Friday, January 29, 2010

sayang anak kusayang

Jarang aku ON chat di FB ku,tak tau mengapa,aku tak minat berchatting,tapi bila bersua sahabat lama baru-baru ini,rasanya terlalu banyak ingin dikongsikan,untuk catch up balik apa yang tertinggal,lalu dimasa2 terluang aku ON kan jua....bukan aku sombong tidak mahu chatting,tapi masaalahnya aku takut ,aku tidak tahu bagaimana harus mohon permisi dan aku bimbang aku mula merapu...:)

Paling bahagia bila aku disapa oleh anakku sendiri ,sibujang yang baru melangkah ke alam menengah itu,dia memang memahamiku,dan apa jua gejolak jiwa yang bermain di benakku,dapat ditangkap jelas oleh hatinya,di tanya masaalahku,nyata dia amat memahamiku,lantas terus membutirkan kata-kata indah buatku yang menyenangkan hatiku sebagai ibu,rasa bertuah rasanya melahirkan dia ke dunia ini.Rahmati dia tuhanku,Bantulah dia dalam menempuh hidup ini.Aku sayang dia,satu-satunya zuriatku,tempat aku mencurah semuanya.Tempat aku berkongsi suka duka,yang aku tau ikhlas jiwanya,kerana aku ibunya.Dia anak yang soleh,itu doaku....


Malam tadi,mungkin melihat ada tanda gelisah diwajahku, sebelum tidur,dia ke kamarku,mendakap aku seeratnya...mencium-cium seluruh tubuhku lalu segera pergi,tanpa mengucup pipiku.Aku tersedar dari lena,lalu mengucap selamat padanya....

Pagi tadi kami chat di FB,antara isi ceritanya adalah akan mimpinya malam tadi,tapi dia gusar untuk memberitahuku,bimbang mimpinya tidak menjadi kenyataan katanya,setelah kupujuk,dia bersetuju memberitahuku,katanya....dia mimpi nak dapat adik lagi!whoa!!really(how I wish that's true,son!)....Alhamdulillah ,InsyaALLAH....kataku.Tapi takut tak dapat lah sebab shah**z dah bagitau mama,org kata tak boleh bagitau kalau mimpi best tambahnya lagi....ah karut semua tu,kataku...Kalau ALLAH mengkehendaki ia berlaku,maka ia pasti berlaku...OK,katanya...

Aku senyum bahagia,namun kasihankan dia,kerana diusia itu dia masih sendiri tanpa teman....


The son,tika sessi tahfiz pada cuti sekolah yang lalu.....The son swimming in Penang last week.The all rounders him.Just like his mom! ahaks!


Pada teman-teman di utara sana,Mintak maaflah naa..cheq tak sempat nak singgah jumpa u all semua,masa tak mengizinkan,as cheq datang satu batalion,and cheq pulak,ketua rombongan,so tak bulih nak tinggal2kan depa semua....InsyaALLAH panjang umur,murah rezeki cheq mai lagi na??

Wednesday, January 27, 2010

My birthday,Yesterday.....

Kusangka bila pertambahan usia kian besar nombornya,ulang tahun itu kian sepi harinya,kian terpinggir dan kian dilupakan....namun ia berlaku sebaliknya...Thanks to FB...sebab nak tak nak ,ikhlas atau tidak teman-teman di FB terpaksa mengucapkan selamat padaku...:)terasa bagai selebriti pula semalam,itupun nasib wall tu bikin masaalah bila ramai yg menghantar message peribadai mengadu akan kesukaran meninggalkan message di wall...huhu...

Terima Kasih semua,walau apa caranya....akan tetap kuhargai...Aku sayang kalian semua,itu janjiku.....

