Friday, January 22, 2010

ubat lupa...

Salam alaik,
Ini petua ulama untuk mengubati pelupa atau mengelakkan jadi pelupa:

1. Kismis hitam 21 biji setiap pagi. Kunyah sebutir-sebutir dan bukan sekali rap.
2. Madu sesudu dalam air panas segelas. Minum bila suam, setiap pagi.
3. Tidur awal bangun awal
4. Tidak bersetubuh melebihi 2 kali seminggu
5. Kurangkan makan dan kurangkan makan benda masam
6. Banyak makan ikan, sayur, tempeh, ubi, kekacang dan kurangkan makan daging
7. Tarik nafas dalam2 ikut hidung dan tahan 4 saat dan lepaskan perlahan-lahan ikut mulut. Buat 10 kali setiap pagi.
8. Buat stretching bila bangun dari tidur
9. Masa buang air besar, tutup kepala dan jangan buka mulut
10. Elakkan lihat kemaluan dan najis
11. Baca Qoran dan cuba menghafal setiap hari
12. Bakar kemenyan nasrani, wangian ros, sandal atau gaharu setiap minggu ( orang moden kata aromatherapy )
13. Pakai minyak wangi setiap hari bila keluar rumah ( wanita ketika dalam rumah).
14. Mandi pagi, petang dan selepas buang air besar
15. Belajar bersabar dengan bersolat atau berdoa bila ada masalah.
16. Sayang ahli keluarga, ibubapa dan kanak-kanak.
17. Tidak bercampur bukan muhrim kecuali bila ada keperluan

Selain dari kuat ingatan, badan menjadi sihat, akal tenang dan umurpun panjang.
Tak perlu membazir beli supplement dari farmasi seperti jojoba atau lain-lain sebab boleh menyebabkan panas badan, pecah gusi dan side effect. Duit tu boleh beli pakaian anak-anak dan isteri atau hadiah pada ibubapa atau bersedekah pada anak-anak yatim.

Monday, January 18, 2010

sehari dikedai mak

Tahun ni,aku dah berazam nak kurangkan aktiviti "jalang-jalang"....anak pun dah besar,most places pun dah pergi rasanya,so tibalah masa dok umah,tapi dok umah pun,bukan ada benda nak buat kan?baju semua dah siap basuh dan gosok,so I decided to spend my time kat gerai mak,walaupun mak ada pembantu,tapi kalau aku datang,mesti hati mak kian berbunga-bunga kan?lagipun mak berniaga pagi jer.

So,sekarang jika tidak kemana-mana ,masaku banyak dihabiskan digerai mak,macam-macam orang yang datang antara yang kerap datang adalah,orang ni!ala.......Aci nak apa?nasi dah kami bungkuskan.....tengok tu gaya aci tu bercerita nak luahkan perasaan,mintak duit bagai....asal kita terpandang jer muka dia,mulalah dia bercakap meluahkan isi hati...atoi!bukan tak nak layan,tapi kami sendiri sebok,di waktu2 puncak tu!

Wani my sis jokingly told me,eh long,entah2 ada kamera kat sini,(like caandid camera kind of thing!) apa pulak,kataku,kita kan dah bagi dia makan....mana sempat nak layan borak....hehehehe.....lepas kedai sebelah buatkan teh tarik baru dia balik,sambil tu sapa yg lalu depan dia,semua dia mintak duit.....

Harap-harap,kita tak sampai berkeadaan begini nanti...Nauzubillahiminzaalik!!

Lagi sorang yang kerap datang kedai mak adalah Mualaf ni:-Nama dia Yau.Tokei Bengkel motor kat kedai mak,Indian,tapi dah dibela cina sejak lahir,so he speaks cantoniese lah,bila dah selalu bercampur gaul dengan masyarakat melayu kat area kami,tergerak hati dia nak masuk Islam baru-baru ni agaknya.Alhamdulillah.

Namapun kerja bengkel kan?so Yau ni selalu datang dengan pakaian comot,berbau minyak hitam dan sebagainya,hingga menjadi kemarahan pembantu lama kami Tipah,sebab Yau ni kalau datang kedai tak nak balik-balik,suka dapat berbual dengan kami...*heheh

Yang paling selalu layan dia,adalah the humble Mr.hubs,sebab Mr.Hubs kata walaupun Yau begitu,dia jujur,he is business minded,kata-katanya penuh isi.Alhamdulillah tak sia-sia layanan baik kami pada Yau,bila terbukak hati dia memeluk agama Islam hujung tahun lalu.

