Wednesday, December 16, 2009

Disember ini....

Son & my cousins @ genting last week

Disember tiba lagi,bagai tahun-tahun sebelumnya Dis mencatat tahap kesibukkan (baca:sibuk yang dicarik) yang optima.

Bermula dari awal Dis hinggalah hujung Dis,tak ada satu haripun dalam jadualku akan berada dirumah dalam tempoh lebih 12 jam.....berjalan dan terus berjalan,bermula dari jalan-jalan carik pasal sampailah acara perkahwinan dan sebagainya....Jika ada undangan,seboleh mungkin akan kupenuhi walau kehujung dunia sekalipun....(ayat bombastik!)

Will Off to Lion City tomorrow nite....macam pergi Genting jugak,alasan kali ni pasal nak bawak org berjalan....OK kan alasan tu?Sebabkan SGD tu dah makin naik,so I'll did'nt plan to shop,just plain cuci mata jer sekitar Orchard Road...InsyaAllah,will share photo later ya?

On Christmast pulak ,jiran next door (aka my untie) nak buat kenduri kahwin anak bongsu dia,so haruslah my house jadi tempat persinggahan saudara mara kan?Its pretty hectic,I can forecast,futhermore I am incharge for the lauk pengantin...No,not for the cooking side but the preparation (read:segala pinggan mangkuk,gelas,sudu garpu dll)..hmm so balik jer dari kota Singa nanti kerja pertama adalah keluarkan segala set tu dari lemari!*phew*

Before that,I have a Christmast Dinner for my office at Sunway Lagoon Resort Hotel.Baju?lom carik lagi...arghh..susah2 pakai jer baju dinner tahun lepas....ada aku kesah?(baca mcm AA)*lol*

3o Dis,tahun gemilang buatku,tarikh aku bergelar ibu,jadi harus disambut tu....ermmm..simple dinner perhaps!31 Dis pulak The Son dah arrange futsal game diikuti dengan hi-tea dengan kawan-kawannya di fast food rest,orang dah besar katakan ,birthday pun arrange sendiri,mama cuma sediakan budget....(juga kek dan goodie pack)....nasib anak sorang kan?

Dengan berakhirnya birthday party tu,maka berakhirlah tahun 2009 ku...hmmm....tahun yang paling sedih dalam hidupku,namun hidup harus diteruskan....kegembiraan itu kita yang cipta!

Salam Maal Hijrah too.Semoga lembaran baru akan lebih baik dari semalam...Jangan lupa doa awal dan akhir tahun ye?



Thursday, December 10, 2009

mixed feeling

macam-macam nak dilontarkan,
tapi berat betul tangan ni nak menukilkan
rasa berat sangat,
tak tau kenapa...
again,I blame the hormones changed,
well....maybe!

Am I over protective?
bila I nak semua org pleasekan my son?
ikut kehendak dia,
sukakan dia?
sedih bila dia rasa terhina,
berduka nestapa?


Am I over paranoid?(gubra!)
bila last nite Mr.Hubs kata,
he's having a b'ness problem lately,
someone sabotaged him,
so its takes time
to rebuild it again,
thus,I have to slash
whatever unnecessary expenses,:(
no hanky panky lifestyle
(no wonder he looks tension this past few weeks)

Am I over stress?
bila mak ngadu macam2
itu dan ini....
dari masalah gerai ke masalah geran?

Eh,setelah dilakarkan,
sebenarnya masaalah aku ini
tidaklah sebesar mana,
cuma aku yang terlalu memikir,
mahu gembirakan hati semua orang,
mahu membantu insan -insan yang kusayang
agar mereka dapat hidup aman
tanpa gangguan,

Tapi,
inilah namanya kehidupan,
kadang diatas,kadang dibawah,
bumi mana yang tidak ditimpa hujan,
laut mana yang tidak bergelora...

Sekarang aku lega,
kerana telah kuluahkan semua,
dan aku tahu
Yang Maha Esa sentiasa ada,
untuk aku memohon padaNYA,

Aku reda kembali....
Syukur....

(p/s:namun holiday plan sepanjang Dec ini,akan tetap ditersuksn,Ops! I did it again!)

Thursday, December 3, 2009

love...

I received this email this morning...and really like it...thus I would like to share it with you guys...


Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am.
Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini:-

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh. Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut.

Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi.

Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.

berkongsi rasa ....