Ucapan pertama kuterima dari suami kesayanganku usai Maghrib 25 hb itu,itu adalah tradisinya,mengucapkan setiap Mahgrib masuk hari 26 itu dan merayakannya bersama seisi keluargaku .So free holiday package for all,courtesy from Mr.Hubs dihari lahirku,setiap tahun...mungkin sebab hari ulangtahun perkahwinan kami jua hampir dengan hari ulang tahunku,Maka Mr.Hubs ingin menggembirakan aku dengan membawa seluruh ahli keluargaku bercuti bersama.TQ Allah & TQ dear Mr.Hubs.

Terlalu banyak ucapan yg diterima semalam,aku harap setiap satunya telah kubalas satu-satu,tanpa ada yang tertinggal,paling mengesankan adalah sms/ucapan setia teman sekolahku sejak dulu.Tq Zuraidah.Walau aku selalu lupa hari lahirmu.

Makan tengahariku pula dibelanja teman sekantorku ,beserta hadiah latest serum lipstic dari DIOR,TQ Snif.

Bila petang menjelma,aku pula diserang sakit kepala,berdenyut sampai ke malam,niat di hati nak menziarah anak buah yg sakit jua kubatalkan...apatah lagi bila Mr.Hubs ajak dinner malam tadi,Maaf kataku,kepala sakit,lain kali lah ye?tapi nak bagi hadaiah boleh gak.....Dia senyum jer,nak apa ?dia tanya.tapi dalam sakit-sakit tu sempat jugak aku menjawab, nak cincin atau really nice white cotton blouse(aku membayangkan jenama British India).Pastu Mr.Hubs jawab,apa yang murah?(%^&&*())_blh gitu,tanya mana yg murah....atoiiii!!sabar jerlah!*sigh*)...belilah ,jom!ajaknya..weekend lah kataku....skrg dah kul 9,kepala pun sakit,lagipun weekend ni kan annivessary kita....so we'll see apa bakal terjadi this weekend.Jangan lah dia berubah fikiran...teehee!!

Tapi sebenarnya ucapan paling menyentuh hati adalah dari Syafiq sepupuku,Happy B'day long smsnya....dia tau pasal my b'day adalah sebab ada alam reminder dari HP arwah adik wan yg digunakannya....aku hampir menitiskan air mata,tapi kutahan kerana tidak mahu ahli keluarga yang lain turut terasa kesedihanku,dihari lahirku.Sayang wan padaku rupanya....

Mak yang kutemui malam tadi turut bersalaman denganku mengucap selamat,hadiah telah diserahkan awal pada masa percutian kami haritu,nice embroidery jubah,the ever good taste mak...hehehe.Tapi yang paling spoilkan mood semalam,bila mak bocorkan rasia,that our friend(me & my sis's frnd) want to do a surprise party for us tonite....so mak ask me what to do....huhuhu...mak sudah bocorkan rasia....kesian lah my friend tu malam karang...but I told my mom,to discuss that with my other sis or Mr.Hubs,sebab rasa macam tak best nak celebrate surprise party sendiri,and I told mom too,that kalau tak cukup budget mintak abanglong(Mr.Hubs)huhuhu...mak...mak....gabra sangat la tu,OR bak kata Mr.Hubs mak tu bukan nak bocorkan rahsia, tapi,dia tak biasa dengan semua ni,all this while I lah achornya,biasa buat apa2 I yang arrangekan....dia cuma assist jer,Oh pity mom!!

I went to bed early last nite,kepala masih berdenyut walau dah makan 2 bijik milidon 250,tapi sblm tidur sempat bersms dengan my friend,suruh dia wish my b'day,acike?mintak org wish b'day...woohooo!benda ni I buat kat org yg I rapat jer...huhuhu,It's OK,its not a big deal.Tak tahu pukul berapa tertidur,yang penting masa nak lelap tu,The Son yg soleh tu(doa mak ni) yang tolong picitkan kepala,sedar-sedar dah pukul 3 pagi sebab sejuk sangat,terus tutup aircond dan bukak kipas pulak....lepas tu sambung zzzzzzz instead of tahajud...sebab sakit kepala masih bersisa....