Gambar ni,semalam,kala Yau baru pulang dari solat Subuh dari masjid berhampiran,dia pakai baju melayu tanpa butang,mak ai...parah betul gayanya,dengan samping yang senget sebelah,Again the humble Mr.Hubs berkejar balik umah ambik his butang baju melayu to be given to this saudara baru,lalu menyematkan di bajunya.Tergambar wajah gembira Yau dilayan begitu.Pada Yau,Mr.Hubs berpesan,teruskan berbuat baik pada ibu angkatnya yang menjaganya selama ini,jangan lupakan dia,pulanglah pada CNY nanti,cuma berhati-hati dengan makanan dan jangan sesekali menyakiti hati ibu.Yau kata,OK lah bang...hehee.

Pagi tadi,masa singgah di gerai mak,Yau datang lagi,kali ni bersama Ustaz berbeza,Mak kata,bagus Yau ni,dia suka nak berkawan dengan sesiapa yang boleh membimbingnya...dan butang baju melayu semalam,masih dipakainya,kali ini dengan baju berbeza....Tahniah Yau!!!

Tuesday, January 12, 2010

Day without Plastic Bag

Last Saturday,been to my favourite store Guardian,to buy my monthly toiletries needed which I need desperately.

Off to the cashier,I've told that "today is No Plastic Day"..so no plastic to be given, if you insist one,you need to pay 20 cents per piece.But being "penny pincher" me I'd rather carry all these stuff my self,without plastic bag,I hugged them all....huhuhu(bukan kede.....taknak membazir pd benda yg tak sepatutnya kan?)So,remember,if u go shopping on Saturday in Selangor,be ready for your own shopping bag....otherwise you'll charged for the plastic bag.They just started the Eco friendly campaign this year.
I have 2 collection of Eco-friendly bags.And gonna to keep it in the car,in case if I need it on Saturday.(wink-wink)The pink one(I am ecofabulous) I got it from Parkson for Free,after spent certain amount there.
The other one,which is more sturdy and bigger ,I bought it from Carrefour Medan last year...can you read it?"Bersama Rayakan Ulang tahun Carrefour ke 10....Gunakanlah kembali tas belanja Anda...Satu langkah peduli untuk masa depan bumi...."

So sama-sama kita kurangkan penggunaan plastik OK?bukan mintak plastik lebih kat adik cashier,buat jadi plastik sampah kat umah kita ya?heeeeeeee

Friday, January 8, 2010

a week , today....

Dah seminggu sessi persekolahan 2010 bermula hari ni. Maknanya The son pun dah seminggu bergelar pelajar sekolah menengah,dan memulakan sesi persekolahan petang buat pertama kali dalam hidupnya,setelah semua sekolah rendahnya semua hanya ada satu sesi,PAGI.Alhamdulillah tidak pula dia mengeluh kepenatan.

Bila dia dah sekolah petang,pagiku tidaklah sekelam kabuts dulu,can put my make up nicely,can change baju or tudong berkali-kali kalau rasa tak sesuwai(instead main rembat jer apa yg sempat dan agak2 matching sblm ini),blh mengaji seround dua sementara tunggu Mr.Hubs siap...so heavenly!(such words?)

Dari office terus ambik The Son kat sekolah,have to wait about an hour at the school,sebab nak mengelakkan jam ,kami parking jauh dan terpaksa turun naik jejantas nak pergi sekolah The son ,tunggu betul-betul depan pintu pagar sekolah,dan ditangan ada sebuah botol air berisi air milo sejuk yang tunggu masa untuk diminum sejurus The son keluar sekolah.....Ya.....aku ibu yg OVER ACTING.....tapi aku suka begitu......aku rasa bahagia dapat melalui semua itu, sikit aku tidak rasa terbeban..*sigh*

Tiba di rumah jam 7.20 malam......Usai Maghrib,Mujur, The Son masih lagi menjadikan amalan satu hari satu surah unruk dihafal sebagai amalan....Mudah-mudahan Istiqamah,namun masih lagi dengan sikap sambil lewanya terhadap buku-buku sekolahnya,belum mula belajar katanya,...Dang !


By 10. I can sleep soundly if I want...zzzzzzzzz........

Seems that nothing change at all,its just that I have more leisure time now...or Its time to have more baby to come.....woops!!

*ralat:bukan 1 hari satu surah...tapi satu hari satu ayat....."maaf sesesangat...

