,penyembuh segala lara,yang terkadang bagai mengerti hati sepi mamanya ini.
Besok bday arwah Dik Wan,kalau dia ada dah 21 tahun umur dia....sehari pun aku tidak pernah melupakan dia,berdoa dan mengaji untuk dia,dan berbuat baik dengan semua teman-temannya.Alhamdulillah,kehadiran Shaheem sedikit sebanyak mengubat kesedihan itu....





Wan,nilah Shaheem Wan,comel tak Wan?Dia suka senyum...tapi dia akan terkejut kalau nampak flash camera,sbb tu dia masam....Wan,rasa muka dia macam muka sapa?ada tak macam muka Wan?:)
 
Sign off :)









Monday, April 18, 2011

My bundle of joy

Introducing My 2nd child after 14 years ....:) Shaheem Al-Jafry (born 6th Feb 2011)

berkongsi rasa ....