Moga diusia ini,Allah kurniakan aku kesihatan yang baik,sentiasa dirahmati,sentiasa dikasihi oleh insan disekeliling,dijauhi dari dugaan yang tidak tertanggung,di lapangkan rezeki,dikurniakan taufiq dan hidayah olen NYA serta beroleh bahagia hendaknya...

So,that's it...berakhirlah hari-hari ku mencapai angka tiga enam itu....:)

Friday, January 22, 2010

visiting embah (in the ward)

Embah (my granny) being hospitalised since last Sunday due to so many elderly sickness lah.She hates hospital,and keep bugging us to bring her back...huhuhu....so to cheer her up,we do visit her everyday.Her bed is always full with her anak cucu,not like her counterpart (other patients next to her)

Embah is sharing her rooms with 3 other patients about her age.I am sharing with you guys,their photo taken yesterday ok?
Old Chineseman ni kena bungkus tangan dia,sebab kalau tidak ,abis segala tiub tu nak di cabutnya....kelakar gak....tapi kesian sangat sebenarnya....macam manalah kita bila dah tua nanti ye?
Ni my Grandma(embah) sedang disuap makanan oleh cucunya(my cousin).Katil ni paling meriah,sampai selalu kena halau dgn pak guard*lol*

1.MULUT SAYA BERBAU
tolong cuci mulut saya
2.KULIT SAYA MUDAH PECAH
saya perlukan Ripple Mattress
3.JIKA KULIR SAYA KERING
saya perlukan losyen
4.JIKA KUKU SAYA PANJANG
tolong potongkan kuku saya
5.SAYA SELALU SEMBELIT
kerana saya selalu baring saja

Notes di atas tu di tampal kat belakang katil patients yang tak ada pelawat.So kita yang datang melawat orang lain ni,digalakkan tolong mereka-mereka ini.
Sedih pulak tengok atok-atok ni.....
Popo (nenek) ni pulak asal kita datang,mulalah terjerit-jerit suruh suapkan dia makan.Tau,dia bukan nak makan sangat,tapi nak manja....huhuhu....sian la pulok.....

Pulang dari Hospital,bermacam-macam benda bermain difikiran.Buat embah,2-3 hari ni tak dapatlah cucunda berziarah sebab nak ke luar daerah......Semoga embah cepat sembuh...AMIN

ubat lupa...

Salam alaik,
Ini petua ulama untuk mengubati pelupa atau mengelakkan jadi pelupa:

1. Kismis hitam 21 biji setiap pagi. Kunyah sebutir-sebutir dan bukan sekali rap.
2. Madu sesudu dalam air panas segelas. Minum bila suam, setiap pagi.
3. Tidur awal bangun awal
4. Tidak bersetubuh melebihi 2 kali seminggu
5. Kurangkan makan dan kurangkan makan benda masam
6. Banyak makan ikan, sayur, tempeh, ubi, kekacang dan kurangkan makan daging
7. Tarik nafas dalam2 ikut hidung dan tahan 4 saat dan lepaskan perlahan-lahan ikut mulut. Buat 10 kali setiap pagi.
8. Buat stretching bila bangun dari tidur
9. Masa buang air besar, tutup kepala dan jangan buka mulut
10. Elakkan lihat kemaluan dan najis
11. Baca Qoran dan cuba menghafal setiap hari
12. Bakar kemenyan nasrani, wangian ros, sandal atau gaharu setiap minggu ( orang moden kata aromatherapy )
13. Pakai minyak wangi setiap hari bila keluar rumah ( wanita ketika dalam rumah).
14. Mandi pagi, petang dan selepas buang air besar
15. Belajar bersabar dengan bersolat atau berdoa bila ada masalah.
16. Sayang ahli keluarga, ibubapa dan kanak-kanak.
17. Tidak bercampur bukan muhrim kecuali bila ada keperluan

Selain dari kuat ingatan, badan menjadi sihat, akal tenang dan umurpun panjang.
Tak perlu membazir beli supplement dari farmasi seperti jojoba atau lain-lain sebab boleh menyebabkan panas badan, pecah gusi dan side effect. Duit tu boleh beli pakaian anak-anak dan isteri atau hadiah pada ibubapa atau bersedekah pada anak-anak yatim.