Tuesday, January 5, 2010

1st day school (2010)

Diam tak diam,The son dah masuk sek menengah...dia pun baru jer celebrate b'day dia yg ke 12 ,30th Dec lalu,Semoga tahun ini,dia semakin fokus dan komited dengan apa jua yang dilakukannya..
tulah,ada sekolah belakang umah,gatal nak sekolah jauh....so,terima ajerlah.....Redha....

Wednesday, December 16, 2009

Disember ini....

Son & my cousins @ genting last week

Disember tiba lagi,bagai tahun-tahun sebelumnya Dis mencatat tahap kesibukkan (baca:sibuk yang dicarik) yang optima.

Bermula dari awal Dis hinggalah hujung Dis,tak ada satu haripun dalam jadualku akan berada dirumah dalam tempoh lebih 12 jam.....berjalan dan terus berjalan,bermula dari jalan-jalan carik pasal sampailah acara perkahwinan dan sebagainya....Jika ada undangan,seboleh mungkin akan kupenuhi walau kehujung dunia sekalipun....(ayat bombastik!)

Will Off to Lion City tomorrow nite....macam pergi Genting jugak,alasan kali ni pasal nak bawak org berjalan....OK kan alasan tu?Sebabkan SGD tu dah makin naik,so I'll did'nt plan to shop,just plain cuci mata jer sekitar Orchard Road...InsyaAllah,will share photo later ya?

On Christmast pulak ,jiran next door (aka my untie) nak buat kenduri kahwin anak bongsu dia,so haruslah my house jadi tempat persinggahan saudara mara kan?Its pretty hectic,I can forecast,futhermore I am incharge for the lauk pengantin...No,not for the cooking side but the preparation (read:segala pinggan mangkuk,gelas,sudu garpu dll)..hmm so balik jer dari kota Singa nanti kerja pertama adalah keluarkan segala set tu dari lemari!*phew*

Before that,I have a Christmast Dinner for my office at Sunway Lagoon Resort Hotel.Baju?lom carik lagi...arghh..susah2 pakai jer baju dinner tahun lepas....ada aku kesah?(baca mcm AA)*lol*

3o Dis,tahun gemilang buatku,tarikh aku bergelar ibu,jadi harus disambut tu....ermmm..simple dinner perhaps!31 Dis pulak The Son dah arrange futsal game diikuti dengan hi-tea dengan kawan-kawannya di fast food rest,orang dah besar katakan ,birthday pun arrange sendiri,mama cuma sediakan budget....(juga kek dan goodie pack)....nasib anak sorang kan?

Dengan berakhirnya birthday party tu,maka berakhirlah tahun 2009 ku...hmmm....tahun yang paling sedih dalam hidupku,namun hidup harus diteruskan....kegembiraan itu kita yang cipta!

Salam Maal Hijrah too.Semoga lembaran baru akan lebih baik dari semalam...Jangan lupa doa awal dan akhir tahun ye?



Thursday, December 10, 2009

mixed feeling

macam-macam nak dilontarkan,
tapi berat betul tangan ni nak menukilkan
rasa berat sangat,
tak tau kenapa...
again,I blame the hormones changed,
well....maybe!

Am I over protective?
bila I nak semua org pleasekan my son?
ikut kehendak dia,
sukakan dia?
sedih bila dia rasa terhina,
berduka nestapa?


Am I over paranoid?(gubra!)
bila last nite Mr.Hubs kata,
he's having a b'ness problem lately,
someone sabotaged him,
so its takes time
to rebuild it again,
thus,I have to slash
whatever unnecessary expenses,:(
no hanky panky lifestyle
(no wonder he looks tension this past few weeks)

Am I over stress?
bila mak ngadu macam2
itu dan ini....
dari masalah gerai ke masalah geran?

Eh,setelah dilakarkan,
sebenarnya masaalah aku ini
tidaklah sebesar mana,
cuma aku yang terlalu memikir,
mahu gembirakan hati semua orang,
mahu membantu insan -insan yang kusayang
agar mereka dapat hidup aman
tanpa gangguan,

Tapi,
inilah namanya kehidupan,
kadang diatas,kadang dibawah,
bumi mana yang tidak ditimpa hujan,
laut mana yang tidak bergelora...

Sekarang aku lega,
kerana telah kuluahkan semua,
dan aku tahu
Yang Maha Esa sentiasa ada,
untuk aku memohon padaNYA,

Aku reda kembali....
Syukur....

(p/s:namun holiday plan sepanjang Dec ini,akan tetap ditersuksn,Ops! I did it again!)

berkongsi rasa ....