Monday, January 18, 2010

sehari dikedai mak

Tahun ni,aku dah berazam nak kurangkan aktiviti "jalang-jalang"....anak pun dah besar,most places pun dah pergi rasanya,so tibalah masa dok umah,tapi dok umah pun,bukan ada benda nak buat kan?baju semua dah siap basuh dan gosok,so I decided to spend my time kat gerai mak,walaupun mak ada pembantu,tapi kalau aku datang,mesti hati mak kian berbunga-bunga kan?lagipun mak berniaga pagi jer.

So,sekarang jika tidak kemana-mana ,masaku banyak dihabiskan digerai mak,macam-macam orang yang datang antara yang kerap datang adalah,orang ni!ala.......Aci nak apa?nasi dah kami bungkuskan.....tengok tu gaya aci tu bercerita nak luahkan perasaan,mintak duit bagai....asal kita terpandang jer muka dia,mulalah dia bercakap meluahkan isi hati...atoi!bukan tak nak layan,tapi kami sendiri sebok,di waktu2 puncak tu!

Wani my sis jokingly told me,eh long,entah2 ada kamera kat sini,(like caandid camera kind of thing!) apa pulak,kataku,kita kan dah bagi dia makan....mana sempat nak layan borak....hehehehe.....lepas kedai sebelah buatkan teh tarik baru dia balik,sambil tu sapa yg lalu depan dia,semua dia mintak duit.....

Harap-harap,kita tak sampai berkeadaan begini nanti...Nauzubillahiminzaalik!!

Lagi sorang yang kerap datang kedai mak adalah Mualaf ni:-Nama dia Yau.Tokei Bengkel motor kat kedai mak,Indian,tapi dah dibela cina sejak lahir,so he speaks cantoniese lah,bila dah selalu bercampur gaul dengan masyarakat melayu kat area kami,tergerak hati dia nak masuk Islam baru-baru ni agaknya.Alhamdulillah.

Namapun kerja bengkel kan?so Yau ni selalu datang dengan pakaian comot,berbau minyak hitam dan sebagainya,hingga menjadi kemarahan pembantu lama kami Tipah,sebab Yau ni kalau datang kedai tak nak balik-balik,suka dapat berbual dengan kami...*heheh

Yang paling selalu layan dia,adalah the humble Mr.hubs,sebab Mr.Hubs kata walaupun Yau begitu,dia jujur,he is business minded,kata-katanya penuh isi.Alhamdulillah tak sia-sia layanan baik kami pada Yau,bila terbukak hati dia memeluk agama Islam hujung tahun lalu.

Gambar ni,semalam,kala Yau baru pulang dari solat Subuh dari masjid berhampiran,dia pakai baju melayu tanpa butang,mak ai...parah betul gayanya,dengan samping yang senget sebelah,Again the humble Mr.Hubs berkejar balik umah ambik his butang baju melayu to be given to this saudara baru,lalu menyematkan di bajunya.Tergambar wajah gembira Yau dilayan begitu.Pada Yau,Mr.Hubs berpesan,teruskan berbuat baik pada ibu angkatnya yang menjaganya selama ini,jangan lupakan dia,pulanglah pada CNY nanti,cuma berhati-hati dengan makanan dan jangan sesekali menyakiti hati ibu.Yau kata,OK lah bang...hehee.

Pagi tadi,masa singgah di gerai mak,Yau datang lagi,kali ni bersama Ustaz berbeza,Mak kata,bagus Yau ni,dia suka nak berkawan dengan sesiapa yang boleh membimbingnya...dan butang baju melayu semalam,masih dipakainya,kali ini dengan baju berbeza....Tahniah Yau!!!

Tuesday, January 12, 2010

Day without Plastic Bag

Last Saturday,been to my favourite store Guardian,to buy my monthly toiletries needed which I need desperately.

Off to the cashier,I've told that "today is No Plastic Day"..so no plastic to be given, if you insist one,you need to pay 20 cents per piece.But being "penny pincher" me I'd rather carry all these stuff my self,without plastic bag,I hugged them all....huhuhu(bukan kede.....taknak membazir pd benda yg tak sepatutnya kan?)So,remember,if u go shopping on Saturday in Selangor,be ready for your own shopping bag....otherwise you'll charged for the plastic bag.They just started the Eco friendly campaign this year.
I have 2 collection of Eco-friendly bags.And gonna to keep it in the car,in case if I need it on Saturday.(wink-wink)The pink one(I am ecofabulous) I got it from Parkson for Free,after spent certain amount there.
The other one,which is more sturdy and bigger ,I bought it from Carrefour Medan last year...can you read it?"Bersama Rayakan Ulang tahun Carrefour ke 10....Gunakanlah kembali tas belanja Anda...Satu langkah peduli untuk masa depan bumi...."

So sama-sama kita kurangkan penggunaan plastik OK?bukan mintak plastik lebih kat adik cashier,buat jadi plastik sampah kat umah kita ya?heeeeeeee

Friday, January 8, 2010

a week , today....

Dah seminggu sessi persekolahan 2010 bermula hari ni. Maknanya The son pun dah seminggu bergelar pelajar sekolah menengah,dan memulakan sesi persekolahan petang buat pertama kali dalam hidupnya,setelah semua sekolah rendahnya semua hanya ada satu sesi,PAGI.Alhamdulillah tidak pula dia mengeluh kepenatan.

Bila dia dah sekolah petang,pagiku tidaklah sekelam kabuts dulu,can put my make up nicely,can change baju or tudong berkali-kali kalau rasa tak sesuwai(instead main rembat jer apa yg sempat dan agak2 matching sblm ini),blh mengaji seround dua sementara tunggu Mr.Hubs siap...so heavenly!(such words?)

Dari office terus ambik The Son kat sekolah,have to wait about an hour at the school,sebab nak mengelakkan jam ,kami parking jauh dan terpaksa turun naik jejantas nak pergi sekolah The son ,tunggu betul-betul depan pintu pagar sekolah,dan ditangan ada sebuah botol air berisi air milo sejuk yang tunggu masa untuk diminum sejurus The son keluar sekolah.....Ya.....aku ibu yg OVER ACTING.....tapi aku suka begitu......aku rasa bahagia dapat melalui semua itu, sikit aku tidak rasa terbeban..*sigh*

Tiba di rumah jam 7.20 malam......Usai Maghrib,Mujur, The Son masih lagi menjadikan amalan satu hari satu surah unruk dihafal sebagai amalan....Mudah-mudahan Istiqamah,namun masih lagi dengan sikap sambil lewanya terhadap buku-buku sekolahnya,belum mula belajar katanya,...Dang !


By 10. I can sleep soundly if I want...zzzzzzzzz........

Seems that nothing change at all,its just that I have more leisure time now...or Its time to have more baby to come.....woops!!

*ralat:bukan 1 hari satu surah...tapi satu hari satu ayat....."maaf sesesangat...

Tuesday, January 5, 2010

1st day school (2010)

Diam tak diam,The son dah masuk sek menengah...dia pun baru jer celebrate b'day dia yg ke 12 ,30th Dec lalu,Semoga tahun ini,dia semakin fokus dan komited dengan apa jua yang dilakukannya..
tulah,ada sekolah belakang umah,gatal nak sekolah jauh....so,terima ajerlah.....Redha....

berkongsi rasa ....